Wednesday 16 February 2011

3 Anggota JPJ dicekup makan rasuah!!

Tiga anggota JPJ dicekup SPRM

SEREMBAN – Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan membuat penyamaran dalam sebuah bas ekspres, di sini dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin. Ketiga-tiga mereka ditahan selepas meminta wang sogokan RM500 daripada pemandu bas ekspres terbabit supaya tidak mengenakan saman akibat kesalahan jalan raya. Mereka terbabit adalah seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa bertugas di Ibu Pejabat JPJ Selangor, Padang Jawa, Shah Alam. Turut ditahan, seorang lelaki menjadi 'orang tengah' antara pemandu bas dan kakitangan JPJ terbabit. Jurucakap SPRM Negeri berkata, pihaknya melakukan operasi selepas pemandu bas ekspres berusia 40-an itu membuat aduan kepada SPRM bahawa anggota terbabit meminta wang sogokan untuk dia dilepaskan daripada melakukan kesalahan.
Ketika ditahan, menurutnya, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan sekitar Selangor ke Seremban dan pemandu dikatakan tidak menyedari kehadiran anggota JPJ menyamar berpakaian biasa di dalam bas berkenaan. "Pegawai JPJ itu mengeluarkan saman kepada pemandu selepas dikesan melakukan kesalahan semasa memandu. "Semua mereka ditahan selepas pemandu berkenaan mengadu diminta menyerahkan RM500 sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, keempat-empat mereka berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan secara berasingan antara jam 1.30 dan 5.30 petang, kelmarin dalam operasi di sekitar Shah Alam. “Ketika soal-siasat, 'orang tengah' terbabit turut mengaku dia diarahkan anggota JPJ terbabit mengambil wang daripada pemandu berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.






Tak berberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan perbuatan salah guna kuasa dan rasuah dari JPJ Negeri Sembilan. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan perlakuan salah laku dari jabatan yang sama. Yang pasti, seolah-olah tidak ada rasa malu dan takut langsung dengan tindakan SPRM, macam ingin mencabar pula caranya. 
Yang lebih malang, ini melibatkan pengangkutan awam. Sebagaimana yang kita semua maklum banyaknya trajedi yang membawa maut yang melibatkan pengangkutan awam, ramai sudah mati disebabkan kecuaian pemandu bas yang tidak mengikut peraturan, keadaan bas penumpang yang tidak diselengara dengan sempurna, malah berlakunya kenaikan harga tambang bas yang tidak mengikut tambang yang diwartakan. Malah banyak lagi, kesalahan-kesalahan yang memerlukan pemantauan juga kawalan yang ikhlas dari jabatan yang berkaitan, terutamanya JPJ. 
Malangnya, jika tiada kesungguhan dari kalangan kakitangan penguat kuasaan, apa sahaja usaha akan terbantut dan orang ramai juga yang akan menerima kesusahannya.
JPJ  dari dulu lagi disenaraikan sebagai jabatan yang banyak  dihubung kaitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah selain polis. Sepatutnya, keadaan serta sikap tidak baik ini mestilah dibasmi dengan penuh kesungguhan. Ketua jabatan juga menteri yang berkenaan haruslah mencari jalan agar tiada urusan juga dalam penguatkuasaan prosedur dan undang-undang dapat dijadikan ruang buat melakukan rasuah.
Tidak tahulah ,cadangan memberi kuasa tambahan kepada JPJ  menyaman kesalahan trafik dimana pegawai penguat kuasa JPJ, boleh mengeluarkan saman kepada  mereka yang melanggar undang-undang jalan raya sebagai satu cadangan betul atau tidak. Lebih-lebih lagi dengan tahap disiplin yang masih menjadi masa'alah di JPJ.

Sebenarnya, kuasa tambahan telah pun diluluskan parlimen....

ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka, Datuk R Perumal, yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu. "Sekarang ini cuma tunggu ia diwartakan, dan kita jangka ia dapat dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu dalam tahun ini juga," katanya. Beliau berkata, mengikut pindaan akta itu, pemilik kenderaan yang bertukar alamat diberi tempoh dua minggu untuk memaklumkan alamat baru kepada JPJ dan jika gagal, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka, termasuk kompaun sebanyak RM300. Ismail berkata, peraturan itu adalah bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah mereka tidak menerima saman yang dikeluarkan JPJ.

No comments: