Thursday 27 January 2011

Buang Bayi Ada Baby Hatch

Apa pun tujuan untuk menwujudkan pusat-pusat sebegini, seharus difikirkan dan dikaji secara serius,jangan hanya disebabkan negeri lain buat kita di Negeri Sembilan ini pun nak ikut. Biarlah berhati-hati dan lihat isu ini dari beberapa sudut.
Dulu sibuk dengan pemberian kondom kepada pesakit HIV, secara percuma,tak tau masih masih buat ke tidak lagi dan apa hasilnya.Yang pasti pesakit HIV bertambah saban hari. Maka kini menjadi syarat wajib kalau nak kahwin mesti ada ujian saringan HIV. Banyak Negeri dah kuat kuasakan undang2 ini. Ini mungkin baik untuk memastikan tahap kesihatan bakal2 pengantin, malah ini tuntutan agama, agar mencari jodoh dari keturunan yang baik2 agar nanti zuriat pun InsyaAllah baik juga.
Tetapi, nak ditubuhkan pulak "pusat bayi terbuang" istilah kasarnya lah saya tidak nampak perlunya. Cuma baliklah kepangkal masa'alah,jangan menambah kusut keadaan."Jangan macam tikus membaiki labu".
Memang semua pihak harus membantu menyelesaikan gejala sosial yang paling dahsyat ini. Cuma sudahkah mereka yang berkaitan melakukan sesuatu yang berkesan? 
Dimana peranan ketua masyarakat, jabatan pendidikan,jabatan agama bagi kita umat Islam di Negeri Sembilan ini, juga kerajaan negeri sendiri yang di pimpin oleh orang Islam. Juga paling utama ialah Ibu bapa itu sendiri,dalam mempastikan anak2 tidak terjebak dengan perlakuan hina ini.
Saya kira, semua nya ada saham menyumbang mengapa perkara jijik ini banyak berlaku sekarang.Antara penyebab2 nya:
  • Ibu Bapa, kembalilah kepada panduan beragama dalam membina keluarga muslim sebenar.Fahaman aku -aku, engkau-engkau itu tidak benar. Kerana bila bala datang orang Islam lain pun terima akibatnya. Inilah yang berlaku sekarang. Awasilah kegiatan harian anak2 kita,kepada anak remaja ambil tahu siapa kawan mereka?Pergaulan antara remaja berlainan jantina mestilah sentiasa dipantau,puncanya banyak dari sini, bila terlalu percaya yang anak kita kononnya dah tahu berfikir baik buruk sesuatu perkara. Kita lupa sebenarnya syaitan nafsu sentiasa mengambil kesempatan.Tak kira kecil,besar,tua dan muda.
  • Kerajaan dan jabatan-jabatan berkenaan, mainkanlah peranan dengan sungguh dan jujur, yang meluluskan permit-permit hiburan,pusat internet,kompleks beli belah,kedai judi,kedai arak dan tempat2 maksiat firkirlah dengan matahati. Perlu atau tidak diluluskan.Kuasa ditangan gunakanlah dengan benar,tandatangan dan sokongan yang diberi akan disoal dikemudian hari. Saya maksudkan disini para penjawat awam yang beragama Islam.Anda yang berkait rapat dengan amanah diatas berwaspadalah.Jangan nanti bahagian kamu didunia sahaja..akhirat tidak ada apa yang dibawa....mati itu benar dan akhirat itu benar. 
  • Jabatan Agama,setakat ini boleh dikatakan ada memainkan peranan, kurang sekali di Negeri Sembilan ini orang mempertikaikan tindakannya. Tidak macam di Selangor, orang yang bukan Islam pun celupar sama. Teruskan usaha dan tambah aktiviti bagi membentuk masyarakat yang lebih tahu tentang agamanya. Kerja di Jabatan Agama, bukan setakat makan gaji sahaja, lebih dari itu, pandanglah dari sudut jihad yang anda semua lakukan. Amanah besar, bukan kerja 8 sampai 5 sahaja.Sebenarnya..buatlah perkara besar dalam mendidik masyarakat Islam dinegeri ini, Pusat Islam di Paroi nampak kurang bermaya, buatlah sesuatu, pembaziran pun Allah SWT benci.Zakat serta jariah umat untuk maslahat umat itu sendiri, jangan lah sibuk labur sana labur sini buat mencari untung sahaja. Kerana yang sedikit itulah jika ikhlas lebih berkat. Yang pasti kelas2 Fardhu Ain masih kontang di Negeri Sembilan, umat perlu ditarbiah secara istiqomah sentiasa bukan waktu tertentu sahaja. Kalau boleh setiap penempatan orang Islam di Taman2 perumahan mesti ada kegiatan orang Islam setempat,tanah yang direzabkan untuk Surau mesti juga ada ruang tempat mendirikan bangunan untuk kelas fardhu ain.Usahakanlah mesti ada jalan,buatlah kertas cadangan, bincang dengan Adun2 beragama Islam,tak kiralah walaupun berbeza fahaman politik. Janji kita ikhlas mencari kebaikan untuk umat. Kuat kuasakanlah undang2 yang diberi dengan bersungguh2.
  • Kepada semua saudara seagama,kembalilah kepada kehidupan yang diberteraskan budaya melayu Islam yang diamalkan ibubapa kita dahulu,apa juga yang bukan bercanggah dengan syariat, seperti semangat gotong royong, tegur menegur dan saling menjaga kebajikan sesama umat.Jangan rasa ini semua tidak penting lagi.Walaupun cara kehidupan kita, lebih2 lagi yang dibandar telah banyak berubah,kesibukan dan tuntutan duniawi yang banyak sekarang ini menjadikan kita tidak peduli dengan orang lain,ini sepatutnya tidak menjadi halangan buat kita ingat mengingati sesama muslim. Islam tak pernah mengajar kita begitu.
Jadi saya tak nampak perlunya "baby hatch" ini, jika perkara2 diatas belum lagi di-usahakan.Amat malu kita umat Islam, jika anak2 terbuang orang Islam dipusatkan. Masih ramai pasangan suami isteri beragama Islam yang tidak ada anak,mungkin ini boleh membantu,mudahkan perkara ini bagi mereka. Rumah anak2 yatim, ditadbir kerajaan atau NGO Islam patut dinaik taraf dan diberi bantuan bagi menempatkan anak2 malang ini.
Yang penting para perlaku jenayah ini mesti dihukum, jika bawah umur, Ibu Bapa juga harus dipertanggunjawabkan dan diambil tindakan.Kementerian Dalam Negeri jangan melihat bala ini sebagai masaalah sosial semata. Ini perkara serius melibatkan semua orang, pihak polis mesti menyiasat dan menangkap penjenayah2 ini.



No comments: