Wednesday 22 December 2010

Masjid Jamek Pilah - Karpet Busuk atap Bocor

Petikan dari sinar harian,

Berberapa bulan lepas saya berkesempatan sembahyang zohor di masjid ini, tak perasan saya akan perkara ini. Mungkin masa tu musim panas, jadi kurang baunya...agaknya lah.Saya sendiri anak Kuala Pilah dan masjid ini terletak dihujung pekan Kuala Pilah menghala ke Bahau,bersebelahan dengan berhala kaum Tiong Hua. Masjid terletak ditempat yang strategik dilaluan sibuk bagi mereka yang menuju ke Pantai Timur. Malah orang Pahang,Trengganu, Kelantan dan ada juga mereka yang kampung mereka terletak di Johor Timur. Mereka yang bekerja di kawasan selatan Selangor, N.Sembilan, Melaka dan sekitar Johor Barat juga Kuala Lumpur memilih jalan balik kampung melalui Kuala Pilah lebih-lebih lagi jalan Bukit Putus telah di naik taraf.
Musykil dan hairan mengapa begitu lama sejak hampir 6 tahun berlaku kebocoran tiada pihak-pihak yang bertanggungjawab memperbaikinya. Kalau nak dikira semua jabatan yang berkaitan ada diKuala Pilah. Mengapa begitu...kadang-kadang pening juga memikirkannya. Bagaimana dengan peranan ahli jawatan kuasa masjid. Ahli Parlimen dan wakil Raayat macam mana pula peranan mereka. Mereka tak pernah ke singgah di Masjid ini bersolat? bukan buruk sangka.....
Tak salah saya 'Hasan Malik' ahli parlimennya.... buatlah sesuatu Tuan Hassan yang kini menteri. Saya malas nak panggil orang dato ni, sebab malu, saya pun dato juga. Sebab ramai dato memalukan diri sendiri sekarang ni.
Bagi saya Kuala Pilah adalah bandar yang semakin muram...nak sebut bandar pun entahlah..pekan kecil kut...tak tahulah apa nak jadi dengan pekan Kuala Pilah.
Kalau nak dibandingkan dengan daerah-daerah lain, Kuala Pilah jauh ketinggalan dari banyak segi.Kalau nak dikirakan Kuala Pilah dulunya pekan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti, disini terletak hospital yang kedua terbesar di Negeri Sembilan,sekolah yang dulunya selalu mengukir nama, seperti Tuanku Muhammad School, SMK Zaaba,SMT Tuanku Jaafar, Tunku Kurshiah School amat terkenal di era 60'an dan 70'an. Sekarang tenggelam bersama pekan Kuala Pilah.

No comments: