Friday 10 December 2010

Rasuah Peratus Turun dikalangan Penjawat Awam. Betul Ke?

Jika melihat dari lapuran SPRM diatas,mengambarkan kemajuan perang melawan rasuah diMalaysia. Statistik menunjukan index atau peratus perlakuan rasuah yang terus berkurangan dikalangan pekerja sektor awam dinegara ini.Yang pastinya ramai diantara yang memberi rasuah ini dikalangan pekerja swasta. Ini saya rasa adalah umumnya begitu,selalunya yang orang bukan dari kalangan penjawat awamlah yang selalunya memberi rasuah.Ini satu kenyataan yang 'redundant'. Agak janggal rasuah berlaku dikalangan penjawat awam dengan penjawat awam yang lain walaupun berlainan jabatan atau organisasi kerajaan.
Yang selalu terjebak adalah mereka yang berniaga dan bekerja sendiri. Jadi kalau ada perlakuan rasuah dikalangan pekerja sektor swasta ini perkara umumnya akan terus berlaku dalam bentuk seakan-akan rasuah tetapi lebih kepada urusan perniagaan itu sendiri. Jadi hendak mendifinasikan secara tepat sebagai rasuah agak sukar juga.
Contohnya, ada sebuah syarikat khidmat penyelengaraan kebersihan kawasan kilang. Maka harus melalui proses tender yang dikeluarkan syarikat.Bagi mendapatkan kontrak, syarikat khidmat ini menyogok mereka yang berpengaruh dalam syarikat yang menender itu.Jika dapat ada peratus dari nilai tender akan di beri. Ini hanya melibatkan kewangan syarikat sahaja, itu pun setelah tender diluluskan mengikut prosedur yang ditetapkan atau "SOP" jika ada.
Tetapi, perlakuan rasuah dikalangan penjawat awam, melibatkan kewangan negara, duit raayat juga hasil2 cukai yang seharus dibelanjakan dengan telus dan amanah.Contohnya jika satu2 projek itu sepatutnya bernilai RM40,000.00 tidak menjadi RM60,000.00 dan kadang kala melibatkan mutu dan hasil perolehan yang jauh dari spesifikasi.
Jadi jika statistik penurunan kadar perlakuan rasuah dikalangan penjawat awam telah menurun tidak tepat, walaupun ada indek dan bancian yang dibuat mengatakan begitu. Skop kajian mestilah meluas bukan hanya setakat beratus orang yang ditemuduga yang kebanyakan memberi jawapan atas dasar persepsi dan harapan melalui kempen2 serta roadshow anti rasuah sahaja. Yang pastinya rasuah dikalangan sektor penjawat awam semakin membarah.

No comments: