Sunday 6 February 2011

Kaji Dan Manfaatkan Adat Perpatih

Kaji amalan adat - MB

SEREMBAN 6 Feb. - Golongan cerdik pandai digesa tampil menjalankan penyelidikan mengenai kewujudan sesuatu amalan berkaitan adat dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat dan menghapuskan salah tanggap mengenainya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setiap amalan, bidalan dan frasa dalam adat perpatih mempunyai sebab musabab ia diwujudkan oleh masyarakat terdahulu yang semakin kurang difahami oleh generasi masa kini.



 Beliau berkata, apabila kurang kefahaman, masyarakat lebih cenderung untuk mendakwa adat sebagai amalan yang bertentangan dengan agama sedangkan mereka tidak berusaha memahaminya terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.
"Salah faham berlaku kerana kita gagal mengupas kewujudan adat dengan betul.
"Kita ada ramai cerdik pandai yang boleh membuat kajian bagaimana sesuatu adat itu bermula.
"Ini penting kerana kalau setakat menghafal tetapi tidak tahu bagaimana ia wujud maka kita bukan saja tidak akan dapat menghayati adat itu sendiri malah ia boleh menimbulkan salah faham," jelas beliau ketika berucap pada majlis penutup Kembara Seri Perpatih III, di sini hari ini.
Turut hadir pada program anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (Permanis) itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail, Setiausaha Yayasan Negeri Sembilan, Jamaludin Abu Bakar dan Penasihat PERMANIS, Prof. Datuk Dr. Baharudin Yatim.
Mohamad berkata, penyertaan ramai mahasiswa dalam program tersebut adalah amat dialu-alukan kerana ia akan mendedahkan mereka dan memberi pengalaman baru mengenai amalan adat perpatih di negeri ini.
Hampir saban tahun macam-macam kerapatan adat perpatih dianjurkan di Negeri Sembilan, yang hasil dari seminar dan serta perjumpaan tidak memberi apa2 menfaat serta kebaikan darinya. Apa pun juga yang dibincangkan dan dirumuskan hampir tidak ada apa2 perubahan keatas masyarakat baik di kampung2 juga di-Taman dibandar seperti di Seremban.
Adat perpatih yang telah begitu lama bertapak di Negeri Sembilan hanya lebih bertahan di kawasan2 kampung tradisional yang dulunya diterokai nenek moyang. Itu pun telah mula menampakan kegoyahannya.Dimana silapnya, dan mengapa adat perpatih yang dulunya begitu dipakai dikalangan masyarakat melayu Negeri Sembilan. Saya masih teringat pada tahun 60'an dan 70'an, adat perpatih begitu sinonim dengan kegiatan masyarakat kampung tradisional. Malah prinsip - prinsip adat digunakan dalam apa juga kegiatan serta aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat setempat.Istilah "berkampung","kayu berakar", "pepaleh","menyeraya", hampir tidak kedengaran lagi. Kalau yang masih mahu mempraktikan adat bila masa ada berlakunya kenduri kahwin. Itupun kalau kenduri itu diakan dikampung atau dirumah pusaka atau tanah adat. Kalau tidak kenduri kahwin dari mula persiapan sampai selesai diuruskan oleh ahli keluarga sahaja,lebih2 lagi di Taman2 perumahan dibandar dan di rancangan tanah Felda.
Tidaklah kita sendiri ketahui mengapa hakisan adat berlaku, berlaku dan kurang dipakai tahun demi tahun.Jadi menjejaki kembali peranan adat perpatih amat baik dan dilihat menfaatnya pada skop yang lebih luas. Selain dari persoalan sosio budaya tetapi faktor2 yang baik dari adat perpatih mestilah boleh dijuga  merangkumi, kegiatan ekonomi, adat perpatih yang menjana sistem masyarakat yang dinamik. Kerana bila adat hanya terpakai dalam ruang yang sempit sahaja, besar kemungkinan adat perpatih akan terus dipandang sepi oleh masyarakat melayu di Negeri Sembilan.
Memandang negara semakin maju, dan taraf hidup yang meningkat menyebabkan amalan serta adat yang baik buat membentuk masyarakat yang berkerjasama haruslah dikaji agar dapat memberi menafaat kepada masyarakat baik di kampung tradisi dan lain2nya.
Amat sedih hari ini kita melihat2 kampung2 tradisi yang dulu meriah dengan aktiviti masyarakat kini semakin sepi. Pergilah kemana pun kampung2 sekarang ini, banyaknya rumah2 tradisi yang dulu berdiri megah melambangkan budaya bangsa, kini banyak tidak lagi berpenghuni dan ada yang menunggu masa menyembah bumi.
Ada tanah2 pusaka yang terbiar sekian lamanya, dipenuhi belukar dan hutan dara. Tiada lagi sawah padi, kuak kerbau dan bunyi burung tak tibau dikala senja mendatang. Kampung menjadi begitu sepi. Banyak nya tanah2 pusaka yang terbiar, yang sepatut menjadi aset dalam menjana ekonomi. Kalau yang ada hanya rumah yang didiami orang-orang tua, yang masih kasih dan sayang akan tanah pusakanya. Dimana kemeriahan hanya  terasa bila anak bertandang balik kekampung pada musim cuti sekolah atau dihari perayaan. Selepas itu sunyi kembali.


 Rumah ini hampir roboh dimamah masa,mungkinkah tiada waris buat menjaganya, atau mungkin perebutan hak milik yang menjadikan ia begitu. Atau mungkin juga tiada anak2 yang ingin menetap dikampung yang kurang sumber ekonomi buat menampung kehidupan yang semakin menghimpit. Mungkin juga skala ekonomi tanah yang tidak ekonomik. Atau tiada siapa yang ambil peduli lebih2 lagi sikap ketua "perut" buapak dan sebagainya tidak mengambil peranan.
 Sudah sampai masanya, mereka yang berperanan seperti "buapak2" , Dato Lembaga2 dan ketua adat meninjau kembali peranan mereka dengan meniliti peranan adat itu dari sudut yang boleh dipelbagaikan kebaikan adat itu sendiri.Mungkin adat perpatih itu menuntut perubahan agar terus menjadi satu sistem masyarakat yang dinamis. Bukan hanya berpegang pada adat pada perkara2 yang tertentu sahaja, dimana adat hanya berdiri dilandasan yang semakin rapuh.Bila adat perpatih hanya berkisar atau berkaitan pusaka,suku dan keturunan sahaja.Takut nanti adat perpatih tinggal pada nama sahaja. Malah nanti adat ini, dijadikan hanya sebagai alasan meraih gelaran dan pangkat serta kedudukan ditanah mengandung ini.
Malah kalau selalu pulang kekampung, perebutan menjadi pemimpin dikalangan masyarakat bukan sahaja didalam politik kepartian, malah dalam keinginan dan perebutan menjadi ketua2 adat.Itulah kelebihan di Negeri Sembilan, selain perbezaan fahaman politik yang agak luas skop gelanggangnya- dalam mencari serta melantik ketua adat pun menjadi himpitan minda dikalangan masyarakat. Ini menambahkan hambatan pembangunan minda dalam masyarakat, berebut untuk memegang tampuk kuasa demi gelaran, kuasa dan sedikit imbuhan jika ada.Malangnya, bila kedudukan diperolehi bukan untuk menjadi pendorong dalam membangunkan taraf sosio - ekonomi anak2 buah atau perut dan suku yang dipimpin, tetapi sebaliknya.
 
Tanah terbiar yang semakin banyak tidak dikerjakan, kenapa begitu? Kalau nak dikirakan tidak ekonomik untuk dikerjakan tidak begitu tepat pada masa ini. Teknoloji pertanian yang semakin canggih tidak memerlukan tanah yang luas buat menjana pendapatan.
 Aktivit diatas hampir pupus, dikampung2 tradisional, tiada lagi bergotong royong di "penanggahan"

Jadi mengkaji bagaimana adat perpatih itu dapat di asimilisasikan dizaman serba moden ini atau di garap baru supaya lebih sesuai dizaman yang canggih serta moden ini agar berupaya menerapkan sikap masyarakat yang lebih dinamis, ini amatlah penting untuk kesimnambungan adat perpatih itu sendiri. 

Alam beraja
Negeri berpenghulu;
Suku bertua
Anak buah beribu bapa
Orang Semenda bertempat semenda
 
Alam Beraja - Yang pasti alam Negeri Sembilan mempunyai raja berdaulat, Tuanku Muhkriz Yam Tuan bergelar.
Negeri berpenghulu - Undang Luak Raja Negerinya, telah seharusnya lebih membantu memperkasakan adat ditanah mengandung ini.
Suku Bertua - Dato2 Lembaga, seharus jangan terus leka, sejauh mana peranan membulatkan buapak2. Jangan cuma megah dengan gelaran dan kedudukan, tetapi nilai diri apakah peranan sebenar.
Anak buah  beribu bapa - Peranan buapak yang semakin tidak nampak, atau mereka sendiri yang semakin celaru atas dasar apa mereka dijadikan ketua.
Orang Semenda bertempat semenda - Peranan semenda yang harus diperkasakan, biar lah telus hak seorang semenda.
 
Bulat anakbuah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadikan keadilan


Seharusnya lah bila zaman yang serba mencabar ini, kita yang menjunjung adat sentiasalah mencari jalan buat memberi makluman kepada semua anak-anak buah. Biar yang kurang bahasa mengerti bahasa, yang kurang beradat disuruh beradat. Tunjukkan jalan dan peraturan adat itu sendiri. Jangan nanti kerana salah faham dan kurang mengerti peranan adat, mengundang gundah serta gulana, dibiarkan anak - anak buah bagai anak ayam kehilangan induk.
Anjurkan kursus-kursus dan sessi pemahaman sebagai buapak2, dato lembaga bagi mempastikan kepimpinan mereka menjadi ikutan anak2 buah dan bukan bahan ketawa dan cemuhan saja.

No comments: