Semalam dan hari ini akhbar arus perdana terus memaparkan tentang mantan PM Tun, yang keluar dari umno. Pelbagai reaksi serta komen yang berbaur dendam, benci juga rasa kesal dan terkejut diulas mereka dikalangan umno itu sendiri. Malah ramai tokoh dari pihak lawan umno memberi komen-komen mengikut tafsiran dan andaian masing-masing. Juga begitu banyak penulis blog yang menulis dengan bahasa yang pelbagai rentak, yang kasar dan kurang ajar juga ada yang simpati serta rasa sedih.
Yang paling banyak dipolimikan adalah kenyataan Musa Hitam, mantan perdana menteri dizaman Tun Mahathir. Kenyataan " telah keluar duri dalam daging" itulah kata yang penuh nurbisa ditarafkan kepada Tun Mathatir. Saya sendiri merasa terkejut dengan luahan yang sebegitu pedas dan boleh dikira menyakitkan. Kalau dipahamkanlah duri dalam daging samalah dengan satu perlakuan yang sungguh keji, umpama musuh dalam selimut, api dalam sekam yang mana perumpamaan ini semuanya menjurus kepada satu perbuatan atau perlakuan yang amat buruk dan keji, diibaratkan dahulu,seperti para talibarut kempetai jepun yang menjadi duri dalam daging yang membuat onar dan derita dikalangan raayat yang benci kepada penjajah. Samalah perumpamaan " duri dalam daging" yang menggambarkan seorang yang pendengki, sakit hati yang ingin merosakan sesuatu yang baik.
Soalnya mantan timbalan pm, ini meluahkan kata-kata ini kerana atas sebab apa? Teringat saya pada suatu waktu yang lampau, menghadiri forum yang mana salah seorang ahli panelnya ialah Musa Hitam. Beliau membicarakan topik kepimpinan, lalu dibangkitkan berberapa contoh kepincangnya politik itu, kerana politik "is the art of possible" kerana seorang pemimpin yang berkaliber belum tentu akan dapat memimpin kerana caturan politik yang mungkin tidak berpihak kepadanya. Mantan TPM ini pernah memperkatakan tentang " a prime minister which never be" bagaimana dibicarakannya, walaupun secara umumnya raayat begitu kagum dan dengan populariti pemimpin itu tetapi ketentuan politik menyebabkan raayat akan hampa kerana pemimpin itu tidak dipilih. Mantan TPM ini mengkiaskan terhadap beberapa tokoh yang sepatutnya menjadi PM di Britain tidak menjadi kenyataan- disebabkan leciknya Magaret Thatcher bermain politik.
Tetapi rasa saya ketika itu bukanlah " a prime minister which never be" dari Britain tetapi kiasan keatas mantan TPM Anwar Ibrahim - yang tersisih dari politik umno,namun yang sehingga kini ada kemungkinan menjadi " a prime minister he will be".
Apa yang lebih menarik lagi ialah ulasan MB Kelantan TG Nik Aziz, yang diberitakan terlalu gembira dengan keputusan mantan PM Tun. Cuma rasa gembira, kerana kata-kata beliau betapa rosak dan hilangnya halatuju sebenar umno itu telah dibuktikan dengan keluarnya Tun dari umno. TG Nik Aziz, tiada mengelarkan atau membahasakan Tun dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin melayu seperti Musa. Malah dialas lagi bahasa TG Nik Aziz dengan jemputan kepada Tun bersama pentas Pas dengan syarat lupakan fahaman sekular dan nasionalis. Malah mantan TPM Anwar hanya mengulas seadanya sahaja. Juga Tg Razaliegh pun mengulas dengan nada yang tepat dan waras.
Tidak seperti Musa yang terlalu celupar dengan nada berbunyi dendam tak sudah yang langsung akan menegelamkan kapal umno. Ini sifat dan perilaku rata-rata pemimpin umno yang ada sekarang.
Tiada siapa yang boleh menafikan tentang jasanya juga wibawa mantan PM Tun, bohonglah kita jika kemajuan serta keamanan yang kita kecapi ini bukannya hasil pimpinannya selama 22 tahun. Walaupun banyak isu-isu buruk yang dibangkitkan sekarang, berlaku dalam era pemerintahannya, tetapi tidaklah seburuk negara lain di-Asia. Yang pastinya keadaan negara sekarang lebih banyak dilanda kemelut - ekonomi, sosial, jenayah serta perlakuan korupsi yang terus meningkat. Syukur kita " tiada musa hitam = a prime minister, he will never be" , yang tentunya Musa Hitam dilantik PM Dollah jawatan tinggi di WPI atau Iskandar Region. Good Luck to you PM Dollah with your bunch of grouchos.
No comments:
Post a Comment