Sunday 25 September 2011

MERDEKA KAH KITA ? DI KALA AL MUBARAK MENJELANG TIBA

Pada setiap kalinya , malah hampir saban tahun sambutan merdeka menjadi titik tolak perhitungan kemana kita dan bagaimana kita. Apakah sudah benar-benar kita merdeka, bebas lepas bagaikan burung-burung antara benua? Merdeka yang selalu disalah artikan dengan kebebasan menurut fahaman manusia.

Walaupun zahirnya negara tampak negara merdeka, kerana pembangunan, kemajuan serta taraf kehidupan menjadi ukuran kemerdekaan. Bagaimana dengan jiwa, fikiran serta diri sendiri?

Yang nampak ialah jauhnya jiwa-jiwa, diri-diri yang terpesong - sesat. Jelas sekali sikap dan peradaban dikalangan kita semakin jahiliah. Nafsu menguasai diri yang kononnya merdeka. Paling dukacita ialah dikalangan mereka yang menjadi pemimpin, mereka yang berpolitik, berjawatan tinggi dijabatan-jabatan, masyarakat malah hingga pimpinan dalam kelompok keluarga semakin tiada lagi hala tuju.

Kerana sifat serta peribadi yang rosak kerana menurut hawa nafsu tanpa peduli akan kesannya kepada diri, masyarakat juga raayat seluruhnya.

Fitnah dan adu domba menjadi bidang baru yang diteroka bagai kain basahan yang mesti dicuci dikalayak ramai. Hilang pertimbangan, hilang rasa kemanusiaan malah hilang harga diri kerana nafsu yang serakah mesti diturutkan. Kuasa dan nafsu menguasai rasa menjadi lebih raja dihati, bersultan dimata. Malah Allah SWT yang perlu ditakuti azabnya tidak lagi pasti menjadi sempadan perlakuan keji.

Fitnah...Fitnah...Fitnah...keji... keji...dengki.

Inilah rupa pembangunan serta kebebasan yang dikecapi selama ini , sejak negara telah merdeka sejak 51 tahun yang lalu. Mereka dikalangan pemimpin negara begitu taksub dengan kuasa, raayat banyak dibiarkan melarat tanpa peduli kerana leka dengan agenda gila.

Jadi merdekakah kita raayat marhean dinegara ini?

Raayat jelata terus diberi gula-gula umpama memberi umpan rumput kepada lembu dan kambing supaya jangan nanti terus mengembik dan mengembu.


  • RM20 percuma - bagi kalangan yang mengunakan letrik terendah.

  • RM20 kurang bagi cukai jalan pengangkutan awam.

  • 1 % kurang cukai pendapatan - individu

Malah pelbagai lagi penurunan serta bantuan akan diberikan kononnya buat meringankan beban raayat. Bantuan Tekun dan amanah iktiar akan diperhebatkan. Bukan ini kali pertama dilaungkan oleh mereka dikalangan pemimpin negara. Yang menjadi tanda tanya serta masaalah besar- siapa yang mendapatnya, bagaimana cara serta urusannya.

Menurut kajian hampir 10 bilion setahun wang bocor serta tiris - akibat rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai penyelewengan. Inilah nilai merdeka negara Malaysia tercinta sejak lebih 50 tahun yang lalu- Pemimpin negara yang kemaruk kuasa, rasuah dikalangan pimpinan dan kakitangan awam yang semakin tidak terkawal malah tenat dan nazak sekali keadaannya.

Dulu Malaysia adalah antara 5 negara berkuasa ekonomi yang mampan dan berkembang seperti Singapura, Korea, Taiwan dan Cina. Tetapi negara tidak lagi dipentas yang sama, jauh ketinggalan malah taraf hidup raayat semakin jatuh kebelakang.

Sekarang ini kerajaan  pimpinan Najib, sedang menjayakan satu agenda besar bagi mengubah persepsi raayat terhadap keupayaan kerajaan BN dengan pelbagai transformasi nasional. Transformasi yang akan mengubah hampir semua struktur kehidupan raayat, baik ekonomi, sosial dan gaya hidup yang lebih "diverse" pada tahap pendapatan tinggi.

Mungkinkah ini berjaya dilakukan, sama-samalah kita menyaksikannya.

No comments: