Written by norzahkepol
Minggu lepas cheGuBard dihubungi ramai teman bertanya berkenaan dengan 'kegemparan' Dato' Ishak, Ketua Umno Bahagian Seremban yang membuat laporan BPR ke atas Dato' Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ishak Lenggeng dilaporkan hadir sendiri ke BPR dengan di iringi beberapa pimpinan Umno Seremban membuat laporan mengenai salah laku Mohamad Rantau yang mempengerusi mesyuarat untuk melantik adik beradiknya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan dalam Negeri Sembilan.
Bagi cheGuBard dan teman - teman dalam keADILan ingin merakamkan tahniah atas keberanian Ishak Lenggeng cuma ingin ditegaskan bahawa laporan polis, laporan BPR dan pendedahan mengenai perkara ini telah dibuat lama dulu oleh keADILan, saya sendiri mengetuai pendedahan dan laporan laporan tersebut.
Namun pada ketika pendedahan dan laporan yang dibuat dulu Ishak Lenggeng tidak ke depan cuma komen - komen secara selindung mungkin kini ia lebih berani setelah terlepas peluang menjadi wakil rakyat di Lenggeng.
sila rujuk :
* Kerajaan Adik beradik Hassan kepanasan
* Kerajaan NS melemah di bawah Mohamad
* MB NS terhimpit dengan periuk bubur lambuk
* Penyelewengan punca krisis kewangan PBT
Teori seorang teman yang bukan 'politician' tetapi hanya pemerhati biasa, pembahas kedai kopi terkenal di kampungnya menyatakan bahawa ini peperangan proksi...tok Mat (MB) proksi Abdullah Badawi dan Tok Sahak Lenggeng proksi Mahathir. Namun apapun plot politik makin menarik...
No comments:
Post a Comment