Tuesday, 7 July 2026

Perkara2 juga Dokumen-dokumen berkaitan krisis di NSDK

 














KENYATAAN BALAI YTM UNDANG LUAK SUNGEI UJONG:
PEMECATAN BEKAS PENYANDANG PESAKA DATO ANDULIKA MANDALIKA ZAINOL ARIFFIN BIN IBRAHIM.
PEMECATAN BEKAS PENYANDANG PESAKA DATO JOHAN TUA TAHU WAN KHAIRIL ADLI BIN MOHD YUSOFF
DAN IBU SOKO.
Maklum masyarakat awam dimainkan dengan naratif bahawa Kebawah Kaus YTM Dato' Klana Petra Dato' Hj Mubarak Bin Thahak Undang Luak Sungei Ujong telah pun dipecat oleh "IBU SOKO" itu benar boleh terjadi dan sah atau ada cerita lain disebalik "IBU SOKO" tersebut.
IBU SOKO yang bernama Sarifah Norzaidah Al Qadri tersebut adalah ibu kepada penyandang pesaka DATO' JOHAN TUA TAHU WAN KHAIRIL ADLI BIN MOHD YUSOFF.
Jadi WAN KHAIRIL ADLI BIN MOHD YUSOFF dan ZAINOL ARIFFIN BIN IBRAHIM ini pada asalnya adalah Dato-dato Lembaga Adat Sungei Ujong yang sah dan menerima elaun Waris.
Mereka telah menubuhkan MAJLIS DATO-DATO LEMBAGA ADAT SUNGEI UJONG tanpa pengetahuan Dato'-dato' Lembaga yang lain bahkan TANPA PENGETAHUAN, RESTU, TANPA PERKENAN SABDA YTM Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.
Apabila YTM Undang Luak Sungei Ujong mengetahui akan perihal ini mereka diminta untuk membubarkan dan menutup Majlis Dato-Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. AKAN TETAPI, sabdaan YTM Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong tersebut diabaikan dan tidak ditaati.
KENAPA TAK BOLEH BUAT MAJLIS DATO-DATO LEMBAGA ADAT SUNGEI UJONG?
Hal ini kerana, Wan Khairil Adli bin Mohd Yusoff dan Zainol Ariffin bin Ibrahim ni telah menggunakan nama Majlis Dato-dato Lembaga tersebut untuk memohon dana kerajaan UNTUK TUJUAN PERIBADI DAN TIADA AUDIT. Bahkan mereka menggunakan nama YTM Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong bagi menguatkan lagi apa yang telah mereka lakukan. Sedangkan YTM Dato' Klana Petra tidak pernah memohon sumbangan dari mana-mana agensi kerajaan.
Disini sahaja menunjukkan bahawa mereka berdua telah melakukan ingkar perintah dan menderhaka terhadap sabdaan YTM Undang Luak Sungei Ujong bahkan telah melakukan KESALAHAN JENAYAH.
JADI MACAM MANA MEREKA BOLEH KENA PECAT?
Setelah lama perbuatan mereka ini berlangsung maka suatu hari Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong mendapat panggilan daripada Pihak YB ANTHONY LOKE.
Dimana pihak YB meminta Balai YTM Undang Luak mengeluarkan laporan kewangan sepanjang penerimaan sumbangan dari pihak YB Anthony Loke. Balai YTM Undang Luak dari dahulu sehinggalah 1 Julai 2024 tiada akaun bank rasmi maka mustahil ada duit yang masuk. Jadi terkejutlah kami dengan apa yang diminta oleh pihak YB Anthony Loke dan lagi mengejutkan jumlah yang diterima begitu besar.
Seterusnya Pihak Muzium Negeri, Negeri Sembilan turut menghubungi Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong bagi meminta pengesahan adakah duit yang disalurkan selama ini dimasukan ke akaun rasmi Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong. Maka lagilah kami terkejut dengan jumlah wang dana yang mencapai RATUSAN RIBU. Sedangkan tidak pernah pun dimaklumkan apa apa dana diterima dari Pihak Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Maka hasil siasatan menunjukan Zainol Ariffin bin Ibrahim dan Wan Khairil bin Yusof TELAH MELAKUKAN SALAH GUNA KUASA dan DANA KERAJAAN. Seterusnya, berita ini sampai ke pengetahuan YTM Undang Luak Sungei Ujong kerana apa yang telah mereka lakukan ini bukan lagi kesalahan adat melainkan satu jenayah terancang.
Hal Ini kerana, pada lampiran surat-surat yang dikeluarkan oleh mereka terdapatnya cop mohor dan tandatangan yang dikeluarkan oleh mereka.
Jadi bagi mengelakan mereka ini mencacatkan lagi adat yang telah diamalkan di Luak Sungei Ujong dan perlakuan jenayah yang dilakukan, maka dipanggil lah Ibu Soko Andulika Mandalika, dan mantan Tua Waris Klana Perut Hulu, Tua Waris Klana Perut Hilir dan Buapak Waris Klana. Mereka telah menghadap Kebawah Kaus YTM Undang Luak Sungei Ujong, dan YTM Undang Luak Sungei Ujong dengan kuasa yang diberi sebagai pedang pemancung maka melucutkanlah hak pesaka Dato Andulika Mandalika Zainol Ariffin Bin Ibrahim dan Dato Johan Tua Tahu Wan Khairil Adli Bin Ibrahim tersebut serta merta.
Dari pemecatan ini maka terlucut lah segala hak keistimewaan yang telah diberi termasuklah elaun pencen waris yang diterima oleh mereka setiap bulan oleh kerajaan Negeri.
Dalam adat sekiranya busuk benih itu maka dari atas sehingga bawah busuklah dia dan ini secara tidak langsung melucutkan dan menghilangkan status "IBU SOKO" yang dipegang oleh Sarifah Norzaidah Al Qadri tadi yang merupakan ibu kepada Wan Khairil Adli bin Mohd Yusoff.
IBU SOKO INI APA DAN MACAM MANA PROSES PEMECATAN UNDANG?
Luak Sungei Ujong sangat bertuah kerana sistem pentadbiran mereka yang unik. Ibu soko sebagai penentu nasab keturunan dan mereka ini diraikan dan dimuliakan didalam sistem adat yang diamalkan di sungei ujong. Namun begitu Ibu soko bukanlah pemutus keputusan didalam Luak Sungei Ujong.
Andai kata biji benih yang dibawa itu busuk ada padanya cacat cela dan mereka ingin membuang atau memecat mereka, mestilah ibu soko ini bertemu dengan Dato' Andulika Mandalika, mengadu dan bermesyuarat dengannya tapi bukan ibu soko yang memecat. Dari situ Dato' Andulika Mandalika akan bermesyuarat pula dengan Dato-dato Lembaga Sungei Ujong termasuklah Dato-dato Lembaga Tiang Balai Luak Sungei Ujong dan mereka SEBULAT SUARA MENYOKONG pemecatan Undang luak Sungei Ujong setelah mendapat timbang tara sah batal dan bulat keputusan Dato' Andulika Mandalika.
Dalam kes Luak Sungei Ujong ini, Bekas Penyandang Pesaka Dato Andulika Mandalika Zainol Ariffin Bin Ibrahim ini sudahlah derhaka terhadap perintah YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong bahkan dengan keji melakukan jenayah dan telah pun dilucutkan pesakanya. Maka dengan itu "TIDAK TERPAKAI MANA MANA PENDAPAT MEREKA BERDUA DAN STATUS MEREKA BUKAN LAGI ORANG BERGELAR DI LUAK SUNGEI UJONG" yang termaktub dan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024..
TAPI KENAPA TAK DI WAR-WARKAN?
Perkara ini sudah pun selesai diperingkat dalaman seperti mana yang ditulis:
"Urusan Luak Biar Habis Di Luak". Maka telah dimaklumkan kepada seluruh Dato'-dato Lembaga Adat Sungei Ujong, anak-anak waris dan orang-orang besar Luak Sungei Ujong yang sah bahawa Bekas Penyandang Pesaka Dato' Andulika Mandalika Zainol Ariffin Bin Ibrahim dan Bekas Penyandang Dato' Johan Tua Tahu Wan Khairil bin Mohd Yusoff ini telah di tarik pesaka mereka oleh YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong atas kesalahan jenayah.
Dan menjunjung sabdaan YTM Undang Luak Sungei Ujong agar dijagalah aib mereka yang melakukan jenayah ini dan tidak disebarkan. Pihak berkuasa yang telah dipanggil untuk melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan kepada mereka.
Begitulah sebenarnya yang berlaku di Luak Sungei Ujong yang tidak diketahui oleh semua masyarakat awam di Negeri Sembilan.
TELAGA UNDANG ITU APA?
Telaga Undang adalah RUMAH yang diistiharkan oleh YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong sebagai tempat untuk dilaksanakan kerapatan Dato'-dato Lembaga Luak Sungei Ujong dalam menyelesaikan permasalahan diperingkat waris dan anak buah. Sekiranya permasaalahan tersebut boleh diselesaikan diperingkat Dato-dato Lembaga maka akan diselesaikan di Telaga Undang. Namun begitu, sekiranya permasalahan tersebut agak sukar dan sulit, maka Dato-dato Lembaga akan menghadap dan menyembah maklum permasalahan tersebut kepada YTM Dato Klana Petra Undang luak Sungei Ujong.
Ironinya, "YM TELAGA UNDANG" adalah jawatan yang direka dan dicipta oleh Bekas Penyandang Pesaka Dato Andulika Mandalika Zainol Ariffin bin Ibrahim dan Penyandang Pesaka Dato Johan Tua Tahu Wan Khairil Adli bin Mohd Yusoff untuk mengaburi mata pihak masyarakat awam.
TAPI apa yang menyedihkan lagi, hampir sebahagian kecil rakyat Malaysia mempercayai naratif YM Telaga Undang.
Malah dalam sejarah TELAGA UNDANG pernah ditutup oleh YTM Dato' Klana Petra Mohd Kassim selama lebih daripada 15 Tahun pada masa zaman pemerintahan nya.
Sabda Rasulullah:
"Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap apa yang dia dengar sahaja." (HR Muslim)
BAGAIMANA PULA DIPERINGKAT KERAJAAN?
1- Surat Pejabat Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan kepada Ibu Pejabat Polis Negeri (Lampiran surat) mengenai status Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.
2- Surat Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong kepada Ketua Polis Daerah Seremban, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (Lampiran surat)
3-Turut dimaklumkan kepada Dewan Keadilan dan Undang (DKU) atas apa yang berlaku dan penarikan semula pesaka yang disandang oleh Zainol Ariffin Bin Ibrahim dan Wan Khairil Adli Bin Mohd Yusoff sebagai Dato-dato Lembaga yang sah. Turut dimaklumkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan akan perihal ini dan memberhentikan pembayaran elaun pencen waris yang telah diberikan.
Berikut kami dilampirkan juga surat-surat yang telah diserahkan kepada Dewan Keadilan dan Undang, Ibu Pejabat Polis Daerah dan turut dilampirkan juga laporan kewangan berkenaan dana yang telah disalurkan oleh Pihak Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan sepanjang kutipan Dana yang telah mereka lakukan. Boleh rujuk tarikh pada lampiran surat-surat tersebut.
Wallahu A'lam

Wednesday, 24 June 2026

Islamic Party Malaysia, future and trends in Malaysia will go through more profound strength in years to come?

Will Continue To Fly High

Political indicators and demographic shifts strongly suggest that Parti Islam Se-Malaysia (PAS) will experience profound and growing strength in the years to come.

What was once viewed as a localized "Green Wave" in the 2022 and 2023 elections has now solidified into a structural transformation of Malaysia's political landscape.

The primary factors driving this trend, along with the challenges PAS faces in achieving absolute federal power, shape this outlook.

Key Drivers Behind PAS’s Growing Strength.

Opposition Leadership Integration: PAS has formally taken the driver's seat of the national opposition. In early 2026, the Perikatan Nasional (PN) coalition named PAS's Ahmad Samsuri Mokhtar as its chairman, elevating the party from a regional partner to the primary challenger for federal leadership ahead of the general election.

The "Youth Bulge" and Conservatism: Demographic shifts heavily favor PAS. Studies by the Merdeka Center reveal that a significant majority of young Malay-Muslims prioritize religious identity over national identity, creating a highly receptive audience for the party's platform.

Grassroots Institutional Dominance: PAS operates an expansive social infrastructure that begins at the preschool level through its Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) network. This deep community presence in schools, Quran centers, and local welfare circles guarantees a continuous, multigenerational pipeline of loyal voters.

Disillusionment with Moderate Alternatives: Widespread public fatigue over historic corruption scandals within UMNO, paired with conservative dissatisfaction toward Prime Minister Anwar Ibrahim's Malaysia Madani platform, has positioned PAS as the default custodian of Malay-Muslim interests.

PAS Evolutionary Trajectory:

[Traditional Rural Stronghold] ➔ [The 2022/23 "Green Wave"] ➔ [2026 Opposition Coalition Leadership].

Strategic Rebranding for National Appeal.

To transition from a dominant regional force in the north (Kelantan, Terengganu, Kedah, and Perlis) into a viable federal government, PAS is actively evolving its public image:

Pragmatic Leadership: The ascent of modern technocrats, such as Terengganu Chief Minister Ahmad Samsuri Mokhtar, signals an effort to project administrative competency beyond traditional clerical rule.

Economic Governance Framing: The party is increasingly focusing its rhetoric on fiscal reforms, Islamic banking, digital transformation, and renewable energy to appeal to urban and middle-class voters.

Critical Roadblocks to Absolute Power;

Despite its profound growth trajectory, PAS faces structural ceilings built into the fabric of Malaysian society:

Potential Bottleneck;

Impact on Future Strength;

Non-Malay Alienation;

The party's core focus on Sharia law and Malay dominance creates deep apprehension among Chinese, Indian, and East Malaysian communities, limiting its viability in multi-ethnic urban seats.

Economic Vulnerability;

Managing localized state budgets differs fundamentally from steering national macroeconomic policy; global investors remain highly sensitive to conservative regulatory shifts.

East Malaysia Barrier;

Sabah and Sarawak possess distinct cultural frameworks that generally reject theocratic federal politics, making their vital coalition seats difficult for PAS to secure.

Future Outlook;

Barring a massive economic turnaround or a successful ideological counter-narrative by the ruling unity government, PAS will remain an expanding political powerhouse. Even if it does not win an outright federal majority in the next general election, its expanding electoral footprint ensures that its conservative, faith-based policies will continue to heavily dictate mainstream national policies and societal norms in Malaysia.



PN - An Alliance Symbol

[Bahasa Melayu]

Petunjuk politik dan perubahan demografi menunjukkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengalami kekuatan yang mendalam dan semakin meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Apa yang pernah dilihat sebagai "Gelombang Hijau" setempat dalam pilihan raya 2022 dan 2023 kini telah menjadi transformasi struktur landskap politik Malaysia.

Faktor utama yang mendorong trend ini, bersama-sama dengan cabaran yang dihadapi PAS dalam mencapai kuasa mutlak persekutuan, membentuk pandangan ini.

Pemacu Utama Di Sebalik Kekuatan PAS yang Semakin Berkembang.

Integrasi Kepimpinan Pembangkang: PAS secara rasmi telah mengambil alih kerusi pemandu pembangkang nasional. Pada awal tahun 2026, gabungan Perikatan Nasional (PN) melantik Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS sebagai pengerusinya, mengangkat parti itu daripada rakan kongsi serantau kepada pencabar utama untuk kepimpinan persekutuan menjelang pilihan raya umum.

"Beban Belia" dan Konservatisme: Perubahan demografi sangat memihak kepada PAS. Kajian oleh Merdeka Center mendedahkan bahawa majoriti besar golongan muda Melayu-Islam mengutamakan identiti agama berbanding identiti nasional, mewujudkan khalayak yang sangat menerima platform parti itu.

Dominasi Institusi Akar Umbi: PAS mengendalikan infrastruktur sosial yang luas yang bermula di peringkat prasekolah melalui rangkaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Kehadiran komuniti yang mendalam di sekolah, pusat al-Quran dan kalangan kebajikan tempatan ini menjamin saluran pengundi setia yang berterusan dan berbilang generasi.

Kekecewaan terhadap Alternatif Sederhana: Keletihan awam yang meluas terhadap skandal rasuah bersejarah dalam Umno, digandingkan dengan rasa tidak puas hati konservatif terhadap platform Malaysia Madani Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah meletakkan PAS sebagai penjaga lalai kepentingan Melayu-Islam.

Trajektori Evolusi PAS:

[Kubu Tradisional Luar Bandar] ➔ ["Gelombang Hijau"" 2022/23] ➔ [Kepimpinan Gabungan Pembangkang 2026].

Penjenamaan Semula Strategik untuk Rayuan Negara.

Untuk beralih daripada kuasa serantau yang dominan di utara (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis) kepada kerajaan persekutuan yang berdaya maju, PAS sedang giat mengembangkan imej awamnya:

Kepimpinan Pragmatik: Kemunculan teknokrat moden, seperti Ketua Menteri Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, menandakan usaha untuk menonjolkan kecekapan pentadbiran melangkaui pemerintahan perkeranian tradisional.

Pembingkaian Tadbir Urus Ekonomi: Parti ini semakin memfokuskan retoriknya pada pembaharuan fiskal, perbankan Islam, transformasi digital dan tenaga boleh diperbaharui untuk menarik pengundi bandar dan kelas menengah.

Sekatan Kritikal ke arah Kuasa Mutlak;

Walaupun trajektori pertumbuhannya yang mendalam, PAS menghadapi siling struktur yang dibina dalam fabrik masyarakat Malaysia:

Potensi Halangan;

Kesan terhadap Kekuatan Masa Depan;

Keterasingan Bukan Melayu;

Tumpuan teras parti terhadap undang-undang Syariah dan dominasi Melayu mewujudkan kebimbangan yang mendalam dalam kalangan masyarakat Cina, India dan Malaysia Timur, mengehadkan daya majunya dalam kerusi bandar berbilang etnik.

Kelemahan Ekonomi;

Mengurus belanjawan negeri setempat berbeza secara asasnya daripada mengemudi dasar makroekonomi negara; Pelabur global kekal sangat sensitif terhadap perubahan peraturan konservatif.

Halangan Malaysia Timur;

Sabah dan Sarawak mempunyai kerangka budaya yang berbeza yang secara amnya menolak politik persekutuan teokratik, menjadikan kerusi pakatan penting mereka sukar untuk dimenangi oleh PAS.

Tinjauan Masa Depan;

Sekiranya tiada pemulihan ekonomi yang besar atau naratif balas ideologi yang berjaya oleh kerajaan perpaduan yang memerintah, PAS akan kekal sebagai kuasa politik yang semakin berkembang. Walaupun ia tidak memenangi majoriti persekutuan sepenuhnya dalam pilihan raya umum akan datang, jejak pilihan rayanya yang semakin berkembang memastikan bahawa dasar konservatif dan berasaskan agamanya akan terus menentukan dasar kebangsaan arus perdana dan norma masyarakat di Malaysia.