Monday 10 January 2011

Bawang Besar atau Kecil-Harga tetap Besar Juga!

Petikan  dari Sinar Harian
Seingat saya hampir lebih 3 bulan harga bawang besar, merah dan bawang putih tidak menentu dipasaran. Malah kalau dikaji dengan teliti, kita tidak dapat menerima kenapa harus jadi begitu. Bukan tidak ada sebenarnya dan kalau dilihat bawang dari pelbagai jenis ini masih terdapat disemua permis perniagaan, baik kedai runcit biasa juga dipasaraya besar. Cuma yang agak merunsingkan ialah harganya yang tak menentu.
Pada satu ketika bawang putih melambung harga sampai RM16.00 sekilogram, dimana bawang putih yg disalai lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan yang biasa. Bawang merah kecil pun begitu kadang2 mencecah harganya sampai RM12.00 sekilogram. Kini bawang besar pula naik harga sehingga RM8.00 sekilogram.
Bagaimana pun kita maklum, bawang dari pelbagai jenis ini bukanlah barangan kawalan. Jadi pihak yang bertanggungjawab tidak boleh buat apa2.
Apa yang pelik, kini terdapat pelbagai bawang besar yang ada dipasaran. Ada yang dari Belanda, Cina dan lain jenis yang jarang ada dipasaran tempatan. Tetapi orang Malaysia lebih mengemari bawang besar dari India. Tetapi diberitakan bawang dari India sangat terhad, kerana kawasan penenaman bawang besar terjejas teruk akibat banjir disana. Ini alasan atas kekurangan bekalan itu.

Pada pendapat saya, bukanlah sebab2 perubahan cuaca ini yang menyebabkan harga pelbagai jenis bawang terus tidak tentu dipasaran. 
  1. Sebab utama ialah bawang dari pelbagai jenis ini bukanlah barangan  kawalan yang ditentukan harganya. Jadi permintaan lah yang menentukan harganya. Maka disini " permintaan dan pembekalanlah yang menetukan harganya". Maksudnya bila permintaan melebihi bekalan harga akan melambung naik. Itulah teori ekonomi tentang harga yang paling asas.
  2. Sikap pembekal diMalaysia ini juga memainkan peranan-selalunya memonopoli dalam mengimport barangan ini  boleh menyebakan harga tidak tentu. Dimana pembekal boleh menaikan harga tanpa sebab yang berpatutan.
  3. Selain dari itu, "bukan barangan yang dikawal harganya" menjadikan satu sebab mengapa harga turun naik amat ketara. Barangan yang tidak dikawal harga pun amat susah menguatkuasakannya mentelahan pula yang tanpa kawalan. Inilah sikap sebenar pembekal yang saya contohkan seperti di atas tadi. Monopoli membiakan sikap kapitalis.
  4. Sebenarnya bawang yang di-import dari Holland dan Cina lebih bermutu jika dibandingkan yang dari India. Malah harganya berpatutan dengan saiz dan mutunya.
  5. Seharusnya ada pengawasan tentang harga maksima bagi setiap barang keperluan seperti bawang dari pelbagai jenis, lada kering,ubi kentang dan barangan import yang lain.
  6. Kerajaan mestilah pro-aktif, terutamanya Kementerian yang berkaitan dengan pasaran domestik dan kepengunaan. Jangan hanya mengawal selia barangan yang dikeluarkan dalam negara sahaja selain tepung dan gula. Minyak Masak, minyak petrol, minyak disel, hasil tangkapan laut dan lain2 nya yang kita hasilkan sememang untuk melindungi pengilang juga mereka yang terlibat dalam industri tersebut supaya harga sentiasa "berpatutan" agar industri itu terus kompentatif bagi memberi pulangan kepada mereka secara berterusan.
  7. Disini kita melihat perlakuan dikalangan pengimport dan pembekal barangan mentah yang berjiwa kapitalis tulen tanpa sedikit rasa peduli tentang kesusahan dan derita orang lain. Mereka adalah raayat Malaysia juga, tetapi tidak peduli dengan tanggung jawab sosial yang  tidak pernah ada pada mereka. Ini segelintir kapitalis yang wujud dalam negara ini yang berperangai "kalau tak dapat tanduk, telinga dipulas". Dimana, untuk mendapat untung banyak dari barangan yang dikawal adalah sukar dan menyalahi undang2 jadi mengambil kesempatan menaikan sesuka hati harga barangan yang tidak dikawal.
 Kita sebagai raayat biasa yang kurang mampu,perlulah membuat penilaian sendiri, seperti mengurangkan pengunaan bawang dari India.Gunakanlah nya dengan berjimat dan "hanya untuk secukup rasa sahaja".
Apa yang pasti tahun 2011, akan menjadi tahun harga barangan keperluan akan terus naik. Jadi bersiap sedialah menghadapi nya.Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi saya kita amat sukar, jika perkara yang begitu asas pun amat susah dikawal mana mungkin pendapatan raayat yang dikira meningkat naik akan terus menguncup pastinya. 
Untuk menjana negara berpendapatan tinggi, "kadar disposable income" mestilah melebihi kadar perbelanjaan asas. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Peratus guna wang untuk keperluan asas terus meningkat, mana mungkin raayat dapat mengumpul dana buat melabur dan menyimpan. Jadi hanya mimpi disiang hari sahajalah kita.

No comments: