Friday, 24 December 2010

Rumah Dah Reput - PPRT berebut-rebut

Dipetik dari Sinar Harian;
Yang kita selalu didendangkan ialah kadar miskin tegar dah hampir tidak ada lagi. Tetapi hakikatnya kemiskinan masih wujud dikalangan masyarakat baik dibandar lebih-lebih lagi diluar bandar. Kalau di Wilayah Kuala Lumpur, menterinya kata miskin bandar tidak ada lagi. Inilah yang dikatakan cakap sedap mulut, cakap orang politik yang banyak tidak benar daripada kebenaran. Kalau nak dikaji mengikut  kaedah yang telus, mana ada bandaraya tanpa kelompok masyarakat yang miskin. Maka dimana datangnya perkataan 'urban slum', 'slum area', 'carton box house', 'under the bridge dwellers', 'vagrants', paupers atau lebih umumnya dipanggil kawasan penempatan rumah haram, gelandangan dan sebagainya. Itu bandaraya besar2 didunia.
Balik pada kita pulak, ada rancangan PPRT ' Projek Perumahan Raayat Termiskin' yang kita rasa banyak membantu masyarakat merubah kehidupan terutama dikalangan warga tua, ibu tunggal juga yang benar-benar miskin.
Apa yang tersiar diakbar Sinar diatas, saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan setelah memerhatikan macamana rumah2 PPRT ini diperuntukan untuk golongan ini. Ingin saya mengulas apa yang berlaku di beberapa kampung dikawasan luar bandar di Negeri Sembilan.
Saya melihat sebuah rumah PPRT dikampung berhampiran kampung MBNS sendiri, iaitu Kg Sri Lalang, Rantau. Yang sedia ada  sebuah rumah dua tingkat diatas tanah kampung itu yang saya kira tanah pusaka adat atau mungkin tanah milik sendiri yang agak luas hampir 1 ekar. Juga terdiri sebuah rumah PPRT. Malangnya rumah PPRT itu ditempatkan seorang tua yang telah uzur. Tidak ingin membuat apa-apa andaian, dari amatan saya orang tua uzur ada kaitan rapat dengan penghuni rumah 2 tingkat yang agak mewah juga, tak mungkin tuan rumah besar membenarkan rumah PPRT didirikan disitu.
Yang tersentuh dihati, dengan adanya rumah PPRT ini, ibubapa yang uzur menjadi orang buangan. Macamana pula, PPRT diluluslan bagi keluarga ini yang kalau dikira tidak layak mendapatkannya,memandangkan sekitaran mereka bukan dari kalangan orang miskin.
Satu lagi dikawasan Jempol, walaupun ibu tunggal tetapi rumah yang sedia ada masih bagus malah lebih besar dari rumah PPRT, tetapi mendapat juga sebuah rumah PPRT.
Seharusnya, kemiskinan raayat mestilah dilihat dengan nilaian sebenar dan bukan atas pertimbangan kuasa,kepentingan politik dan sebagainya. Kemiskinan adalah umumnya masa'alah sejagat dan seharusnya dibantu tanpa apa-apa tujuan. Kerana menjadi kewajipan pihak yang memerintah dan yang berkuasa, berusaha memberi kesejahteraan  kepada raayat.

No comments: