Suasana yang sebegini adakah menunjukan keganasan, mengapa raayat terus dirantai dan ditutup mulut. Haruskah raayat dikasari dan diperlakukan sedemikian rupa, kerana cuma menyuarakan rasa isi hati yang terlalu sayang akan bahasa yang menjadi jiwa kepada bangsa.
Adakah mereka ini petualang negara sehingga diperlakukan dengan begitu biadap sekali.
Pada sekelian kalinya, raayat dihalang menyuarakan hasrat dan perasaan. Inilah demokrasi yang dilaungkan Bn dan umno yang semakin galak menggunakan kekerasan terhadap bangsa melayu yang ingin meluahkan rasa kurang senangnya terhadap keputusan mengunakan bahasa penjajah dalam mata pelajaran kira - kira dan sain oleh menteri umno.Hishamudin anak Husin Onn begitu sombong mengatakan, luahan penentangan bukannya suara majoriti. Sejak bila BN dan umno mendapat suara majoriti dari bangsa melayu.Melayu tulin dan tinggi jati diri tidak lagi bersama umno. Melayu umno adalah melayu yang tidak tentu asal usulnya - kalau pun melayu tetapi mereka melayu berjiwa bangsa. Mereka adalah melayu yang hanyut dengan segala bentuk kebejatan, kecelakaan malah telah lama hilang sifat melayu tulin.Mundurnya melayu hari ini disebabkan oleh umno, yang sedia mengorbankan bangsa demi habuan kuasa, rasuah dan laba dunia.Melayu yang terus dikatak tempurungkan supaya terus jumud dan hilang harga diri.Bagi melayu, ditanah melayu ini tiada sultan lagi yang dapat dirapat sembah,kerana melayu umno meracuni institusi raja untuk terus menjumudkan bangsa melayu.Soalnya - apakah cina, korea, jepun mengajar anak mereka dalam bahasa ibunda,lebih mundur atau melayu umno sendiri ingin menjadi penjajah sejak mula.
No comments:
Post a Comment