Heboh diakbar arus perdana memperkatakan tentang parahnya sistem perundangan didalam negara setelah dirumuskan oleh suruhanjaya kehakiman berhubung dengan pita rakaman video Lingam. Malahan berita ini mengambarkan perlakuan dan sikap tidak ambil peduli, golongan pemerintah. Mereka yang selama ini dianggap sebagai pemimpin baik dikalangan yang berpolitik, perundangan dan juga ketua jabatan kakitangan awam bagi memastikan pentadbiran serta kemaslahatan raayat jelata terus terjaga dan kedaulatan negara terus utuh untuk generasi yang akan datang.
Seolah-olah tiada hentinya dari satu peristiwa ke satu peristiwa pada saban masa yang menjejaskan sistem kerajaan yang seterusnya menjejaskan tujuan sebenar sesebuah kerajaan itu. Mana tidaknya pada masa raayat dihimpit dengan masaalah kehidupan yang makin menyesakan nafas, ekonomi raayat jelata yang terus menghimpit - dan kehidupan yang makin terus mencabar baik dari segi ekonomi, sosial, sekitaran dan pelbagai lagi. Tumpuan pemerintah dalam menangani masaalah raayat terus terabai. Selepas PRU12 setelah keputusan dimumkan, kiranya sudah redalah ribut yang melanda, sudah ditentukan siapa yang menang siapa yang kalah. Jadi bagi mereka yang menang,seharusnya mulalah bekerja buat menyelesaikan masaalah yang tidak selesai, membetulkan mana yang tidak betul, baik tentang ekonomi, sosial atau kebajikan raayat.
Tetapi apa yang berlaku selepas PRU12, amat berbeza dengan PRU-PRU terdahulu. Terlalu banyak perkara-perkara yang timbul dan disengketakan. Yang nyatanya bila kalangan pemimpin baik dari Barisan Nasional dan Pakatan Raayat bercakaran, menunjukankan sikap angkuh dengan kemenangan apabila menang, dan yang kalah menunjukan sikap dendam yang tak sudah- yang pastinya raayatlah yang menjadi mangsa. Terlalu bengit suara dari orang-orang besar, baik dikalangan orang politik, orang besar kerajaan malah dikalangan para bangsawan, raja-raja dan sultan-sultan. Seolah-olah Malaysia ini kepunyaan mereka sahaja, raayat jelata diibaratkan sebagai para hamba sahaya sahaja. Semuanya bertelagah untuk menegakan hak dan kepentingan masing-masing. Bagaimana pula kepentigan raayat terbanyak, dimana suara pembela yang begitu lantang dilaungkan sebelum PRU12 dahulu? Semua tengelam begitu sahaja bila kemenangan dan kekalahan menjadi sempadan hentinya untuk menyelesaikan masalah raayat secara jujur dan ikhlas.
Hidup dan masa depan raayat kian mencabar. Kos sara hidup terus meningkat secara tiba-tiba. Beras yang menjadi sumber makanan ruji raayat melambong naik diantara 15% hingga 40%. Dulu sebelum PRU12 beras 5% hancur tempatan boleh dibeli pada kadar RM20-RM21 bagi kampit 10 Kilo. Beras 10% hancur pada berat 10 kilo pada harga RM18-RM19 tiap kampit 10 kilo. Kalau beras wangi atau impot super dari Siam pun tidak pernah menjangkau lebih tinggi daripada RM23 -RM24 tiap 10 Kilo. Tetapi yang terdapat dipasaran sekarang tiada lagi yang berharga belasan Ringgit. Ada yang mencapai pada kadar harga RM37 untuk beras impot wangi, bagi beras tempatan 5% hancur boleh mencapai sehingga RM29 kampit 10 kilo.
Yang nyata raayat jelata yang terbanyaklah merasakan terjejasnya kedudukan kewangannya. Baru beberapa bulan yang lalu dikejutkan dengan harga tepung dan pelbagai barangan harian untuk dimakan telah naik harga, kini sekali lagi raayat dibebani kos sara hidup yang terus meningkat.
Golongan menengah dan raayat marhean, merasakan betapa kos sara hidup hampir saban tahun terus meningkat dengan begitu cepat sekali. Walupun pun kerajaan mengumumkan kadar inflasi masih rendah dan terkawal. Indeks harga penguna masih rendah dan berpatutan. Ini amat mengelirukan lebih-lebih lagi dikalangan raayat yang berpendidikan, tidak mungkin kadar inflasi begitu rendah sedangkan barangan kegunaan harian yang perlu bagi raayat harganya terus meningkat. Yang pastinya, semua itu tidak memberi apa-apa makna buat raayat. Indeks dan kadar peratus yang dimumkan seolah-olah satu persembahan teka-teki buat memujuk hati dan jiwa nurani raayat.Terma "a basket of consumer good were used to determine the movement of price". Soalnya apakah barangan penguna yang dikenalpasti sebagai penunjuk arah harga penguna?
Kini krisis bekalan beras menjadi topik perbualan raayat seluruh negara. Krisis global sumber bahan makanan berupa beras sedang melanda dunia. India tidak lagi mengekspot beras, kerana perlu menangani kekurangan hasil padi dimusim lalu akibat perubahan cuaca didataran Deccan. Thailand atau Siam, juga menghadapi masaalah yang sama dan sebagai negara pengeluar beras utama dunia, mengunakan kesempatan ini untuk memasarkan berasnya pada harga yang lebih tinggi. Begitu juga negara-negara pengeluar beras utama dunia. Lebih teruk lagi kejadian malapetaka yang berlaku di Myammar dan Cina. Lembangan Irriwadi, yang subur dengan tanaman padi di Myanmar hampir musnah dilanda taufan Nargis, begitu juga kawasan tanaman padi dinegera Cina, yang dilanda perubahan cuaca dan bencana.
Tetapi, di Malaysia bencana juga sedang dihadapi oleh raayat jelata,kerana pemimpin politik dan masaalah dalaman kerajaan yang terus bekemelut, seolah-olah lupa akan masaalah yang sedang dihadapi oleh raayat. Raayat marhean sahaja yang terus menjadi mangsa keadaan, hanya sekali-sekala PM Dollah mengumumkan peruntukan dana bagi membuka ladang tanaman padi yang lebih besar, projek mega boleh tangguh dahulu. Shahrir Samad yang kini menjaga hal ehwal penguna, dengan ide-ide yang kalut-malut. Beras yang bersubsidi akan ditentukan cara pengagihannya yang lebih mampan kononnya buat diberikan kepada golongan sasaran.
Apa sudah jadi? Mestikah ada golongan tertentu sahaja yang mendapat beras subsidi. Tidakkah semua raayat Malaysia semuanya menjadikan beras makanan ruji.Punyalah murah ide-ide yang diketengahkan.
Kini diumumkan pula akan di keluarkan beras 15% hancur, yang berharga subsidi kawalan tetap kerajaan. Malah mungkin akan dipasarkan melalui " supply chain yang terkawal" untuk golongan sasaran - golongan marhean mungkin? Dimana barangan seperti tepung,gula dan beras serta yang lain-lain akan dijual dengan harga patut, dengan kualiti yang minimum.
Perancangan yang dicadangkan ini, mengingatkan saya di zaman negara, ketika itu tanah melayu diperintah bintang tiga-komunis, dimana beras hanya boleh dibeli dengan kupon yang dikeluarkan pemerintah. Nampat gayanya , kerisauan raayat menjadi nyata setelah lebih 50 tahun merdeka - bukan bertambah baik. Pemikiran pemimpin bertambah buntu. Seakan sistem sosialis yang memerintah bukan demokrasi tulin yang sebenar. Yang mengeciwakan mengapa harus ada perbezaan dalam menyediakan keperluan raayat, mengapa kualiti harus dikompromi? Mengapa raayat dibeza-bezakan dalam bab makanan? Engkau makan tulang , Aku makan daging. Inikah kualiti menteri dan perdana menteri yang kita ada.
No comments:
Post a Comment