Tuesday 11 January 2011

Sime Darby - Punca Minyak Masak Kurang

Mungkin benar atau tidak ini punca kekurangan minyak masak didalam negara hanya kementerian yang bertanggungjawab sahajalah yang lebih tahu. Kita semua sedia maklum Sime Darby adalah GLC - atau korporat besar dalam negara yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Korporat gergasi ini adalah antara yang terbesar dirantau dunia sebelah sini yang memiliki pelbagai bidang serta sektor perniagaan dan industri.
Kalau hari ini kita memandu arah selatan atau utara melalui PLUS kita nampak dikiri kanan jalan ladang2 serta hartanah milik Sime Darby, korporat besar yang memang besar. Malah Sime Darby secara umumnya adalah milik kerajaan yang sekali gus ada hak raayat disitu. Korporat besar ini sudah tentu diuruskan oleh mereka yang dipilih "berkelayakan" oleh kerajaan yang sedang memerintah sekarang.
Malangnya pada akhir tahun lepas isu, salah guna kuasa dan penyelewengan serta rasuah menyebabkan korporat besar ini rugi berbilion ringgit yang mana tindakan undang2 diambil terhadap orang pengurusan kanannya. SPRM sedang melakukannya sekarang.
Semua raayat mesti tahu, mereka yang dilantik mengurus GLC, selalunya dibawah seliaan Kementerian Kewangan dan  juga lobi politik kerajaan yang memerintah.
Juga kita tahu, bila ladang sawit luas banyak lah hasil minyaknya. Jadi diberikan juga lesen mengilang, membungkus dan menjual minyak masak subsidi yang bernilai ratusan juta ringgit lagi.
Itulah kadang2 rasa nak ketawa juga, bila Menteri yang berkenaan dengan Hal Ehwal Perdagangan Domestik dan Pengguna, mengatakan jualan minyak masak subsidi tak untung. Apa itu harga jualan subsidi? Kalau tak untung mengapa minyak masak terputus bekalan? 
Yang pasti pengilang2 minyak kelapa sawit juga yang usahawan2 berebut2 untuk mendapatkan hak membekal dan menjual minyak masak subsidi.Jadi dimana logik mengatakan ini usaha yang merugikan. Maka yang selalu dapat lesen mengilang, menjual minyak subsidi adalah mereka yang ada pengaruh dan kaitan politik walaupun tak tahu macamana  nak proses minyak masak tetapi tetap juga dapat permit.
Lebih malang lagi, bila GLC seperti Sime Darby seolah-olah  membelakangkan tanggungjawab sosialnya kepada raayat dan negara.Inilah kepincangan nyata, kerana terlalu ghairah dengan keuntungan setelah rugi berbilion tindakan menyusah raayat ini  amat dikesali.
PM Najib, tentunya merasa terkilan dengan tindakan ini. Bila slogan keramat " Ra'ayat  di dahulukan" , "Pencapaian di utamakan" dimomokan sahaja oleh pegawai2 kanan GLC yang ada hubung kait dengan kerajaan.
Saya menjangkakan banyal lagi kepincangan GLC ini akan terbongkar pada tahun 2011 ini, siasatan keatas pengurusan Sime Darby, TM dan yang lain akan berlaku. Cuma kita berharap pisang tidak berbuah dua kali seperti kemelut ekonomi 1997. Kerana bila semua kebobrokan ini bermanifestasi ra'ayat yang marhean yang terbanyak inilah yang akan menderita.

1 comment:

Anonymous said...

x untung kata dorg...ermmm

harga minyak sawit mentah skrg = rm3700

operation cost = rm 900/ton

itu baru minyak mentah...kalo siap proses n packing bayangkan berapa untungnya...

yg kesian nya pekerja ladang... gaji harian cuma rm20-rm 30 campur o/t sehari...

macamana x jadi lambakan pekerja asing kalo gaji macam nie...cubalah bantu pekerja tempatan...

banyak sgt untung yg dorg ambil... sedih lihat keaadaan nie..