Monday, 23 February 2009

Raayat Menjadi Mangsa Politik Dendam

Hampir saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai isu dan terjahan-demi terjahan perlakuan politik dinegara ini.Hampir setahun PRU12 telah berlalu, yang menang telah pasti tetapi yang kalah masih tidak puas hati.

Gila apakah manusia berpolitik ini? Bagai perangai gila meroyan, kerana tidak dijaga pantang larang selepas bersalin. Gilanya disini, setelah PRU12, gila meroyan orang politik menjadi lebih teruk lagi. Apa yang pasti raayat jelata lah yang akan terus menerima kesannya.

Ekonomi dunia semakin parah, negara kita juga telah mula menerima tempiasnya. Semua negara didunia telah pun mencartakan strategi dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan depresi - ekonomi yang melanda dunia ketika ini. Kemuncak kemelesetan dijangkakan akan mencapi klimak nya pada suku ketiga tahun ini...2009.

Hari ini sahaja diumumkan secara rasmi 80,000 pekerja telah pun diberhentikan dan sehingga Jun nanti 200,000 lagi mungkin diberhentikan lagi. Soalnya tepatkah jangkaan itu?
Raayat dibiarkan menghadapi kemelut ekonomi sendiri-sendiri, malah kalau dilihat kerajaan Malaysia dibawah BN tidak mempunyai satu pelan atau rencana buat menghadapi depresi ekonomi ini. Apa yang diberitakan, pelbagai skim latihan semula untuk pekerja yang telah diberhentikan dan penyerapan kedalam perkhidmatan awam yang ada kekosongan jawatan.
RM300 juta diperuntukan untuk skim latihan semula. Peruntukan ini maca, biasa dengar sahaja seolah - olah lagu lama diberi nafas baru. Ingat skim latihan MLVK dahulu......... jangan nanti peruntukan yang sepatutnya bagi raayat yang hilang sumber pencarian mendapat bantuan, tetapi menjadi rebutan, juak-juak serta belaci politik buat mengisi tembolok sendiri.
Juga sungguh mengherankan, dikalangan kakitangan awam yang di ambil secara kontrak juga akan terpaksa dihentikan. Kenyataan ini bercanggah sungguh, dalam pada banyaknya jawatan kerajaan yang masih kosong, masih ada lagi kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak.
Malah ada yang telah berkhidmat lebih 8 tahun secara kontrak. Ini kerja gila, satu pencabulan hak asasi golongan pekerja yang paling tak beretika. Dalam istilah pengajian, kerja yang di kontrakan adalah untuk jawatan yang bersifat sementara, 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau lebih2 3 tahun atau yang bersifat tiada jaminan kerja jangka panjang.
Tetapi bila telah memberi khidmat melebihi 8 tahun, saya rasa ketua jabatannya yang dungu atau gila atau polisi perkhidmatan awam itu sendiri yang celaru. Malah boleh ditafsirkan jika pihak kerajaan sendiri tidak memberi keadilan dan menegak undang2 pengajian atau pemburuhan dikalangan kakitangan awam, apa lagi yang harus diharapkan atau dijadikan contoh. Tidak heranlah majikan2 disektor swasta dinegara ini terus menjadi kapitalis tulin,tanpa mempedulikan kebajikan pekerjanya. Lebih lagilah dengan sistem perundangan untuk kaum pekerja diMalaysia yang memang telah lama lapuk malah jurasik.
Malah kalau hendak dihalusi terlalu banyak undang2 yang telah lama luput tarikh tempohnya,ada yang bertimbal balik, ada yang tidak langsung mengikut perkembangan semasa malah ada yang tidak relevan atau tidak boleh dipakai lagi.
Isu-isu perundangan yang "outdated" ini, terus terlepas pandang disebabkan oleh pembuat undang2, itu lah mereka yang dilantik menjadi wakil di parlimen. Bila mereka saban hari leka dengan percaturan politik celaru dan dendam, bertikam lidah didalam dewan tanpa memberi apa apa faedah atau resolusi serta cadangan yang membina untuk raayat.
Melihat sidang dewan raayat, kadang kala amat menyedihkan, mutu serta bahasan yang tidak ada nilai malah tiada faktor2 serta hujah yang boleh dipakai. Terlalu retorik, malah setiap pembentangan isu2, tidak dibahas dengan hujah yang bernas dan selalunya berakhir dengan telingkah serta jerit pekik semacam di pasar awam. Sikap tunding jari, tuduh menuduh menjadi aksi harian di dewan raayat. Kita berasa sungguh kecewa dengan sikap politik dendam di antara ahli2 parlimen baik dari pembangkang, kecewa lebih lagi dengan sikap ahli parlimen parti pemerintah yang berhujah seperti wakil dari hospital gila.
Apa yang kita lihat, dewan raayat bukan lagi satu wacana buat memerah otak, untuk kepentingan raayat tetapi lebih untuk kepentingan politik sendiri. Dewan Raayat yang sepatutnya menjana pemikiran serta pelan dan strategi memacu ekonomi serta mengumpul cara bagaimana menghadapi depresi ekonomi yang semakin kuat asakannya.
Tetapi dewan yang mulia itu bagai sebuah zoo, untuk haiwan yang pandai berpolitik yang mana perlakuan penghuni zoo sedang disaksikan oleh manusia yang bernama rakyat.

No comments: