Sunday 6 February 2011

Maksiat di Lebuh Raya Lekas

Maksiat di lebuh raya
Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my
2011/02/07
Kereta dipandu bergerak terhoyong-hayang akibat pemandu hilang tumpuan asyik layan nafsu






    
PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.
Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan.
Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.

Sekali lagi kita dikejutkan dengan macam2 perlakuan tak senonoh dan menjijikan dikalangan masyarakat sekarang ini. Seolah-olah tidak peduli dengan orang lain bila melakukan benda-benda yang haram ini, hampir dimana-mana sahaja baik di pusat-pusat maksiat yang semakin banyak tumbuh sekarang, seperti cendawan selepas hujan. Bandar Seremban makin tidak sunyi dengan pelbagai macam ragam manusia yang telah mula menampakan perlakuan tidak bermoral dikalangan penduduknya. Kini ditepian lebuh raya pun jadi. 
Saya tak terperanjat yang melakukan sudah hampur pasti, orang melayu. Apa nak jadi dengan Seremban sekarang ini. Kalau tempat ini, sudah tentu kawasan penempatan yang majoritinya orang melayu. Mungkin yang buat kerja haram dan jijik ini orang dari luar kawasan Paroi atau Ampangan. Saya mengucapkan syabas kepada orang Tmn Mergosa yang cepat menghidu manusia durjana ini. Kita harap Jabatan Agama Islam NS dapat memantau dan menangkap pelaku maksiat jijik ini.

No comments: