Wednesday 15 June 2011

Manfaat Kampong Tanpa Wayar

Manfaat kampung tanpa wayar


PERADONG - Penduduk di daerah ini khususnya golongan pelajar dan profesional disarankan memanfaatkan kemudahan kampung tanpa wayar bagi meningkatkan penggunaan jalur lebar negara.
Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Amrus Ibrahim berkata, KPKK menerusi Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) telah berusaha keras meluaskan jaringan jalur lebar negara menerusi program kampung tanpa wayar. “Program ini juga memperuntukkan kos RM36,000 bagi sebuah kampung bagi memasang komponen jalur lebar dan program ini akan dijalankansecara berperingkat-peringkat.

“Sehubungan itu, pelajar mahupun individu yang menerima komputer riba 1Malaysia menerusi program ini perlulah memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Amrus berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana dan Info Bestari Komuniti 1Malaysia Mukim Peradong di Balairaya Kampung Simpang Gelami, dekat sini, baru-baru ini. Dalam perkembangan sama, selaras dengan program kampung tanpa wayar, kerajaan telah memperuntukkan RM 1 bilion untuk komputer riba 1 Malaysia yang dilancarkan pada 24 Mac 2010.

Bagi fasa 2, Negeri Sembilan menerima sejumlah 16,494 komputer riba 1Malaysia di mana 2,900 daripadanya diperuntukkan untuk daerah Jelebu. Menurutnya, program ini bertujuan mencapai sasaran penembusan jalur lebar negara sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun 2010. “Sasaran itu berjaya kita capai pada Disember 2010 iaitu sebanyak 57 peratus. Kerajaan mahu meningkatkan kadar celik teknologi �maklumat (IT) dan merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar,” katanya. Menurutnya lagi, program berkenaan hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah sahaja.

“Namun bagi fasa 2, sebanyak 65 peratus diperuntukkan kepada pelajar manakala 35 peratus adalah untuk komuniti. “Bagi fasa 1 pengagihan komputer riba telah dilakukan sekitar Felda Titi dan Ulu Seperi,” katanya. Pemberian komputer riba hanya diberikan kepada pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu, Raja Norazli Raja Nordin dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Mukim Peradong Mohd Toufed Mohidin. 
Catatan & Ulasan

Saya rasa terpanggil juga untuk buat ulasan dan sedikit pandangan tentang pelbagai projek ICT di Negeri Sembilan ini. Apa yang memeranjatkan saya adalah tentang kemudahan ICT tanpa wayar di daerah Jelebu. Yang nampak janggal kenapa  hanya Daerah Jelebu sahaja yang mendapat pelbagai bentuk infrastruktur ICT terkini. Malah hampir semua aktiviti kebajikan serta sumbangan dari badan2 koporat ICT hanya mensasarkan Daerah Jelebu sahaja.
Kadang2 rasa terkilan juga, lain2 Daerah di Negeri Sembilan semacam tidak dipedulikan bila apa sahaja bentuk infra ICT dipinggirkan.
Beruntunglah orang Jelebu, walau pun daerah Jelebu boleh dikatakan keterbelakang dalam pembangunan infrastruktur yang lain tetapi bab ICT memang maju sungguh. Maklumlah Pak Menteri cendiakawannya menjaga hal ehwal ICT atau SKMM juga penyiaran serta pernerangan orang Jelebu. Komputer riba percuma banyak dilambakan di Jelebu malah ada yang jual balik murah2.
Saya rasa, Tok Mat MBNS patut pujuk Tok Rais supaya "kemudahan tanpa wayar" diberi dan dimajukan juga ke daerah lain yang seolah-olah dianaktirikan - Kuala Pilah, Jempol,Tampin dan Rembau. Jangan teperanjat penduduk Chennah di Ulu Jelebu pun dan ada "broadband".
Begitulah terlebih aktifnya Tok Rais dalam menjaga pengundinya. Orang lama, menteri senior macam Tok Rais ini memang bijak -bak kato orang minang - "Minang bengkok nampak luriuh" asalkan anak buah meraso, mako denai tetap jadi rajo - jadi poduli apo.Tok Yunus kempunanlah lu...

No comments: