Wednesday 9 February 2011

Kenapa Mengamuk Lagi?

Polis cuba tenteram lelaki amuk ditetak
Oleh Ziauddin Sharuddin
2011/02/10




SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang cuba mententeramkan seorang lelaki yang mengamuk, cedera parah di kepala, leher dan telinga kirinya hampir putus dilibas dengan parang sebelum lelaki itu ditembak mati di Taman Cempaka, Bahau, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 30-an itu ditembak di pipinya selepas menyerang dan menetak bertubi-tubi Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, ketika mangsa bersama tiga anggota polis lain cuba berundur selepas lelaki itu semakin agresif.
Lelaki bersenjatakan parang itu melibas beberapa kali ke kepala, leher dan bahu Abdul Rahim menyebabkannya cedera parah.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Balai Polis Bahau menerima panggilan daripada ibu lelaki terbabit meminta bantuan kerana anaknya yang mempunyai sejarah gangguan mental mengamuk dan tidak dapat dikawal.Katanya, empat anggota polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang cuba mententeramkan lelaki itu yang dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Kita di Negeri Sembilan dikejutkan lagi dengan satu jenayah berkaitan gangguan mental. Tak lama dulu kejadian membunuh anggota keluarga di daerah Tampin dan kini terpaksa ditembak anggota polis sebelum mangsa mengamuk dengan ganas lagi, lalu nanti akan membunuh ramai orang yang tidak berdosa. Malah kejadian diatas semakin banyak berlaku dikalangan masyarakat sekarang ini hampir disetiap negeri.
Kejadian membunuh diri, mengamuk dan membunuh ahli keluarga sendiri semakin menjadi-jadi.Kalau di negara lain, Jepun misalnya, kejadian bunuh diri adalah perkara biasa dan beratus orang dalam sebulan memilih jalan mudah ini, untuk lepas dari masa'alah hidup.
Walaupun banyak dikaitkan dengan masa'alah mental dikalangan pelakunya.
Soalnya mengapa penyakit gangguan mental ini begitu banyak berlaku sejak kebelakangan ini? Apa penyebabnya? dan mengapa ini terjadi? 
Mungkin ada yang mengatakan ini disebabkan oleh penyakit keturunan dan sebagainya. Apa yang kita tahu, kalau benar ini penyebabnya, mengapa hanya sekarang ia berlaku. jadi macam2 andaian yang difikirkan.
Saya berpendapat,gangguan mental yang menyebabkan terdorong untuk mengamuk dan membunuh adalah satu fenomena baru didalam masyarakat kita hari ini. Faktor yang menyebabkan ini berlaku pada dasarnya, penyebab utama adalah "tekanan" atau "stress". Malah terlalu banyak faktor yang menyebabkan tekanan. Tekanan pada fikiran dan emosi amat mudah mendatangkan gangguan dan "stress" kepada mereka yang lemah semangat,kurang kekuatan dalaman seperti jiwa yang lemah, beremosi yang berlebihan dan sikap senang putus asa.
Semua maklum, untuk hidup selesa sekarang ini bukannya perkara mudah, tuntutan kewangan, masa dan gaya hidup terlalu banyak menuntut pengorbanan. Malah kehidupan semakin mencabar tahun demi tahun. Semua memerlukan tuntutan kewangan untuk memenuhinya. Bagi yang beriman dan pendidikan agama dapat menghadapi cabaran semasa dan akan datang dengan mengimbangi dan menyelesaikan dengan baik permasaalahan diatas landasan kesabaran dan kesyukuran.
Jadi, nyatalah  jiwa yang tenang hanya boleh didapati jika kita sentiasa hampir dengan agama. Kerana itu pengantungan kita yang utama, Allah SWT dan Rasul SAW.Tiada pilihan sebenarnya, dalam kita meniti kehidupan yang semakin mencabar juga gaya hidup yang semakin canggih dan tuntutan kebendaan dunia seharusnya semua ini mesti dalam keridhaan Agama.Jadi kepada ibu-bapa,ketua masyarakat setempat dan jabatan kerajaan yang berkaitan, fenomena sosial yang negatif ini perlulah dilihat dengan perspektif yang jujur.Ini penyakit baru dalam masyarakat moden serba canggih ini.

No comments: