Monday 21 February 2011

Mengamuk lagi...Bunuh ibu: Polis mohon lanjut tempoh reman

Bunuh ibu: Polis mohon lanjut tempoh reman

SEREMBAN 21 Feb. - Polis akan memohon untuk melanjutkan perintah tahanan reman terhadap seorang lelaki yang disyaki menikam ibunya sendiri sehingga mati di sebuah rumah di Felda Kepis dekat Kuala Pilah pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes itu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, tahanan reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu tamat hari ini dan pihaknya akan memohon lanjutan tempoh reman bagi melengkapkan kertas siasatan."Kita akan memohon tempoh reman dilanjutkan daripada majistret bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut termasuk mengambil keterangan suspek.
"Suspek sebelum ini ditahan reman selama tiga hari dan sepanjang tempoh itu kita menghantarnya ke Unit Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) untuk pemerhatian. Dia kini ditahan di Balai Polis Kuala Pilah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Akhbar hari ini melaporkan seorang wanita meninggal dunia selepas hampir 17 jam bertarung nyawa di HTJ kerana cedera parah di badan akibat ditikam beberapa kali oleh anak kandungnya sendiri.
Jemelah Muhammad, 53, meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang pada Sabtu lalu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.
lebih lanjut disini;


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm





  

Malah pengawai keselamatan menjadi mangsa amukan manusia yang hilang akal.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian membunuh kaum keluarga sendiri. Hampir dikawasan yang sama dan didalam negeri yang sama.Mengapa ini sering berlaku dengan amat kerap sekali. Mana salah dan silapnya.
Semua disabitkan kerana sakit mental. Sakit jiwa atau mental ini sebenarnya satu istilah yang sangat umum yang selalu diguna pakai orang kita. Pelbagai andaian yang dibuat bila trajedi seperti ini berlaku. Yang ini ada surat memperakukan penyakit yang dihidapi oleh yang tertuduh. Masa'alah kalau pihak yang mengsahkan dapat memberi maklumat jelas akan tahap dan sakit yang dihadapi, seperti kemurungan biasa kerana kecewa, masaalah ekonomi,rumah tangga, dan lain lagi. Juga disebabkan keturunan seperti saka  dan juga isim. Mungkin juga disihir, atau ajaran sesat yang menyebabkan sakit jiwa atau mental. Memanglah kalau keturunan,saka dan sihir tiada doktor yang dapat mengesan sebab-musababnya. 
Sudah tiba masa kerajaan, menempatkan pakar sakit jiwa dihospital2 daerah.Juga pakar-pakar kaunselling untuk pesakit-pesakit ini. 
Kita bimbang jika sesuatu tidak dilakukan, ramai orang yang tak bersalah akan teraniaya dan di-amuk, mungkin mati,cedera parah dan sebagainya. Bukan sahaja pihak yang bertanggungjawab dengan kebajikan dan kesihatan masyarakat yang mesti memantau dan membuat satu tindakan positif tetapi, ibu-bapa dan masyarakat setempat mestilah berusaha mencari jalan, mengenal pasti punca dan juga memantau keadaan setempat. Ketua kampong,JKKK,ketua2 masyarakat,ADUN mesti juga mempastikan gejala ini dapat dikesan awal dikalangan mana-mana anggota masyarakat dibawah bidang kuasa mereka.
Sebenarnya terlalu banyak sebab2 selain dari yang saya sebutkan diatas, pelbagai penyebab yang secara tradisinya telah lama wujud tetapi faktor lain yang lebih memberi tekanan jiwa seperti, kejutan budaya disebabkan kemajuan yang berimbang dengan siasah diri. Keimanan yang kurang disebabkan kelalaian dalam meningkatkan ilmu agama. Pergaulan yang terlalu bebas dikalangan anak-anak remaja yang membawa kepada kemungkaran dan keterlanjuran dalam bersosial. Pengunaan dadah dan jangkitan kuman yang disebabkan oleh perlakuan tanpa ada batas, tiada susila dan kurang adab sopan.
Malah banyak sangat puncanya.
Sama-samalah kita mencari jalan menyelesaikannya.

No comments: