GUGURNYA SYUHADA DIBUMI AMBIA BAGI MEMPERTAHAN AGAMA DAN WATAN
Menjelang kedatangan 1 Muharram 1430, dan dihari-hari terakhir 2008 dunia dikejutkan sekali lagi dengan kekejaman zionis, bangsa yahudi yang dilaknat Allah SWT. Sehingga hari ini telah 11 hari tentera zionis menceroboh semenanjung Gaza, membunuh dan menganas dibumi kelahiran para ambia.
Dunia terus membisu, tentangan dan laungan bantahan hanya slogan-slogan yang tidak langsung diumpamakan oleh rejim zionis -israel. Seolah-olah tiada apa apa yang besar berlaku, kezaliman, kekejaman yang dilakukan dan kemusnahan yang terjadi jauh dari pertimbangan kemanusian. Tidak peduli dan tidak langsung merasa bersalah, tanpa ada rasa belas keatas raayat Palestin.
Raayat Palestin yang menduduki tebing dan semananjung Gaza diperlakukan dengan sebebas mungkin, dibunuh,dibom dan dikasari malah di sekat dalam segala segi. Keadaaan di semenanjung Gaza semakin bergelora selepas Hamas memenangi pilihan raya 6 tahun yang lalu. Walaupun ketetapan yang telah dibuat supaya raayat Palestin diberi pilihan siapakah yang mesti dipilih untuk memimpin mereka mengikut arahan PBB setelah persetujui Amerika dan sekutu kuat nya israel. Pilihan raya yang terbaru itu telah menyaksikan Hamas sebagai parti yang dipilih oleh majoriti raayat Palestin. PLO iaitu parti yang diasaskan Yaseer Arafat telah kalah teruk dalam pemilihan itu dibawah pimpinan Abu Mazen gelaran untuk Mahmud Abas.
Kemenangan Hamas adalah sesuatu yang tidak diduga dan tidak disenangi, terutama oleh zionis israel,Amerika dan kebanyakan negara Arab di Asia Barat.
Hamas yang mulanya diasaskan sebagai pertubuhan kebajikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, amat disenangi oleh majoriti raayat Palestin. Pasukan Briged Al Qassam menjadi pelindung yang tegar bagi raayat Palestin bukan lagi kumpulan Fatah milik PLO. Raayat Palestin yang menderita hampir 61 tahun dan menjadi satu-satu negara didunia yang masih dijajah lebih percaya kepada Hamas dari PLO yang selama ini tidak memberi apa-apa harapan yang cerah kepada raayat Palestin. PLO telah dicemari sikap, penting diri, rasuah dan menjadi boneka kepada Amerika dan negara barat. Sikap PLO yang terlalu sekular dan lebih mementingkan hal kebajikan dikalangan meraka dan Fatah, telah lama mengadai maruah bangsa Palestin.
Berlainan dengan Hamas, yang lebih dekat dengan raayat, melakukan pelbagai kebajikan dan kegiatan sosial, baik pelajaran, membuka kelinik kesihatan, malah pelbagai lagi usaha untuk kebaikan raayat Palestin. Bantuan yang diterima dari pelbagai sumber dalam dan luar negeri dimanfaatkan untuk kebajikan raayat Palestin. Berlainan dengan PLO dahulu, yang mengunakan sumber bantuan luar negara baik dari kalangan negara arab dan negara lain untuk kepentingan sendiri.
Hamas dilihat lebih mempraktikan kehendak Agama Islam, lebih Islamik dan berjuang atas dasar agama. Berlainan dengan PLO yang diresapi pengaruh barat dan sekularisma.Hamas yang dilabelkan sebagai kumpulan militan dan penganas oleh israel dan sekutu kuat Amerika. Maka kemenangan Hamas melalui pilihan raya yang amat demokratik tidak disukai oleh Amerika negara yang kononnya memperjuangan dasar bebas dan demokrasi. Lebih lagi dipihak zionis -israel yang mengangap Hamas sebagai ancaman besar setelah dikalahkan oleh Tentera Hezbollah di Lebanon. Kerana Hamas adalah sekutu kuat Hezbollah dan Iran.
Yang lebih menyedihkan adalah sikap se-setengah negara Arab di Asia Barat, yang tidak begitu menyokong kehadiran Hamas memerintah bumi Palestin. Hamas yang dilihat sebagai pertubuhan yang sangat radikal dan berlandaskan jihad fisabilillah dalam perjuangannya mencemaskan beberapa negara Arab.
Mesir negara Arab yang dulu menjadi sekutu kuat PLO, kini lebih kepada sikap menekan kepada pertubuhan Hamas, juga negara seperti saudi Arabia, Jordan dan lain-lainnya. Ini amat terkesan kepada pertubuhan Hamas yang mentadbir Palestin, kerana kurangnya bantuan dan dana yang dihulurkan. Kita harus tahu, negara-negara Arab hampir semua diperintah tanpa proses demokrasi seperti kita di Malaysia. Walaupun kita mempunyai Raja dan Sultan yang memerintah, tetapi raayat lah yang menentukan parti mana yang mesti memerintah melalui proses demokrasi.
Lihat sahaja Mesir, yang diperintah rejim tentera sejak Gamal Nasser, Rejim di Libya dibawah perintah Muammar Gadaffi,saudi arabia diperintah keturunan saud yang entah bila dilantik menjadi raja. Jordan juga monarki beraja bukan pilihan raayat dan Syria dibawah rejim tentera sejak naiknya presiden assad. Begitu juga negara arab yang lain seperti Iraq,Kuwait, bahrain dan UAE.
Negara-negara arab yang selama ini, terlalu berkiblatkan barat dengan sistem pemerintahan autokratik tidak senang dengan kemunculan Hamas yang diasaskan dari kebebasan hak-hak raayat. Sikap pro barat dan banyak termakan budi ini membuatkan mereka begitu bacul dengan perbuatan israel zionis.
Kemewahan serta kekayaan yang dikaut diperut bumi yang kaya dengan hasil minyak digunakan buat memperkuatkan kuasa mereka sendiri dan melabur modal dinegara-negara barat juga amerika. Mereka kurang sekali membantu saudara seagama dengan mereka. Kekayaan yang di beri Allah SWT dihabiskan begitu sahaja dikalangan kaum kerabat. Bukan untuk kebaikan raayat dan menolong saudara Islam yang lain.
Maka kebangkitan pejuang Hamas di pandang serong dan dicurigai, takut nanti menjadi ikutan raayat mereka sendiri bangun memberontak, sebagaimana di Iran, jatuhnya Shah Pahlevi. Negara-negara arab tidak mahu mengambil pengajaran dari perang Iraq, walaupun Saddam Husin telah gulingkan dan Amerika telah menghancurkannya sehingga sekarang keadaan masih lagi dalam huru-hara. Negara Iraq dibawah pimpinan Nur Maliki adalah boneka Amerika, mereka yang memerintah Iraq sekarang ini, sebenarnya telah mengadai maruah bangsa arab dengan bersekongkol dengan barat dan amerika.
Kerana kelemahan inilah dan sering dicucuk hidung oleh barat dan amerika, mereka tidak dapat bersatu bagi menentang bangsa yahudi -zionis dibumi Palestin. Maka yahudi -zionis terus menganas-dan menindas saudara mereka di Palestin tanpa peduli, kerana sikap tiada kesefahaman dikalangan negara-negara Arab.
Sokongan sekutu kuatnya-Amerika membuatkan sikap bangsa yang dilaknat Allah SWT ini semakin angkuh. Hanya laungan bantahan, tunjuk perasaan serta demonstrasi sahajalah yang dapat dilakukan raayat dinegara-negara Islam yang lain. Sedikit pun tidak menjadi kesan kepada yahudi-zionis ini. PBB yang ditubuhkan selepas perang dunia kedua, bukan lagi beperanan untuk keadilan sejagat, tetapi lebih kepada sebuah pertubuhan yang menjadi hamba abdi kepada Amerika dan sekutunya.
OIC-pertubuhan negara Islam boleh diumpamakan sebagai pertubuhan yang mandul, tidak membawa apa hasil kepada raayat dikalangan negara Islam.
Berbalik kepada Hamas, walaupun diberi mandat bagi mentadbir negara Palestin sikap Amerika,yahudi zionis dan sesetengah negara arab tidak merestuinya. Sejak mendapat mandat mentadbir Palestin, mulalah pelbagai helah dan tekanan-tekanan dilakukan yahudi-zionis. Sekatan dan larangan dikenakan keatas raayat Palestin. Segala bentuk keperluan asas, seperti tenaga letrik, minyak, bahan makanan dan keperluan kesihatan disekat yahudi binatang. Seluruh sempadan dikawal selia, pintu masuk kenegara jiran ditutup, maka terkurunglah raayat Palestin dalam kesengsaraan yang tiada kesudahan. Yang lebih mengecewakan lagi Mesir, menutup pintu masuk di Rafah. Manalagi penduduk Gaza harus mendapat bekalan makanan dan keperluan untuk hidup jika sekeliling penempatan mereka ditutup dan disekat.
Inilah sikap negara Mesir dibawah pimpinan mubarak yang tidak mubarak malah zalim kepada bangsa seagama. Maka penduduk Gaza tiada jalan lain, tetapi melakukan penyeludupan melalui ,terowong-terowong yang digali sepanjang sempadan dengan Mesir. Ini dibantu oleh raayat Mesir yang berasa simpati dengan saudara mereka di Palestin. Inilah yang sering dihebohkan media barat, sebagai laluan haram penyeludupan senjata kepada Hamas.
Walaupun Palestin di perintah Hamas yang menjadi pilihan raayat melalui proses demokrasi tetapi ini tidak memberi apa-apa makna, kerana terus-terusan ditekan dan dinafikan hak dan keadilan demokrasi sebenar. Kita amat simpati dengan derita serta nestapa yang ditanggung oleh saudara seagama dibumi Palestin, hanya doa yang dapat kita pohonkan, agar kekuatan jiwa, serta semangat jihad yang sudah tertanam lama di setiap nurani raayat Palestin akan terus membara buat memburu kebebasan dan syahid. Kerana berjihad mempertahan hak,negara dan agama tauhid itulah Islam diasaskan. Pilihan hanya ada dua, kebebasan dan syahid.
Ujian getir yang dilalui saudara seagama kita di Palestin entahkan bila tiba penghujungnya. Hanya doa dan harapan agar, saudara-saudara ku di Palestin terus istiqamah dalam perjuangan, ujian Allah SWT yang begitu besar dinegara Palestin sebenarnya satu Rahmat buat saudara ku disana. Sabarlah dan jiwa jihad yang kental serta syahid yang dicita, tiada ternilai walaupun dibandingkan dengan dunia dan isinya. Para syuhada dibumi Palestin, tiada roh mu dinilai biasa, tetapi berterbangan bagi burung di keliling arasi Allah SWT. Amin
No comments:
Post a Comment