Monday 20 April 2009

BARULAH DINAMAKAN RAJA RAAYAT

Tuanku Muhkriz mencemar Duli,(bahasa istana ini)
Sememangnya begitulah laku seorang raja melayu, bersantap bersama raayat, duduk bersila melambangkan jatidiri melayu.Bersila bersama raayat bukankah itu budaya bangsa sejak zaman berzaman. Kerana bersilanya raja bukanlah bersila sebarangan, malah duduk silanya penuh bermakna. Sila Raja,Sila Panglima tidak mencemar tahta seorang raja.
Dulu-dulu pun raja bersantap penuh beradab, duduk bersila menjamah santapan. Inilah Raja tanah mengandung, penuh beradat dan berjiwa raayat. Semasa almarhum Tuanku Munawir menjada Yam Tuan, begitulah meriahnya istana diraja Seri Menanti. Bila ada kerapatan untuk Duli Yam Tuan, raayat disekitar Seri Menantilah yang diutamakan. Maka zaman penuh gemilang itu kembali lagi.
Kepada Tuanku Muhkriz, jadilah raja kepada raayat jelata yang mesra lagi prihatin.Semoga kembali gemilang, Seri Menanti bandar di raja yang penuh kenangan. Kini anak cucu sejati, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang DiPertuan Agong Pertama kembali memegang tahta.
Sekiranya nenda Tuanku Muhkriz masih ada...Tunku Kurshiah.. mengalir ayer mata gembira melihat cucunya kini kembali mendapatkan haknya.





(Dari MSM Malaysia)
TUANKU MUHRIZ berkenan bersalam dengan tetamu pada Majlis Santapan Bersama Rakyat di pekarangan Istana Seri Menanti, semalam.
KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam mencemar duli makan bersila bersama kira-kira 1,000 rakyat dalam Majlis Santapan Bersama Rakyat bagi meraikan pelantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, esok.

Bertempat di khemah khas didirikan di halaman Istana Besar Seri Menanti dekat sini, majlis turut dihadiri Tengku Aishah Rohani serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Tunku Ali Redhauddin yang kali pertama menghadiri majlis pertemuan sejak dilantik Tunku Besar Seri Menanti berkata, majlis itu bagi meraikan pelantikan dan pertabalan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong Seri istana Besar Seri Menanti, esok.


Bagaimanapun, katanya, ruang Balairong Seri tidak dapat menampung jemputan yang ramai menyebabkan majlis diadakan di halaman istana bagi membolehkan lebih ramai rakyat meraikannya.

"Majlis itu juga bagi memenuhi hasrat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk membolehkan rakyat bertemu baginda.

"Baginda berhasrat berkenalan dengan lebih mesra dan merapatkan hubungan kekeluargaan serta persaudaraan antara kita semua," katanya.

Tunku Ali Redhauddin turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat, terutama yang tinggal berdekatan Seri Menanti yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lalu menyediakan masakan dan petugas yang menjayakan majlis itu.

Sebelum majlis santapan bermula, tetamu turut membaca tahlil dan berdoa sempena memperingati kemangkatan nenda Tuanku Ali Redhauddin, iaitu Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman pada 14 April 1967 dan Tunku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1999.

No comments: