Air Sungai yang membuak ini boleh membunuh.. |
KUALA PILAH - Fenomena kepala air dipercayai menjadi punca tiga kanak-kanak perempuan dihanyutkan arus deras ketika mereka sedang mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, dan dua adiknya, Nur Syaza Azira, 4 serta Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras.
Bapa ketiga-tiga mangsa, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian. Fenomena yang dianggap luar biasa itu berpunca akibat kewujudan takungan air di puncak Gunung Angsi semasa hujan lebat mengakibatkan kawasan perkelahan terkenal itu dikejutkan dengan arus deras.
Kejadian sama dikatakan pernah berlaku di kawasan rekreasi Lata Kijang, Jelebu, Januari lalu serta di kaki Gunung Berembun berhampiran Jalan Pantai, Seremban, kelmarin. Pada mulanya Said menegah anaknya mandi di situ kerana cuaca mendung.Bagaimanapun, kerana tidak mahu menghampakan hasrat anaknya yang bersungguh-sungguh, Said Ahmad Ibrahim, 28, akhirnya mengalah dan membawa anak kesayangannya itu untuk mandi di lokasi perkelahan berkenaan.“Anak-anak saya beriya-iya hendak mandi di Ulu Bendul walaupun sudah ditegah kerana hari mulai mendung.
“Ketika sampai di sana, cuaca masih elok. Tidak lama kemudian, barulah hujan renyai-renyai. Saya ingatkan anak-anak saya supaya tidak mandi kerana hujan dan akan datang semula pada hari lain, tetapi mereka bertiga tetap mahu mandi.
“Untuk tidak mahu menghampakan mereka bertiga, saya bawa mereka mandi di bahagian tengah. Ketika itu saya pegang anak perempuan nombor dua dan bongsu. Manakala yang sulung, rakan wanita saya pegang,” katanya.
Menurutnya, ketika itu mereka tidak mengesyaki apa-apa sebelum tiba-tiba dengar deruan air kuat dari arah belakang lalu menghanyutkan mereka berlima.Dalam keadaan tidak sedar, katanya, dia terlepas kedua-dua anak perempuannya kerana air sangat deras, selain kedua-dua belah kakinya terhantuk batu.
“Semasa kepala air datang ke arah kami, saya memang pegang kuat kedua-dua anak saya supaya tidak terlepas dari pelukan. Tetapi, air sangat laju dan menghanyutkan saya, anak-anak serta rakan wanita saya.“Memang ketika itu, saya tidak dapat berfikir apa-apa dan anak-anak sudah hilang dari pandangan mata. Rakan wanita saya sempat berpaut kepada akar pokok dan berjaya diselamatkan pengunjung di situ. Manakala saya pula, tersangkut di akar-akar pokok diselamatkan oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini, semalam.
Said cedera di kedua-dua kakinya menganggap ini satu dugaan hidup, bagaimanapun dia bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan terakhir arwah anaknya.“Anak-anak saya sempat bergurau dengan atuknya sebelum pergi ke Ulu Bendul, walaupun sebelum ini tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, dan dua adiknya, Nur Syaza Azira, 4, serta Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras.Manakala, Said dan kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.Mayat Nur Syaza Alisa dan Nur Syaza ditemui sekitar 500 meter dan 2.5 kilometer dari lokasi mereka dihanyutkan, sementara sehingga malam tadi, gerakan mencari Nur Syaza Sakinah masih diteruskan.

Inilah berita yang amat memilukan kita semua dan rasa terkilan yang amat sangat bila trajedi seperti ini berlaku.
No comments:
Post a Comment