Jalan kampung yang semakin terbiar bukan sahaja berlaku didaerah Jempol malah dihampir semua daerah seperti di Kuala Pilah, Jelebu dan juga Rembau. Cuma yang nampak lebih teruk ialah di daerah Kuala Pilah. Pergi sahajalah ke mana-mana kampung, hampir semua jalannya semakin terabai. Selain dari tumbuh-tumbahan yang tidak ditebas dibahu-bahu jalan malah ada diantara pokok2 ini menjadi begitu besar dan perlu ditebang dengan mengunakan mesin. Kalau setakat mesin pemotong rumput tak mampu lagi.
Inilah kesan2 penyelengaraan yang semakin teruk oleh pihak2 yang berwajib. Jalan-jalan kampung nampak elok kalau ada lawatan oleh para pemimpin politik dikawasan tersebut, maka bertungkus lumuslah pihak yang berkenaan membersihkan laluan para pelawat itu.Lepas itu akan terbiar lagi dengan semak samun yang menjalar kepermukaan jalan dan longkang-longkang yang tersumbat.
Yang sedihnya, ketua kampong atau JKKK pun buat tak nampak sahaja.
Hari ini kalau kita pergi ke-kampung-kampung kita pasti melihat talian2 talipon dan letrik diselaputi 'jerumun' atau pokok2 yang membesar mula menutupi talian2 ini. Seolah-olah tiada apa yang perlu di lakukan. Cuma kita kadangkala dapat urut dada sahaja, bila talian talipon atau letrik terganggu akibat talian ini putus dihempap pokok2 yang rebah, juga disebabkan terlampua berat diselaputi akar atau tumbuhan2 yang menjadikan talian ini sebagai pohon tumpang. Talian komunikasi serta tenaga yang sepatut diselenggara dengan baik, agar cita2 pemimpin negara serta raayat umum dapat menepati mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.Tahap perkhidmatan menyelengaraan masih ditakuk lama malah semakin teruk. Talian komunilasi dan tenaga yang menjadi elemen penting dalam mencapai taraf negara maju jika masih berada ditakuk lama - 'apa punya mimpi' lah hasrat menjadi negara maju.
No comments:
Post a Comment