Thursday 7 August 2008

RA'AYAT PANDAI-PANDAILAH.....................

Hampir saban hari kita raayat disajikan dengan pelbagai berita juga cerita yang menyesakan pikiran. Cerita politik yang tak nampak reda, macam ribut taufan yang melanda pada setiap hari. Kita melihat dikalangan pemimpin politik yang tidak ada lagi batas sempadan dalam tindakan, dosa-pahala belakang kira. Janji kuasa mesti dipertahankan dan yang ingin berkuasa terus-terusan menongkah jalan yang penuh onar-duri serta fitnah.
Telah hampir 6 bulan lebih selepas PRU 12, soalnya kemana raayat hendak dibawa?
Kemelut politik, ekonomi dan masaalah sosial yang makin bertambah seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli. Ragut, rogol, rompak dan bunuh semakin menjadi-jadi. Raayat seperti hilang pedoman. Kos sara hidup yang mendadak tinggi sejak kenaikan harga bahan tenaga masih lagi membelenggu raayat. Politik pemerintah semakin kalut, siapa yang berkuasa dan siapa yang memimpin seperti macam tidak ada ketika ini.
Raayat pandai - pandailah...............
Ada tidaknya bantuan harga bahan api, bagi mereka yang ada motorsikal dan kereta, itu saja. Harga yang melambung naik untuk semua barang keperluan hidup tidak ada pihak yang ambil pusing. Walaupun menteri keras melarang kenaikan barangan yang dikawal, tiada siapa yang peduli. Raayat pandang menteri macam tak ada apa, malah kakitangan awam dimana mereka yang ada kuasa untuk mengambil tindakan tidak ambil peduli.
Raayat pandai-pandailah.............
Boleh jadi mereka pun masih tertekan dengan kenaikan kos sara hidup yang melampau. Terpaksa buat kerja part-time, kalau tidak anak bini boleh kebulur tak cukup makan. Jadi malam terpaksa pergi kerja sambilan. Bila besok masuk pejabat tentu letih longlai, tak cukup rehat juga tidor, kerja yang tetap buat cincai sahaja. Peduli apa, bukankah PM Dollah pun mengalakan suruh buat kerja sambilan, jadi kerja dipejabat kerajaan yang tetap itu buat lebih kurang sahaja. Produktiviti pergi jahanam, perut perlu di-isi, hutang mesti nak bayar. Habis waktu pejabat cabut cepat-cepat kerana perlu buat kerja sambilan pula.
Raayat pandai-pandailah.....
Kerja sambilan buat menambah pendapatan isi-rumah itu digalak PM Dollah. Jadi bos-bos dipejabat tak boleh bising. Lainlah, bos tak buat kerja sambilan pun dah lebih pada cukup, komisen, tumbuk rusuk dan ringgit harami pun boleh tolong subsidi kenaikan kos hidup.
Tapi kena ingat juga, kalau keadaan ekonomi terus tak menentu, politik kacau bilau, projek pun boleh kurang, nanti ringgit harami pun kurang. Raayat jelata lagi teruk. Ah...
Raayat pandai-pandailah..............
Itulah sebabnya sekarang ini yang dulunya tak pernah berlaku, telah pun berlaku. Mersyuarat cawangan pun dan macam parlimen Taiwan. Bahagian lagi teruk, semua hendak kuasa, hendak jawatan. Bila ada jawatan dan kuasa senang nak pulun projek-projek, makan ringgit harami ribu-ribu malah juta-juta. Peduli apa! kebajikan raayat pergi jahanam, janji kita bila ada kuasa jalan mudah untuk hidup senang. Itu matlamat yang utama. Dosa pahala belakang kira!
Raayat pandai-pandailah...............

No comments: