Thursday 17 February 2011

Hanya 2 logo halal yang diiktiraf

SEREMBAN 17 Feb. - Hanya dua jenis tanda halal yang diiktiraf oleh kerajaan negeri iaitu logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan logo yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam negeri-negeri.Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, terdapat juga logo halal antarabangsa yang telah mendapat akreditasi Jakim dan boleh dijadikan panduan oleh umat Islam di negeri ini ketika membeli atau menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Selain daripada logo-logo berkenaan, katanya, umat Islam boleh mengelak daripada membeli barangan yang mempunyai tanda halal yang dipertikaikan sebagai jalan terbaik ketika berdepan dengan masalah untuk menentukan kesahihan sesuatu produk atau perkhidmatan.
"Sebagai langkah proaktif, umat Islam boleh menyemak status halal sesuatu produk melalui laman web http://www.ns.gov.my/jabatan/jheains/ atau http://www.halal.gov.my/v2/ yang mempunyai direktori tanda halal dan produk halal," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai tinjauan di beberapa buah pasar raya di sekitar daerah Jempol yang mendapati hampir 30 peratus barang yang dijual mempunyai logo halal yang mengelirukan.Ia termasuk logo yang berwarna berbentuk bintang yang mempunyai bucu, bulat dan tiga segi.Laporan itu menggesa pihak berkuasa bertindak bagi mengelakkan umat Islam daripada terpedaya dengan logo halal palsu sesuatu barangan.Jurucakap itu berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima aduan daripada pengguna di negeri ini yang mempertikaikan logo halal sesuatu produk.Beliau berkata, pihaknya atau beberapa pihak berkuasa lain akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai mengenai logo halal yang disyaki palsu.

Sebenar hingga sekarang pun umat Islam bukan sahaja diMalaysia malah diseluruh dunia hadapi masa'alah tanda logo halal setiap barangan yang dibeli. Tiada kesepakatan sebenarnya dalam menentukan "standard" atau panduan kandungan halal itu sendiri. Kalau langsung sahaja saya mengatakan dalam perkara yang penting begini pun kita umat Islam diMalaysia pun masih tertanya-tanya, logo halal mana yang betul atau yang palsu. 
Sebagai panduan umum, kita di Malaysia harus mengunakan logo halal JAKIM. Masa'alahnya ada juga logo halal yang dikelauarkan oleh kerajaan negeri masing2 di Malaysia ini. Bagi saya semuanya boleh dipakai sebagai panduan, tetapi pastikan ia benar-benar logo halal dari Majlis Agama Negeri.
Terdapat juga logo-logo halal dari negara-negara lain, yang mana mungkin menjadi sukar memastikan halal tidaknya barangan yang kita beli. Se-elok malah sebaiknya, ambil masa dan buat kajian di-internet akan kesahihan halal - tidaknya setiap barangan yang datang dari luar negara.
Saya sendiri selalu membuat, kajian dan pertayaan melalui emel bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk-produk makanan dan bukan makanan yang diimport, daripada pengeluar barangan itu sendiri,dan apabila tanda halal dilabelkan,kita boleh juga membuat pertanyaan kepada pengeluaran logo tanda halal itu.


Dibawah ini saya cuba senaraikan logo-logo halal dan badan2 yang mengiktirafnya.

 
LOGO HALAL JAKIM - UMUM
(JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA)
INI LOGO HALAL JAKIM UNTUK BARANGAN KOSMETIK
(JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA)


Boleh juga mendapat maklumat tentang logo halal, baca dibawah bahan2 buat memberi panduan tentang halal atau haram barangan yang kita makan, guna dan pakai.

Kisah Sijil & Logo Halal yang Haram

dipetik dari SINI
Mari mengimbau masa silam..
Keputusan jemaah menteri mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya menyediakan satu kertas cadangan untuk menyelaraskan peraturan dan prosedur persijilan halal di negara ini amat dialu-alukan. Ini kerana, sebelum ini peraturan sedia ada mengenai pengeluaran sijil serta penggunaan logo halal dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan ia tidak selaras antara satu sama lain..
Perkemaskan pengeluaran sijil halal, Utusan Malaysia, 28 Mac 2003
Kini..
Hanya satu sijil dan logo halal akan digunakan di negara ini dan ia dikawal serta dikeluarkan oleh Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, penyeragaman sijil dan logo halal oleh Jakim itu akan memudahkan masyarakat mengenal pasti sijil halal sah dikeluarkan Jakim dengan yang palsu.

Hanya satu logo halal, Harian Metro, 27 Februari 2010
Akhirnya setelah hampir 7 tahun memerah otak dan menitiskan peluh, Malaysia telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya.
Awas awas dan awas, perenggan di bawah ini pula adalah spoiler bagi berita yang mungkin akan terbit di dada-dada akhbar dalam beberapa tahun lagi. Tolong hentikan membaca kalau anda lebih gemarkan kejutan!
Kerajaan akan merangka satu pelan yang lebih drastik bagi menghukum syarikat yang sewenang-wenangnya memalsukan logo dan sijil halal. Jakim telah mencadangkan agar logo halal pada produk makanan diwajibkan dalam bentuk pelekat hologram agar ia tidak mudah dicetak rompak.
Logo halal bakal jadi lebih canggih, inilah bukti Malaysia Boleh!, Berita Harian, 1 Jan 2020
Ok, jangan jadi lurus bendul tentang sedutan berita bertarikh 1 Jan 2020 itu.

Sesuatu yang Kurang Pada Logo Halal Jakim

Saya naik takjub apabila membaca berita tentang penyelarasan satu logo halal sahaja selepas ini. Saya mendapati antara isi yang cuba ditekankan ialah dengan mempunyai satu logo yang seragam, masalah logo palsu dapat dibanteras dengan jayanya. Ini apa yang disebut oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom:
Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan, elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan...

...ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan. Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab.
Anda bayangkanlah, di zaman ini, semuanya boleh dipalsukan. Duit boleh dipalsukan, kad pengenalan pintar boleh dipalsukan, serta identiti diri anda juga pun mudah dipalsukan. Hatta, lelaki pun boleh dipalsukan menjadi wanita; sampai kita sendiri pun boleh naik keliru sama ada awek cun bergetah yang kita lihat di Lorong Haji Taib itu benar-benar tulenkah dia? Atau bahagian yang bergetah itu cuma sekadar silikon untuk mengaburi nafsu kita? Oops, tapi saya tidaklah suka-suka lalu di situ.

Justeru, bukankah itu semua sudah cukup sebagai satu amaran bersifat common sense bahawa logo halal Jakim adalah sangat mudah dipalsukan? Bukan susah pun untuk melakukan replika logo tersebut di Photoshop, sedangkan yang lebih kompleks pun kita boleh melakukannya dengan mudah!

[Edit 4/3/2010]: Contohnya telah pun berlaku dalam kisah 'Mamak' pucat lesi:
Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.

Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan.

"Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan," katanya.
Maka cara paling afdal adalah dengan mempertingkatkan lagi mutu dan keupayaan SMS Halal yang dibangunkan oleh Jakim. Saya mendapati sistem ini masih mempunyai beberapa kelemahan utama.
SMS Halal - Hantar ke 32728
Soalan bijak: Bagaimana saya mahu menyemak status halal premis makanan seperti Sushi King, Old Town Kopitiam, dan Dome Cafe?


Sila lihat keratan akhbar ini dan berikan tumpuan kepada petikannya di bawahnya:
...pengguna hanya perlu menghantar SMS ke 32728 dengan menaip kod bar barangan yang menggunakan Global Standard 1 (GS1)...

...bagi produk, premis atau rumah sembelihan yang tidak mempunyai nombor GS1, Jakim akan menggunakan nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim untuk didaftarkan melalui e-Halal...
Kalau mengikut apa yang saya faham, semakan boleh dibuat dengan kod bar ATAU nombor rujukan permohonan sijil halal Jakim bagi yang tiada GS1. Namun pemahaman saya mungkin juga salah kerana laman web Halal Malaysia gagal mendokumentasi perkara ini dengan sebaiknya, bahkan apabila membuka bahagian SMS Halal itu, ia seolah-olah hanya menekankan bahawa semakan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kod bar SAHAJA. Sila ambil perhatian bahawa, sistem yang diperkenalkan semenjak September 2005 ini (bermaksud sudah hampir 5 tahun), masih mempunyai dokumentasi yang cacamarba.

Apa pun, katakan pemahaman saya itu benar. Maka ini sudah tentunya bermaksud saya perlu masuk terlebih dahulu ke dalam premis makanan yang terlekat stiker logo halal Jakim di cermin luarnya, lalu bertanya kepada pekerja di situ (ada kemungkinan mereka ialah mat bangla yang tak tahu sangat kecek BM), tentang apakah nombor rujukan sijil halal Jakim restoran ini?

Ini sangat melecehkan dan nampak terlalu kerek.

Bahkan juga, bukan semua produk ada kod bar berteknologi GS1. Ini perkara lazim pada produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS); contohnya produk Keropok Lekor keluaran Industri Keropok Sedunia yang memang telah disahkan halal oleh Jakim ini:

Kod bar? GS1? Keropok di atas tidak memilikinya.

Maka, mungkin salah satu cara menyelesaikan kebuntuan ini adalah dengan memetakan segala macam jenis kod bar dan nombor rujukan sijil halal itu ke dalam satu sistem lain, yang memiliki kod yang lebih generik.
Sebagai contoh:
  1. Semua produk, yang memiliki kod bar GS1 atau pun tidak, dipetakan ke dalam kod generik PKxxxxx-xxxxx
  2. Semua premis makanan dan hotel yang memiliki nombor rujukan halal, seperti JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2003-08/2004, dipetakan ke dalam kod generik PSxxxxx-xxxxx
  3. Semua rumah sembelihan dipetakan ke dalam kod generik RSxxxxx-xxxxx
Kemudian, kod ini wajib diletak di bawah setiap logo halal Jakim tersebut. Bagi sesebuah produk, kod berkenaan mungkin boleh juga dicetak seperti mana tarikh luput dicetak. Maka sesiapa pun akan dapat menyemak status halal produk, premis makanan dan restoran dengan lebih mudah.

Sistem SMS Halal yang Kurang Tepat

Namun begitu, perkara paling penting yang perlu dilakukan buat masa ini adalah dengan memastikan ketepatan maklumat sistem SMS ini. Mula-mula, sila beritahu dengan jelas kepada orang ramai bahawa sistem ini berharga RM0.50 bagi setiap SMS yang diterima. Perkara ini wajib didokumentasikan dengan betul kerana kita tidak mahu ada orang yang merungut kerana menyangka servis ini percuma.

Saya ada menyemak status halal Gardenia Delicia Soft Roll (Butter Toffee), yang mana terpampang logo halal Jakim pada bungkusannya. Kod bar bagi produk ini ialah 9556231120181 seperti dalam gambar ini:
Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.
Namun ini jawapan yang saya terima:

Eh, tiada dalam senarai?

Saya sudah keliru. Semakan kod bar di laman webnya juga gagal memberikan keputusan positif:

Lalu bagaimana produk ini boleh tersenarai di dalam direktori halal bagi produk keluaran Gardenia Bakeries?
Klik untuk besarkan gambar. Lihat no 32.

Maka tolonglah permudahkan, serta siumankan segala proses semakan ini, maka barulah Malaysia benar-benar boleh menjadi hab halal yang diiktiraf dunia (Oops, dengan syarat berita bertarikh 1 Jan 2020 itu tidak benar-benar berlaku!)


Seperti yang saya katakan dari awal lagi, masih belum ada kawalan sepenuh serta panduan yang tepat buat menentukan halal sesuatu barangan pengguna.
Selalu saya ingatkan semua, seeloknya buat kajian, dan tentukan bahan2 yang tercatat di bungkusan atau botol dapat memberi maklumat pertama akan status halal atau tidak barangan itu.

No comments: