Sunday, 26 December 2010

Demam Denggi - Jangan Tunding Jari

Demam denggi terus membelenggu dan menjadi kerisauan kepada semua penduduk disekitaran yang kurang bersih. Yang pastinya pelbagai sebab menjadikan penyakit  bawaan vektor ini terus mengancam nyawa penduduk baik dibandar besar malah juga dikawasan luar bandar.
Kalau di TV tagline baru kelihatan : "tak peduli, menanti maut" sungguh menggerunkan bunyinya.
Apa yang hendak saya katakan kepada kelompok mana kata "tak peduli "ini, hampir saban hari kempen menjaga kebersihan kawasan rumah dibuat. Apa yang kita lihat ini memang menjadi keutamaan setiap penghuni rumah baik di taman2 perumahan dibandar lebih lagi mereka yang tinggal diluar bandar.
Tapi dari pandangan saya ialah, kawasan atau lain infrastruktur yang dikelolakan oleh majlis2 tempatan. Longkang tersumbat, kawasan lapang juga sekitaran dibawah selian majlis tempatan inilah banyaknya berlaku pembiakan Aedes. Semak samun, timbunan sampah yang tidak diuruskan dengan baik oleh majlis tempatan juga menjadi satu punca mengapa pembiakan penyakit bawaan vektor ini terus berkembang.
Jadi semua pihak mestilah terus mengambil tindakan bersama bagi menghapuskan penyakit ini.
Jangan asyik menyalahkan penduduk sahaja.

No comments: