Monday 17 January 2011

Harga Barang Naik Mencanak...

Harga barang naik, turunkan ????
Majdan Dagang 

Harga barang naik, itulah yang menanti rakyat sebaik tahun 2011 menjelma. harga barangan keperluan harian telah naik sejajar dengan kenaikan harga bahan mentah terutamanya gas, minyak dan lain-lain cukai.
Seperti biasa, para pemimpin akan memberikan alasan lapuknya yang sudah diketahui umum. Juga para menteri akan mengingatkan rakyat supaya berhemah dalam berbelanja sejajar dengan wang ada. Kesemua lawak pak menteri itu sudah tidak menjadi lawak lagi kerana majoriti rakyat hari ini semakin cerdik dan celik maklumat.
Rakyat mula sedar mereka sewenang-wenangnya terpaksa menanggung segala kos kenaikan akibat penarikan balik subsidi. Alasan klise penarikan subsidi ialah kerajaan tidak mampu lagi menanggung beban tersebut dan rakyat kononnya perlu bersama-sama menanggung beban. 
Namun, dalam hal ini para pemimpin sama ada tidak sedar (atau buat-buat tidak sedar) bahawa rakyat turut memerhatikan dan menghadam setiap maklumat tentang projek-projek besar kerajaan yang menelan kos bilion ringgit, tetapi pada masa yang sama projek itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat.
Seolah-olah pemimpin hari ini buta sejarah. Mereka patut sedar bahawa kejatuhan hampir semua empayar besar dan kecil didunia akibat pemerintah yang tidak lagi ambil kisah keluh-kesah rakyat.
Oleh itu kisah yang berlaku di Mesir pada zaman Abbasiyah ini wajar diambil iktibar oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.
Pemerintah Mesir pada masa itu ialah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda memerintah Mesir pada 1259 hingga 1260. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah kejayaannya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan Ain Jalut.
Pada ketika itu seluruh kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya tinggal adalah tiga kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Untuk menghadapi kemaraan Mongol ini Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengarahkan cukai agar cukai dinaikkan bagi menampung kelengkapan dan perbelanjaan perang.
Justeru itu cukai-cukai dinaikkan sehingga membebankan rakyat. Para ulama telah dipanggil supaya memberi fatwa kerana zaman itu adalah zaman Islam dilaksanakan. Ulama-ulama disoal tentang kewajaran cukai tersebut, semua ulama mengizinkan pemerintah menaikkan kadar cukai bagi menyediakan keperluan pertahanan kerana negara berada dalam keadaan darurat.
Namun, dalam kalangan ulama tersebut ada seorang dengan tegas membantah tindakan pemerintah mesir itu. Padahal semua maklum suasana ketika itu adalah DARURAT. 


Petikan dari Harakah;
selanjutnya:
Tepat sekali dengan apa yang kita hadapi masuk sahaja tahun 2011 ini. Kalau nak dilihat secara umumnya semacam tak terkawal lagi nampaknya keadaan. Semua orang boleh buat dia punya suka, lebih lebih lagi mereka yang berniaga. Tak nampak kehadiran pemerintah dalam menangani masaalah asas yang dihadapi raayat. 
Dari kenaikan harga barangan dapur pada akhir tahun lepas ditambah lagi dengan kekurangan bekalan minyak masak yang masih berlaku sehingga sekarang. Pelbagai andaian dan alasan diberikan oleh kementerian berkenaan. Namun keadaan kenaikan harga barang-barang keperluan asas terus meng himpit raayat.
Sayuran dan hasilan laut, ikan, udang, sotong dan sebagainya bukan main mahal lagi sekarang ini. Alasan umum ikan kurang, musim tenkujoh sekarang jadi sumber kurang, maka harga naik. Soalannya, musim tengkujoh benda baru ke? Tiap2 tahun dia datang dan memang harga tangkapan dari laut naik sikit. Tetapi sekarang bukan sikit malah kenaikan berganda2 sebelum musim tengkujuh lagi. Apa masaalahnya...semuanya buat tak tahu.
Kini kemungkinan subsidi atas barangan kawalan akan dikurangkan...tujuan kerajaan dapat gunakan nanti duit subsidi ini untuk buat banyak projek untuk menfaat raayat. Kempen dah mula dalam TV1 & TV2 dah.
Nak tanya lagi, menfaat raayat ke? atau nak buat benda lain dikalangan yang berkepentingan buat menambah besar perut puak sesama sendiri. Inilah kadang-kadang kita berasa kecewa dengan pemimpin2 bila slogan2 yang mengembirakan raayat hanya seketika sahaja.
Selalunya raayat jugalah yang terjual dan tergadai maruahnya, bila diri rasa digadaikan oleh sokongan yang tak memberi makna. Kekadang raayat rasa " dijobot-jobotkan" dengan kata2 manis dan indah2 sahaja. Bilamana slogan "Raayat didahulukan, Pencapaian di Utamakan" hanyalah omongan kosong... dan raayatlah yang terakhir sekali menerima derita serta tekanan kehidupan bila harga barangan keperluan harian yang asas.. mencanak naik.

No comments: