Thursday 29 May 2008

Pemimpin - Kemana Iltizam Dalam Perjuangan?

Hampir 3 bulan PRU12 telah berlalu, tetapi gundah-gelana politik bagi mereka yang tewas dan suka-ceria bagi mereka yang menang terus sahaja menjadi hidangan berita perdana buat dipolimikan oleh raayat seperti kita. Mulanya Tun Mahathir meninggalkan parti yang selama ini menjadi wadah medan sambung buatnya sejak berdekad-dekad yang lalu. Kini ada pula pemimpin yang ada nama dalam kumpulan pemimpin ummah beraleh arah dan memilih kembali kewadah lama dalam perjuangannya.
Lucu, haru dan biru begitulah hati raayat marhean yang kadang-kadang terus terkapai serta ternganga dimedan perjuangan yang berbagai rupa-bentuk fartamogana. Raayat marhean seperti kita semua kadang-kala terasa di-perolok-olokan, dipermainkan serta dijadikan boneka mainan buat pemimpin yang tidak punya jiwa rasa dan iltizam dalam memimpin.
Benarlah kata-kata filosof dulu-dulu - "politic is an art of possible", possible - sama makna juga dengan berkemungkinan atau boleh saja atau tidak mustahil atau boleh jadi kalau kena caranya. Sebenarnya dewasa ini untuk kita mencari pemimpin ummah sejati amat sukar sekali. Terutamanya dikalangan ummah melayu sendiri, mencari pemimpin tulen dan mulia sungguh payah, malah kadang-kadang terkeliru bin tertipu juga kita akhirnya. Kenapa ini berlaku dan terus berlaku, tiada lagi Abu Bakar Sidique RA, tiada Omar Farouk RA tiada Ali Abi Tolib KW tiada Usman RA malah amat sukar mencari Omar Abdul Aziz.
Malah yang paling dekat dengan kita, insan unggul seperti Mat Kilau, Tok Sago, Abdul Rahman Limbang, Dato Naning, Dato Bahaman, Baharudin Helmi, Ishak Hj Muhammad,Boestamam malah ramai lagi pemimpin bangsa yang berjiwa benar dan kental yang tidak pernah beralih setia dalam perjuangan mempertabatkan ugama, ummah dan negara. Mana lagi untuk beralih wadah dalam perjuangan mereka, hidup mati serta derita yang diharungi tidak menjadikan mereka lemah dan lari dari matlamat sebenar. Begitulah kentalnya semangat pemimpin dari kalangan ummah sejak zaman dahulu lagi.
Tetapi kini pemimpin-pemimpin dikalangan ummah tiada lagi kejituan, tiada lagi iltizam malah tiada lagi tulennya perjuangan dalam membela agama, ummah dan negara tercinta. Daya kepimpinan dikalangan ummah melayu semakin kurang mutunya. Malah disemua peringkat masyarakat, dimana rasa khalifah dikalangan kita semakin luntur. Lihat sahaja pada peringkat keluarga, seorang ayah yang sepatutnya menjadi khalifah semakin tersasar peranannya. Tidak efektif, tidak menjunjung amanah yang harus dipikulnya. Seorang ibu yang berperanan sebagai suri buat mentadbir rumahtangga dan mendidik anak- soleh juga solehah tidak lagi begitu. Dimanakah silapnya?
Mungkinkah kemajuan serta pembangunan terus menuntut kita tidak lagi peduli nilai kepimpinan itu? Atau atas nama demokrasi, kebebasan bersuara, hak-hak kemanusian hakiki serta keinginan suasana hidup yang moden yang disadur gila benda menjadi keutamaan. Jika ini yang berlaku benarlah, dalam bersiasah atau berpolitik " kata serba mungkin atau boleh jadi" menjadi satu perkara lumrah bagi pemimpin politik. Maka pemimpin politik hari ini sama saja dengan tukang karut, para penjual ubat dikaki lima dan si-pencerita dongeng dikalangan raayat.
Mata raayat marhean menjadi silau, fikiran raayat menjadi kelabu melihat gelagat pemimpin dikalangan ummah melayu. Raayat terus di-kelabui dengan cakap-cakap kosong yang mengoda, kata-kata keras serta mantap yang sebenarnya lompong. Sikap dan gaya pimpinan yang nampak benar dan sungguh rupanya hanyalah lakonan buat mencari sokong dan ampu.Bila menang dan menjadi pemimpin mulalah berubah warna, malahan menjadi lebih teruk dari kalangan lawan yang pernah mereka cemuh, caci dan kritik dulu. Ada juga dikalangan mereka yang digelar pemimpin ummah yang benar semangat juangnya, tersungkur malah berubah arah kerana tiada dapat menahan kehendak nafsu yang berupa benda dan tuntutan gaya hidup yang elitis dan limpahan wang ringgit.
Inilah dilema raayat marhean ummah melayu, dikala kurangnya pemimpin sejati dikalangan kita. Kerana tandusnya pemimpin ummah yang sebenar, kurangnya manusia pemimpin seperti TG Nik Aziz yang bagai permata dilimbahan.

No comments: