Sekali lagi pemerintahan BN menampakan kecenderungan untuk mensuruh jayakan apabila berlaku kemelut dalam sistem pentadbiran kerajaan. Soalnya mengapa kita harus melakukan sesuatu tindakan yang agak "jurassic", suruhan jaya tanpa hasil yang mantap dan ikhlas sebenar tidak membawa kepada apa juga kebaikan kepada raayat dan juga negara. Kalau suruhanjaya ditubuhkan buat mewarnai sedikit keceriaan kepada BN ia tak kan kemana. Lebih-lebih lagi kalau mereka yang dilantik menerajui suruhanjaya itu, terdiri dari kalangan mereka yang menjadi pengampu dan juga mereka yang telah lama gelumang dalam sistem yang sedia bobrok dan non-integeriti.
Walau begitu ramai yang menyatakan senang akan perubahan ini, saya masih "skeptical" - kurang yakin. Keikhlasan BN untuk meletakan BPR dibawah suruhanjaya masih dipertikaikan. Kalau PM Dollah hanya melakukannya buat memberi suntikan talian hayat bagi BN yang hampir tersungkur - suruhanjaya macam mana pun tidak akan membawa sebarang faedah.
Malah wang raayat akan terus dibazirkan bagi menampong kos-kos suruhan jaya tersebut. Jika suruhan jaya dilantik daripada kalangan mereka yang condong kepada politik BN, ianya tidak akan menjadi apa. Cuma nanti bentuk perlindungan atau cover-up akan dilaksanakan berlatar belakang suruhanjaya yang dilihat kononnya adil tetapi hakikatnya masih haprak!
Yang peliknya BPR sebagai satu jabatan awam, yang beperanan memberi khidmat terbaik kepada raayat, mengambil contoh ACA di Hong Kong.
Tidak nampak apa istimewanya agen anti rasuah Hong Kong ini, yang pasti ACA Hong Kong hanya menyiapkan diri bagi menghalang perlakuan rasuah dari penjawat awam yang datang dari tanah besar Cina. Kita sedia maklum, rasuah dikalangan pegawai kerajaan di tanah besar Cina memang teruk dan rakus. Jadi raayat Hong Kong lah yang mensepadukan jabatan ACA Hong Kong, agar nanti mereka tidak ditindas oleh pegawai dari tanah besar selepas kembalinya Hong Kong kepada Cina. Agenda mereka berlainan daripada apa yang berlaku diMalaysia. Mereka inginkan perlindungan dari memberi rasuah kerana rata-rata mereka adalah manusia kapitalis yang terus ingin menjadikan Hong Kong negara orang kaya-kaya sahaja. Tetapi umumnya mereka golongan kapitalis Hong Kong ini memang telah lama bergulumang tahi dengan rasuah.
Soalnya, mengapa perlu BPR diletak dibawah suruhan jaya. Mengapa BN harus mencontohi sistem yang dikira kuno ini untuk menaungi BPR.
Di negara maju, Agensi Anti Rasuah dibawah naungan parlimen, jika berlaku kes-kes berkaitan rasuah yang "heavy weight" suruhan jaya yang di wakili ahli-ahli parlimen, pemerintah dan pembangkan akan memberi nasihat dan mandat untuk tindakan. Komiti suruhan jaya akan diwakili oleh pembuat undang-undang di parlimen yang terdiri daripada BN dan ahli parlimen pakatan raayat.
BPR mesti tidak lagi diletakan dibawah PM Dollah atau menteri berkaitan. Mesti bebas dari pengaruh kuasa eksekutif. Barulah check & balance yang sebenarnya dapat dilaksanakan. Ketelusan dalam sistem pencegahan rasuah dapat berjalan dengan lancar tanpa ada tangan-tangan yang tersembunyi yang mempengaruhi BPR.
Yang nyatanya BPR hanya akan mencapai keberkesanannya bila BPR tidak lagi dibawah kuasa PM Dollah.
No comments:
Post a Comment