Wednesday, 7 May 2008

GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA – KEADILAN SOSIAL YANG KIAN TERHAKIS.

Sudah lebih 50 tahun Negara merdeka, rata-rata kehidupan raayat makin lama makin terhimpit. Zaman gemilang golongan perkerja atau marhean dinegara pada tahun 80an dan 90an makin malap dan menghimpit. Golongan menengah yang ramai diera 90an makin menipis. Jurang diantara raayat dari segi sosio ekonomi dan taraf kehidupan makin meluas. Yang kaya dan berada serta berkuasa terus mendapat laba,terutama mereka yang mempunyai kaitan dengan kuasa politik tertentu. Mereka yang bekerja dengan kerajaan sebagai penjawat awam terus mendapat pembelaan, keistimewaan dan kelebihan baik dalam jaminan kerja juga gaji dan imbuhan yang kerap diperolihi saban tahun. Pelbagai peringkat dalam sektor awam mendapat kenaikan gaji sehingga 40% tahun lalu. Juga segala bentuk imbunhan, elaun dan kemudahan terus dinikmati oleh mereka.

Apa yang dikesalkan sangat oleh golongan-golongan marhean di sektor swasta, hampir tiada pembelaan dari pihak pemerintah. Seolah-olah pemerintah lupa, maju dan membangunnya negara ini adalah sumbangan juga pergorbanan pekerja swasta sejak lama dulu.

PM Dollah Badawi tidak akan menimbangkan tangga gaji minima pekerja sektor swasta, kerana sebarang kenaikan akan menyebabkan inflasi. Kenyataan dari seorang perdana menteri kepada semua raayat di Malaysia. Satu kenyataan yang amat dangkal dan hampir naïf buat seorang perdana menteri, soalnya kenapa inflasi tidak dikaitkan dengan kenaikan gaji semua peringkat dalam sektor awam pada tahun lalu?

Dimanakah tanggung jawab sebuah kerajaan terhadap mutu kehidupan serta tahap sosio ekonomi raayat pada hari ini. Harus dingati tenaga kerja raayat Malaysia yang hampir 10 juta ini dimana 80 peratus adalah mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat swasta dan bekerja sendiri.

Adakah Negara dikira maju, bila majoriti raayatnya hidup hampir pada paras kemiskinan. Umumnya, seperti yang ditetapkan oleh jabatan statistik yang ditadbir oleh pekerja awam yang mendapat keistimewaan, menyatakan kadar purata kadar kemiskinan hanyalah 5 peratus, iaitu bagi pendapatan isi rumah dibawah RM800 sebulan.

Silalah turun melihat raayat terbanyak yang bertungkus lumus buat mencari hidup. Bagaimana statistik ini diambil dan kajian dibuat terlalu banyak pincangnya. Tidak pernah kita melihat kelibat, pegawai dari jabatan statistik membuat penyelidikan, jauh sekali pegawai buruh yang menanyakan kebajikan perkerja swasta.

Pada tahun 80an dan 90an hampir tiap tahun, pegawai dari jabatan buruh –sekarang sumber manusia dan tenaga raayat membuat kajian dan tinjauan di tempat kerja – pekerja swasta, begitu juga dengan pegawai-pegawai dari KWSP, SOCSO dan lain-lainnya.
Pada masa itu saban tahun pegawai awam yang dipertanggung jawabkan ini akan membuka dan memeriksa fail dan rekod pekerja dipremis –premis atau kilang-kilang, ramai majikan yang didakwa kerana tidak melaksanakan tanggungjawab statutori.

Soalnya mengapa amat kurang pemantauan yang dilakukan sekarang ini?
Diamanakah tanggung jawab menteri sumber manusia, tiada lagi pegawai-pegawainya yang ambil pusing tentang masaalah pekerja disektor swasta. Penjawat awam di jabatan perhubungan industri hanya dilihat lebih memihak kepada majikan sahaja. Apa mungkin disebabkan oleh kerana ketidak puasan hati kementerian sumber manusia, tentang sesetengah polisi, seperti kemasukan pekerja asing bukan dibawah bidang mereka tetapi “dihijack” oleh kementerian dalam negeri.

Jika ini yang berlaku, tidak sepatutnya pekerja-pekerja swasta raayat Malaysia dijadikan mangsa keadaan. Seolah-olah pekerja swasta raayat tempatan adalah tenaga kerja kelas rendah yang dianggap tidak menyumbang kepada pembangunan Negara.
Yang lebih menyedihkan bangsa melayulah yang paling ramai di-anaktirikan didalam sektor swasta. Jadi tidak heranlah bangsa melayu, terus ingin bekerja dengan kerajaan. Polisi yang tiada visi ini akan menjarakan keupayaan bangsa melayu dalam menghadapi era globalisasi ini . Apakah bentuk modal insan yang bakal dilahirkan, jika kebajikan asas golongan pekerja terus dikesampingkan. Kalau dulu, kerajaan yang memerintah begitu bersungguh mengswastakan jabatan-jabatan kerajaan untuk memacu pembangunan Negara, dengan mengurangkan kos-kos pentadbiran jabatan dan meningkatkan produktiviti dan tahap kecekapan.

Sektor swasta di-ibaratkan sebagai lubuk emas, maka digalakan raayat, terutamanya bangsa melayu melibatkan diri dengan bekerja disektor ini. Kepimpinan pada dekad-dekad yang lalu memberi keutamaan dikalangan orang melayu dengan pelbagai kemudahan latihan yang melibatkan kegiatan ekonomi. Bangsa melayu dapat menguasai kepakaran, teknoloji dan pengurusan moden sambil dapat meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik setaraf dengan bangsa lain di Malaysia. Pembangunan modal insan sangat bertepatan ketika itu, terutama bangsa melayu yang masih jauh tertinggal dari segi ekonomi umumnya, perniagaan, perusahaan dan kurang ekuiti bangsa melayu dalam hampir semua bidang dan kegiatan ekonomi. Sungguhnya pimpinan ketika itu, hingga tertubuhnya institusi kemahiran, politeknik dan vokesyenal seperti IKM, Institiut Teknoloji MARA buat menjana anak melayu yang berkelayakan bagi memenuhi peluang pekerjaan di sektor swasta.

Tetapi hari ini, kita lihat adanya tanda kepupusan bangsa melayu yang menjadi pengurus rendah, menengah dan tinggi disektor swasta. Terutama disyarikat multinational yang telah lama bertapak dibumi bertuah ini ,juga syarikat besar yang tersenarai dipapan utama bursa saham. Yang mengherankan jawatan yang secara umumnya harus dijawat oleh bangsa sendiri dijawat oleh bangsa lain, yang lebih parah lagi jawatan pengurusan sumber manusia, pegawai undang-undang yang kanan pun dijawat oleh bukan raayat Malaysia. Sudah pasti mereka tidak peka dengan budaya dan dasar kerajaan. Polarisasi kaum amat ketara disektor swasta sekarang ini terutamanya di peringkat pengurusan. Malah kalau dilihat diruangan “classified job vancancy” di-dada akhbar, begitu biasa pada masa ini, syarat-syarat kepada calon-calon mesti menguasai bahasa-bahasa etnik tertentu. Mengapa ini harus terjadi, mengapa pimpinan melayu masa kini begitu tidak terasa kepincangan dan membiarkan diskriminasi melebarkan jurang perbezaan sesama raayat. Kalau diteliti dengan lebih dekat ini hanya satu muslihat bagi menghalang bangsa melayu agar tidak memohon jawatan yang diklankan. Pada peringkat perlantikan pelatih-pelatih pengurusan begitu ketara anak bangsa melayu yang berkelulusan dan berkelayakan terus diketepikan, terutamanya jika syarikat ini dimiliki oleh bangsa bukan melayu, lebih-lebih lagi jika pengurus-pengurus kanan syarikat dikuasai majoriti bukan bangsa melayu. Alasan yang diberikan, graduan bangsa melayu selalunya akan memilih untuk bekerja dengan kerajaan, ini akan merugikan syarikat dari segi kos melatih dimana mereka akan berhenti setelah mendapat latihan. Inilah telahan yang amat serius dan jauh dari kebenarannya. Semacam ada satu komplot disektor swasta agar bangsa melayu terus terpinggir. Soalnya mengapa tiada pemantauan dan dimana letaknya polisi pekerjaan Negara, dimana semua raayat mempunyai peluang yang sama rata. JIka diteliti lagi dengan kebih dekat, mengapa tiada bantahan dan protes dari pimpinan bangsa melayu walaupun ini berlaku secara leluasa.

Yang jelas, syarikat-syarikat besar ini akan melantik pengerusi-pengurusinya dari kalangan penjawat awam bangsa melayu yang telah bersara, terutamanya mereka yang berjawatan kanan dalam pentadbiran Negara- selalunya disyorkan oleh pihak kerajaan yang juga orang politik kerana membalas budi atas dokongannya kepada kerajaan yang memerintah pada hari itu. Mereka dilantik menjadi pengerusi yang hanya mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga syarikat yang dijadualkan oleh CEO atau pengurus besar. Jawatan kebajikan yang hampir tiada tanggungjawab, tetapi dengan imbuhan elaun yang berpuluh ribu ringgit sebulan, hanya sebagai jurucakap dan juru hubung dengan kerajaan. Biasanya dikalangan penjawat awam bersara yang kanan seperti, KSN, Ketua Ketua Pengarah, Pengarah, Peguam Negara,Hakim-Hakim, Pegawai Kanan Tentera dan Polis.

Lazimnya mereka-mereka ini bukanlah pengerusi atau pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif hanyalah sebagai jambatan dengan pihak kerajaan. Kebanyakannya, tidak ambil pusing dengan struktur pengurusan syarikat yang dipengerusikannya, jauh sekali untuk mengambil tahu kedudukan bangsanya dalam syarikat itu.

Maka dilihatlah dikalangan majikan ini terus mempengaruhi kerajaan supaya dasar gaji minima tidak dilaksanakan. Federasi Majikan Malaysia, terus mengamal sikap menekan dengan disokong oleh kerajaan yang sedia ada yang pro-majikan. FMM terus melobi kerajaan yang memerintah, yang hanya menyambung lidah federasi majikan dimana iklim pelaburan akan menjadi tidak kompetitif. Tiada lagi pelabur akan datang ke Malaysia. Seharusnya pemerintah haruslah bersikap waras dan lebih prihatin akan keadaan raayat dari golongan perkerja swasta yang tahun demi tahun dihimpit dengan peningkatan kos menyara hidup yang semakin naik.

Kita tahu sistem kapitalis menjadi tunjang pelaburan di Malaysia yang begitu digalakan oleh kerajaan. Tetapi sampai bila kewajarannya, kita terus mencanangkan kepada pelabur asing, tentang murahnya tenaga buruh, infrastruktur yang baik, iklim pelaburan yang kondusif serta dengan insentif dan pengecualian cukai yang kadang melebihi terma dan norma biasa.

Pada dasarnya mengalakan pelaburan ke-Malaysia ialah buat menjana peluang pekerjaan kepada raayat, selain dari pada pemindahan teknoloji dan sistem pengurusan terkini. Agar taraf kehidupan raayat bertambah baik dan bermutu. Tetapi polisi yang agak kontradiktri dilaksanakan, pengambilan pekerja asing yang dulunya dihadkan pada sektor pertanian,peladangan dan pembinaan terus membanjiri Negara. Seolah kini raayat tempatan terpaksa pula bersaing dengan orang asing disemua bidang pekerjaan.

Yang pastinya, majikan yang ada pada hari ini adalah golongan kapitalis tulen, tiada semangat kebajikan serta tanggungjawab sosial kepada pekerja. Salah satu sumber keuntungan ialah mengurangkan kos, gaji yang rendah salah satu penjimatan dalam apa juga bidang perniagaan. Maka pengambilan pekerja asing dalam hampir semua bidang pekerjaan menjadi keutamaan majikan di Malaysia, selain dari kos gaji yang rendah, sumber tenaga begitu mudah diperolihi secara sah atau tidak.

Majoriti pekerja swasta di peringkat bawahan adalah bangsa melayu yang bekerja sebagai operator, jurteknik rendah,penyelia rendah, buruh atau pekerja am, pengawal keselamatan, pemandu, budak pejabat, kerani rendah, pentadbir rendah, pembantu pejabat, pembantu ekaun, jurjual dan banyak lagi jawatan yang kadang kala tidak setimpal dengan kelulusan yang dimiliki.
Keluhan raayat terus kedengaran dengan begitu kerap sekali akhir - akhir in

No comments: