Saturday, 27 November 2010

Seremban - Menjadi Lembah Maksiat??

 
Hampir saban minggu ada sahaja berita yang kurang menyenangkan berlaku di Negeri Sembilan. Kadang kala kita bertanya kepada diri kita mengapa ini harus berlaku? Bandar Seremban yang dulunya tenang dan kos sara hidup yang boleh dikatakan rendah dan sederhana sekarang begitu banya berubah. Semuanya telah meningkat naik,kerap berlaku pelbagai kejadian jenayah. Rompakan, pembunuhan, rasuah dan maksiat begitu menjadi-jadi akhir-akhir ini. Kita mengharapkan pihak2 yang bertanggungjawab terus mencari punca dan memantau keadaan. Saya kira zaman 'duduk relak' mungkin sudah berakhir, sekarang kenalah kerja keras bagi membenteras perkara2 diatas. Telah mula rasa tidak tenang hidup dibandar sekarang ini.

No comments: