Thursday 27 January 2011

PREMIS JUAL ARAK PEKA KAH KITA?

Pekakah Kita Dengan Iklan Sebegini????

Kita selalu menunding jari, bilamana ada pihak2 yang membangkit isu-isu yang berkaitan premis arak, orang Islam bekerja di tempat jual arak, menghidang minuman arak dan yang sama dengannya.
Orang Islam mempunyai kekuatan sebenarnya dan banyak kesempatan, tetapi kita tidak peka dengan syarat perlesenen arak. Jalan mudah selalunya, dia nak jual, dah minuman mereka kita tak boleh sekat. Sebenar kita boleh,jika kuat iltizam dan bersungguh, bersatu sesama saudara seagama. Itupun kalau ikhlas melakukannya. Jangan pula atas sebab kepentingan parti politik sahaja. Tak tahulah ini perkara baru,tetapi notis umum diatas telah lama ada didalam akbar2 arus perdana. Jadi jangan terus boikot akhbar2 ini, walau umumnya yang tepat ialah kepustusan nombor 4 ekor sahaja.
Notis Umum diatas selalu disiarkan dalam akhbar sebagai syarat kelulusan lesen premis arak,yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenen (Eksais) Kastam. Jika ada bantahan susah mereka nak buka premis2 macam ini, yang kita tahu jika diluluskan haru-biru masyarakat disekelilingnya. Semua bangsa akan terasa bahangnya.
Jadi kita masyarakat Islam bertindaklah, jika ada iklan sebegini yang menjejaskan kawasan anda tinggal buatlah bantahan,secara bertulis dan sebaik oleh kumpulan, persatuan, atau NGO. PAS boleh lakukan melalui cawangan2 yang ada, UMNO seharus pun begitu, juga AJK Masjid,Surau dan Persatuan Penduduk Islam.
Benda ni dah ada lama, tak kan loyar dalam PAS dan UMNO lepas pandang atau buat bodoh je.

Saya cuma bagi jalan, Saya duduk kat kampong je,dah muak dengan tipu muslihat orang politik

No comments: