Thursday, 5 February 2009

KEMELUT POLITIK KATAK DI-PERAK

Entah bila akan tiba noktahnya kecelaruan politik yang terus-terusan menjadi agenda utama dinegara ini. Tiada henti dengan gelora berpolitik yang seakan-akan menjadi episod-episod drama yang entah bila pula episod ini akan berakhir.
Sejak beberapa hari yang lalu, negeri Perak dikatakan sedang dilanda krisis politik yang agak serius. Maka hari ini adalah kemuncak pada segala krisis, dimana Pakatan Raayat yang telah mendapat mandat majoriti pada PRU 12 yang lalu tumbang dengan tiba-tiba. Itulah politik yang umumnya adalah dimaksudkan sebagai perlakuan yang penuh dengan serba boleh jadi, tiada musuh sebenar tiada juga kawan sebenar. Politik adalah satu bidang yang penuh dengan segala bentuk perlakuan yang kadang kala tidak masuk akal, tipu helah, oportunis dan malah elemen menipu yang tidak ramai orang yang faham.
Berpolitik dalam menegakan sistem demokrasi juga tiada banyak beza dengan berpolitik atas apa sahaja landasan. Malah tiada sistem politik demokrasi yang atas kata prinsip demokrasi yang dicanangkan Abraham Lincoln "democracy of the people, from the people and for the people". Malah demokrasi telah ujud pada zaman empayar Rome. Lihat sahaja apa jadi dengan empayar itu, penuh onar, tipu daya, kezaliman, pembunuhan, permusuhan sehingga hancur Empayar Rome walaupun kononnya empayar yang diasaskan atas dasar politik demokrasi.
Apa yang berlaku di negeri Perak menunjukan betapa demokrasi bukanlah sebenarnya satu perlaksanaan yang memerdekan raayat, yang seharusnya istilah keramat " by the people and for the people" tidak terpakai juga kesudahannya disebabkan oleh ketidak sempurnaan sistem demokrasi itu sendiri.
Malah demokrasi yang dicanangkan sebagai satu sistem politik yang utama, tetapi demokrasi amat berbeza pemakaiannya di antara satu negara dengan satu negara yang lain. Di Malaysia ini, sistem demokrasi ada batasannya, terikat dan terbatas oleh peruntukan perlembagaan negara umumnya dan perlembagaan serta perundangan negeri-negeri.
Setiap undi yang diberi raayat terhadap parti politik yang menjadi pilihannya adalah had kebebasan seorang warga negara. Walau pun parti yang beri undi memenangi satu pilihan raya, ini belum menjamin parti itu dapat memerintah dalam erti kata sebenarnya, tetapi harus di persetujui oleh badan atau institusi yang lebih tinggi, yang berkuasa memilih mengikut garis panduan juga kuasa yang ada dilingkungan institusi itu.
Umumnya - kuasa raayat tidak "ultimate" bukannya pemutus kata. Inilah rupa bentuk demokrasi yang terpakai dinegara Malaysia ini. Samalah seperti demokrasi yang dipakai oleh empayar inggeris, dimana suara raakyat bukanlah suara keramat, bukan juga kuasa penentu siapa yang memerintah dan siapa yang diperintah. Saya teringat membaca buku tek rujukan bahasa inggeris " Potato People" karya Angela Wright untuk anak-anak di tingkatan 2. Bagaimana Ratu England pemerintah empayar british melakukan pencerobohan hak raayat melalui peranan yang di lakukan oleh Lord Ehgam, yang dilansungkan perilaku kezaliman kepada raayat jelata melalui Mr Graystone menghalau penduduk Irish dari tanah air mereka dengan merampas hak mereka.Empayar british adalah empayar yang kononnya mengasaskan demokrasi awal di Eropah.
Jadi dimana sebenarnya kuasa raayat itu?? Dimana demokrasi?
Apa yang kita lihat di negeri Perak, adalah menampakan betapa tidak sempurnanya demokrasi yang dipakai. Bilamana seorang wakil raayat yang diundi oleh raayat memenangi pilihanraya, kuasa dan kehendak raayat terhenti disitu. Apa yang terjadi kemudiannya bukan lagi buat raayat untuk menentukannya. Perbuatan melompat atau bertukar kepada parti lain atau juga mengistiharkan menjadi wakil bebas menjadi hak mutlak wakil raayat itu sendiri. Raayat cuma boleh gigit jari, telan air liur sahaja melihat mereka ditipu atau dipermainkan oleh wakil mereka. Jadi dimana demokrasi ?
Sepatutnya pada usia yang sudah dikira matang, kerana hampir 50 tahun lebih kita merdeka, tetapi kematangan berpolitik masih jauh. Sikap dan perlakuan wakil raayat, yang penuh dengan kepentingan peribadi, pembelotan jiwa yang masih tegar, tiada kesetiaan dan kesungguhan dalam membela nasib raayat tidak langsung mengambarkan kesinambungan demokrasi yang sebenar. Tetapi itu politik yang di ibaratkan sebagai satu seni yang penuh dengan ke-barangkalian dan kemungkinan. Itu lah jenis demokrasi ala Malaysia.
Itulah sistem demokrasi yang terpakai di negara kita yang tercinta ini. Politik itu sememangnya satu permainan yang kotor, tetapi bagi menentukan politik itu benar dan ikhlas hanya ditentukan oleh peribadi ahli politik itu sendiri. Malah jika kita memilih wakil dihari pilihan raya, pilih dikalangan mereka yang benar boleh memimpin dan berbakti kepada raayat. Bukan lambang dan slogan, tetapi individu yang baik hati budi serta jelas waras akalnya yang sentiasa dipandu oleh iman dan sifat jelas beragama.
Apa yang berlaku di negeri Perak seharus tidak lagi berulang ditahun-tahun milinia ini. Tetapi masih ujud manusia yang tidak tetap pendirian dan buruk perilaku bila diri rasa lompang dari kemewahan dunia materi.
Kalau benar demokrasi diguna pakai, seharusnya DUN negeri perlu dibubar dan pulangkan kepada raayat dinegeri Perak bagi menentukan kerajaan pilihan mereka dalam suasana bebas dibawah sistem demokrasi sebenar. Apa juga undang undang atau perlembagaan hanya akan menjadi lebih bermakna, jika rasa dan perasaan raayat serta kuasa raayat di utamakan. Ingatlah " Tidak wujud kerajaan dan tidak wujud Raja tanpa raayat"

No comments: