Tuesday 4 January 2011

Bila Minyak Masak naik harga?

Umum nya semua tahu bila tahap kandungan gula dalam darah tinggi, kita besar kemungkinan akan mendapat penyakit kencing manis juga masa'alah kegemukan atau obesiti. Itu kalau pengambilan gula lebih dari yang diperlukan oleh badan.
Yang saya nak utarakan kali ini bukan sebab itu. Tapi kali ini sebab minyak masak kelapa sawit yang amat sukar didapati sekarang ini.Mengapa jadi begitu. Pelbagai kemungkinan yang kekurangan minyak masak ini berlaku....biasanya kalau di Malaysia tanah air tercinta ini menunjukan ada kemungkinan harga akan dinaikkan. Kerana begitulah sikap pengeluar juga peniaga dinegara ini yang terkenal dengan sikap kapitalis tulennya. 
"Kerana keuntungan diutamakan,Keperluan penguna dikebelakangkan". Kerana tidak mahu berubahnya sikap tamak dan kapitalis pengeluar dan peniaga ini, kerajaan menubuhkan Kementerian Perdagangan Domestik dan Kepengunaan bagi terus memantau, sikap kapitalis berlebihan dikalangan mereka.
Kalau kita baca lapuran di-akhbar arus perdana, pelbagai laporan yang kita terima. Yang popular harga akan naik, jadi pengilang dan peniaga main sorok2 supaya dapat untung lebih bila harga naik nanti. Satu lagi, pengilang utamakan untuk mengekspot dulu, kerana jual keluar negara dapat untung lebih... ialah berniaga mesti nak untung? takkan nak berniaga buluh kasap!

Peliknya, mengapa ini sering terjadi...menteri yang di amanahkan pun tak ada komen langsung hanya timbalannya saja yang cakap. Apa hal nya?
Yang pastinya, penguna seolah2 di berikan latihan minda "pre-acceptance syndrome" supaya senang nanti menerima kenaikan harga tanpa bantahan yang keras. Ra'ayat Malaysia umumnya akan menerima apa sahaja,tanpa bantahan setelah mula muak dengan kekurangan yang berlarutan. Inilah perang saikologi zaman maju. Bila raayat akan terus menjadi mangsa keadaan.
Jangan terperanjat dengan indek pengguna yang akan naik nanti. Rata2 raayat tak tahu pun apa dia IP ini atau CPI ini, lebih2 lagi raayat marhean dibandar mahu pun di luar bandar.
Bila nanti indek ini akan dijadikan faktor buat menaikan harga pada semua barangan pengguna juga perkhidmatan yang diberikan. Kadar peratus riba - bunga pinjaman akan dinaikan baik dasar peratus pinjaman dan lainnya oleh bank dan instituisi  kewangan yang lain. Akhirnya raayat jugalah yang menerima bahananya.....maka meluaslah jurang diantara yang kurang berada berpeluang menjadi miskin dan yang kaya menjadi lebih kaya.
Kadang kita seronok dengan slogan sahaja..."raayat didahulukan..pencapaian di utamakan"...golongan raayat mana yang diutamakan? fikirkanlah.
 

No comments: