Sunday 25 September 2011

MANIFESTASI POLITIK SONGSANG.

Raayat terus diwar-warkan dengan pelbagai kecelaruan hari demi hari, seperti tiada akan nampak redanya ribut yang melanda negara kita. Mungkin tidak menjadi apa-apa bagi mereka yang tidak mahu ambil kisah - yang menjadi satu fenomena majoriti raayat dinegara ini. Ada yang berani menunjukan marah dan protes jika sesuatu perkara yang berkaitan menjejaskan mereka, malah ada juganya protes dalam diam " silent protester" yang hanya bersikap tidak ingin ambil tahu. Mungkin kerana bosan dan rasa muak dengan keadaan negara - ekonominya, sosialnya dan pelbagai kesulitan yang perlu dihadapi dan diselesaikan sendiri-sendiri.


Kalau nak mengadukan kepada siapa, saudara sendiri sama juga seperti dia, susah banyak hal yang perlu dihadapi, hutang yang perlu dibayar dan macam-macam lagi. Yang pastinya semuanya dalam keadaan serba tak kena.

No comments: