Wednesday 22 February 2012

Bai'ah PAS


Ini lagi satu kejutan dari PAS. Haji Hadi telah pun mengumumkan semua calon pilihanraya mesti buat bai'ah. Soalnya ungkapan bahasa Arab ini sekali lagi digunakan untuk diwar-warkan sebagai syarat baru calon wakil raayat dalam PAS menjelang PRU yang akan datang. Umumnya erti bai'ah ini satu perjanjian taat setia. Pada pandangan saya pula Bai'ah ini lebih dari itu,bila di perhalusi mengikut perspektif agama Islam itu sendiri. Menurut Hassan Al Banna bai'ah mesti mematuhi beberapa syarat. Tapi tak sampai lah ketahap melaknat diri sendiri, lebih2 lagi bai'ah dikalangan saudara seagama. Kekadang pening juga memikirkan PAS ini. Inilah politik agak nya!

Seolah-olah begitu ramai dalam PAS sekarang yang tak boleh dipercayai lagi. Kalau dilihat dan di analisa  apa yang berlaku akhir2 ini, nampak macam Haji Hadi dan majlis syura PAS setuju dengan pandangan Hassan Ali ramainya perasit dalam PAS. 

Hassan Ali dah pun dipecat kerana ulasan2 nya yang tak selari dengan PAS. Kalaulah dulu lagi ada bai'ah, Hassan Ali dah melaknat dirinya sendiri. Walaupun dia tak lompat parti tapi dipecat kerana pandangan berbezanya tentang PAS.
Bagi saya, sebuah parti politik seperti PAS tak perlulah buat syarat berbai'ah dikalangan ahlinya, yang dikira sejak mula mereka menyokong PAS dah menjadi tanda taat dan sukanya pada PAS.
Orang politik ini kadang2 ada juga  jiwa diktator,maka bermacam cara dan syarat supaya calon PAS tetap terus dicucuk hidung. Kalau difahami betul, apa parti cakap mesti ikut malah wajib ikut, kalau tidak kena laknat. Berat tu!
Yang kita pasti tiap kali solat Juma'at, khatib selalu mengingatkan kita tentang hal ta'at: "Wajib ta'at pada Allah SWT, wajib ta'at pada Rasul SAW dan pemimpin dikalangan kamu". Sudah tentu kita mesti Ta'at akan perintah Allah SWT dan Rasul SAW, wajib!! bab ulul Amri ni belum tentu lagi, kalau pimpinan dan parti dah tak berapa nak betul, macam mana nak ta'at?
Hassan Ali, ada hikmah awak kena pecat! kalau tidak dalam dilema bai'ah lah pulak.

BAIAH (PERJANJIAN TAAT SETIA)

Rukun Baiah (perjanjian taat setia):

Bergabung dengan Harakah Islamiah pada hakikatnya bermaksud bergabung secara langsung atau amalan di dalam Islam. Ia merupakan permulaan perjanjian baru dengan Allah dan memberikan baiah untuk beramal dan berjihad pada jalan-Nya.
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata:

"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".
1. Faham.
2. Ikhlas.
3. Amal.
4. Jihad.
5. Berkorban.
6. Taat.
7. Tetap Pendirian.
8. Tegas.
9. Persaudaraan.
10. Percaya.

1 comment:

TOP Auto Backlink High Quality said...

Very interesting article, I really enjoyed every article of this blog, and I learned a lot from here. Thank you for sharing with us.