Thursday 16 December 2010

Undang-undang tanah pemilikan warga asing - lahirnya tuan tanah kedawung moden.





Nampaknya begitulah keadaan undang-undang pemilikan hartanah di Malaysiaku.Y.H OOI, anak Malaysia mestinya yang dapat melihat apa yang akan dan mungkin berlaku dimasa depan. Jangan nanti bandar besar bukan lagi tempat anak warga negara. Hong Kong misalnya tidak banyak hartanah dibandaraya Kowloon dimiliki oleh raayatnya. Mereka terpaksa tinggalkan tanah nenek moyang dan berhijrah dikawasan pinggir bandar mendiami rumah pangsa merpati bagi meneruskan kesinambungan hidup yang semakin menghimpit.Begitu juga dikebanyakan bandaraya diberapa negara Asia, mula pupus anak warga dari kawasan bandar.
Cuma kita berharap apa pun bentuk undang-undang pemilikan warga asing mestilah menepati kesedaran dan jati diri bangsa. Yang pastinya kini, bangsa melayu paling terkesan oleh keadaan hari ini. Kalau dibandingkan dengan kaum lain, orang melayu terus terpinggir dan ramai telah mula pulang ke tempat asal... ke kampung.
Apa yang pastinya, semoga pendedahan ini haruslah ikhlas untuk semua. Jangan nanti ada pula suku kaum dalam negara yang merasakan ketamakankan mereka kini tergugat kerana bersaing dengan warga asing dalam pemilikan hartanah ditanah air tercinta ini.
Kepada pemimpin negara janganlah dalam kita bercita ingin memajukan negara menjadi maju, transformasi tanpa henti mencapai negara berpendapatan tinggi raayat marhean terus ditahap  yang sama. Negara sahaja yang nanti menjana hasil pelaburan tinggi dengan pulangan besar buat diagih2kan sesama sendiri melalui GLC-GLC lalu bertahta pulalah golongan elit bangsawan yang sejak mulanya ingin menjaga kepentingan diri sendiri menjadi golongan "tuan tanah kedawung zaman ini".

No comments: