Sunday 23 January 2011

Kurangkan Patuh Pada Agama- Dajal Nyanyuk dari Selatan

 
Sila ke link berikut;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
 
Jika anda halusi dari laporan berita dari negara yang terletak di selatan tanah air, maka terserlah lah selama ini sikap sebenar manusia yang telah lama memendam rasa kebencian terhadap agama Islam. Buku "Hard Truth to Keep Singapore Going" tulisan LKY amat menguris hati setiap umat Islam yang sayang dan cinta agama dari langit ini. Inilah salah seorang manusia yang telah lama memendam rasa benci kepada Agama Islam, maka sanggup menasihati orang Islam di Singapura supaya jangan tegas dengan Islam. Inilah pandangan manusia yang pada umumnya dia tentu tahu apa itu Agama Islam tetapi terus melabelkan agama ini tidak mendatangkan "kemodenan dalam kehidupan", agama yang tidak pragmatis. Sikap permusuhannya bukan sekadar pada bangsa tetapi lebih jauh dari itu. Agama Islam dikatakan nya penyebab utama sebagai halangan membina negara bangsa, penghalang kemajuan, sebab utama perpecahan dan permusuhan.
Sikap liberal dan jiwa sosialis yang begitu tebal dalam dirinya, terpaksa tidak diluahkan dari dadanya yang begitu lama menyimpan benci kepada agama Islam dan bangsa melayu umumnya. Itulah sikap manusia bernama Lee Kuan Yew ini.
Pulau Temasik yang dari dulu adalah kepulauan melayu di nusantara ini, namun entah kerana apa silapnya kita orang melayu kehilangan pulau itu. Namun itu semua telah menjadi sejarah, bagai nasi telah menjadi bubur.
Malangnya pada usia menunggu maut pun dia masih menyemaikan rasa benci pada Agama Islam dan bangsa melayu umumnya. Sudah tentu dengan tulisan yang terus terang itu,kononnya di tujukan kepada bangsa melayu minoriti dipulau itu tetapi sindiran umum kepada seluruh bangsa melayu beragama Islam di Nusantara ini.
Maka tidak menjadi satu kehairanan dengan terserlahnya kebenaran, Singapura sejak sekian lama mendapat pelbagai bantuan serta nasihat dari negara Israel. Malah Singapura sehingga kini terus berkait rapat dengan negara Yahudi itu seolah permerhati "ekslusif" ditengah-tengah umat Islam yang berjumlah hampir 250 juta orang di nusantara ini.
LKY membangkitkan persaingan dengan jiran2nya. Pembinaan pelabuhan besar di Pasir Gudang, Tg Pelepas menjadikan sakit hati pada beliau. Kerana pelabuhan Singapura tidak dapat bersaingan dengan negara jirannya lagi...inikah yang dikata negara yang pragmatik yang takut kepada persaingan?
Mempunyai pasukan keselamatan yang moden dilengkapi dengan persenjataan terkini kerana terlalu tidak percaya dan takut dengan jiran-jirannya yang beragama Islam.Inilag sikap sebenar dajal tua yang menunggu maut ini.
Memperlekehkan kepercayaan orang lain dengan membuat andaian yang begitu mudah mengikut cara berfikirnya. Seolah2 dia lebih tahu dari umat Islam itu sendiri bagaimana Islam harus di praktiskan di Singapura malah kalau boleh di seluruh negara2 yang berdekatan dengan Singapura. Itulah pandangan sempit yang kononnya seorang negarawan.


 

No comments: