Friday 3 December 2010

PTPTN - Generasi Berhutang


Kadang kala kita sebagai raayat marhean rasa keliru dengan kewujudan PTPTN sejak mula lagi. Ketika mula ditubuhkan ramai yang tak fikir akan masaalah serta implikasinya terhadap anak2 yang memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS.
Hari ini bila kita ingin men-transformasi kemajuan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi didekad yang akan datang. Kita seolah-olah lupa, perkara utama dalam menjana transformasi itu ialah manusia itu sendiri.
Apa yang pasti, saranan bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi membina modal insan itulah yang lebih penting dan menjadi agenda utama semasa pimpinan beliau. Sayangnya apa yang berlaku hari ini, dalam keghairahan untuk menjadi negara maju kita lupa asas tanggungjawab kerajaan yang memerintah sepatut menjaga kepentingan raayat secara umumnya.
Apa yang saya lihat, dalam mengejar cita-cita ingin menjadi negara maju bukan impian raayat terbanyak. Apalah gunanya negara berstatus maju, kalau sebahagian besar raayat tidak secara benarnya mendapat apa-apa kelebihan dari pencapaian itu.
Apa yang pastinya, dasar kapitalis terus disuburkan malah digalakan. Menjana keuntungan dalam pelbagai bentuk dan cara malah di-instutiusikan badan2 kerajaan supaya dapat menjana keuntungan. Malah hari ini kalau dilihat, di sekeliling kita bagaimana pertumbuhan modal serta pelaburan baik dari luar atau dalam negeri menjadi keutamaan. Pembangunan infra-infra terus digarap dan dilaksanakan selain memberi peluang pekerjaan disamping menjana pertumbuhan ekonomi. Tak tahu lah saya apakah ini ' kemajuan organik' sebenar atau satu cara kapitalisma yang berselindung. Yang pastinya, sekelompok dari golongan tertentu terus mendapat keuntungan yang berlipat ganda, raayat jelata umumnya terus juga ditahap yang sama dan anak2 mereka memikul beban walau berjaya dalam pelajarannya.

No comments: