Tetapi hari ini apa sudah jadi? Yang dipuji kini menjadi yang dikeji,yang diharapkan kebijaksanaannya kini menjadi kebejatan. Mungkin ini satu peringatan, jangan kamu rasa bangga juga jangan kamu rasa takbur bila puja-puji menjadi makanan jiwa. Kerana nafsu ingin dipuja dan puji tetap juga nafsu namanya.
Ini sifat fasiq dan zindiq, ada ilmu tak mengamal sampai keputusan yang dibuat bukan atas apa yang dia tahu tetapi apa yang "aku" mahu. Maka bercelarulah segala rupa tindak balas yang datang. Ini bukan zaman bersultan dihati, beraja di-mata tetapi kini - bersultan mesti ikut perlembagaan.
Yang sedih dan memalukan telah pun berlaku, maka tiada apa yang perlu disesalkan. Kata perpatah "telajak perahu boleh diundurkan - telajak keputusan inilah akibatnya". Sedih sungguh bilamana ADUN yang dipilih raayat dihina-dihalang bagai menghambat haiwan liar dari memasuki kandangnya - bangunan dewan undangan negeri sebagai lambang mahligai raayat yang merdeka. Hari ini terkubur serta punahnya demokrasi dan keadilan undang-undang di negeri Perak Darul Ridhwan.
Rupa telah lebih 50 tahun negara terlepas dari kongkongan penjajah, masih ada lagi manusia yang fikiran mereka masih terjajah. Undang-undang dan perlembagaan di tafsirkan sesedap rasa dan mengikut kehendak nafsu sahaja. Yang sedihnya lagi mereka yang rakus ini berlumba-lumba menegak benang basah. Mereka yang tak sepatutnya berkata apa-apa, menganguk-angguk bagai burung kakak tua, mengucap perkara yang sama...seolah-olah otak mereka menjadi tidak berguna. Yang cerdik pada mulanya menjadi si-binggung yang tak tentu hala akhirnya.
Hari ini kita menyaksikan satu kebiadapan yang paling ketara, bila mana meraka yang diberi amanah tidak lagi tahu batas sempadan kuasa dan tanggung jawab. Kuasa raayat dipandang tiada nilai dan harga, hanya diumpamakan haiwan ternak yang mesti digembala mengikut acuan mereka - kerana akulah raja, akulah pengarah jabatan, akulah ketua pegarah,akulah ketua setiausaha negara, akulah tuan pegawai polis yang berkuasa. Akulah!... Akulah! kerana aku pun ada tuan penguasa yang harus ditaati.... ada TPM ada PM.....yang akan menentukan, rezeki, kemewahan dan masa depan.
Jadi peduli apa dengan raayat, peduli apa dengan wakil raayat, peduli apa dengan dewan undangan raayat..............
No comments:
Post a Comment