Thursday 13 January 2011

Miskin Bandar



Sebenarnya masalah kemiskinan masih melata dan bukan setakat data yang diumumkan oleh mereka yang membuat banci dari jabatan statistik dan sebagainya. Sempel kaji selidik sebenarnya tidak menyeluruh dan masih boleh dipertikaikan. Keluarga atau lebih tepat lagi rumah kami telah dikunjungi oleh pembanci. Yang pastinya kajian yang dilakukan tidak menepati, kalau sekadar mendapatkan maklumat  pendapatan isi rumah sepatutnya mestilah dilakukan secara menyeluruh bukan "random survey". Sampai bila2 pun ketepatan maklumat tak akan menepati objektif,itu pun kalau bersungguh ingin mencapai objektif sebenar.
Kalau setakat hendak melunaskan tanggunjawab sambil lewa dan mengunakan bajet yang diperuntukan tak payahlah membazir duit raayat. Kalau nak bagi lapuran yang kajian yang cantik boleh lah di fokuskan dikawasan taman perumahan yang didiami oleh mereka yang berpendatan tinggi atau serderhana tinggi sahaja. Apa yang pasti untuk mendapatkan maklumat raayat miskin bukan mudah, maklumlah mereka jarang sekali ada dirumah kerana selalunya keluar diawal pagi dan hanya pulang larut malam demi mencari sesuap nasi juga duit untuk menyara anak2. Maka amat sukar mendapatkan data2 mereka ini, kalau tiada iltizam ikhlas dari para pembanci. Malah bancian boleh dilakukan dibawah pokok juga sambil lewa minum kopi.
Hakikat sebenarnya, kita cuma gah dengan pembangunan infrasturktur yang tak kunjung sudah, malah banyak yang menjadi gajah putih yang tidak banyak menafaat bagi golong marhean baik dibandar dan luar bandar.
Pada pihak yang kalau benar ikhlas memberitahu bantuan, carilah dan pastilahkan sendiri golongan miskin dengan mengenali mereka secara jujur dan ikhlas. 

Bagi saya kemiskinan makin bertambah bukan berkurangan malah sekarang "miskin bandar" akan menjadi lebih parah lagi.

No comments: