Tuesday, 20 May 2008

Catatan Sejarah Duka - Bila Pemimpin Dikalangan UMNO Tidak Peduli Derita Raayat Palestin.

Izwan Abdul Halim Wed May 21, 08 6:31:02 am MYT
Di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel - Mahathir
ALOR STAR, 21 Mei (Hrkh) ? Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul tehadap Palestin pada sidang baru-baru ini.
"Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihanraya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini.
Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel. "Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis. - mks.

Inilah kesan dari bala memperkenalkan Islam Hadhari - Bidaah Al Qubra Abad ini.

No comments: