Saturday 15 January 2011

Cucu Bunuh Atok - Jempol

Apa nak jadi, lepas satu, satu malapetaka yang melanda. Agaknya dah hilang akal manusia sekarang sampai begitu sekali terjadinya. Kalau nak diikutkan adat  Atok mana yang tak sayang cucu dan cucu mana yang tak sayang Atok. Dulu Atok tempat mengadu hal. Apa pun, malah kalau dimarah ayah pun selalulah cucu datang pada Atok mengadu juga tempat mencurah rasa hati pada Uwan.
Sekarang tak taulah, pengaruh apa yang masuk dalam otak dan akal manusia. Macam kerasukan jin dan syaitan sahaja, hilang pertimbangan dan kewarasan. remaja yang berumur sebegitu mampu melakukan sesuatu yang tidak takut langsung dengan jenayah dan hukuman yang menanti.
Entahlah kadang2 kita jadi terkedu, dengan perangai manusia sekarang. Bunuh membunuh macam benda main2 sahaja. Langsung tidak menampakan ketakutan akan azab yang akan menimpa baik didunia juga di akhirat.
Kita seharusnya mengambil iktibar atas banyaknya benda2 macam ini berlaku di Negeri Sembilan, apa puncanya, adakah sekitaran atau kurang didikan atau juga remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan hasutan atau pengaruh syaitan dadah atau mungkin juga ada masaalah mental dan tekanan hidup. Makin lama makin kalut, seperti musibah makin banyak menimpa kita sekarang ini.

No comments: