Friday, 26 November 2010

Negeri Sembilan - Ra'ayat Negeri Sembilan Kadar Pemberi Rasuah Tertinggi!

NS tertinggi pemberi rasuah



SEREMBAN – Negeri Sembilan adalah negeri tertinggi mencatatkan jumlah tangkapan pemberi rasuah kepada kakitangan awam setakat 24 November 2010. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata, jumlah tangkapan mencatatkan seramai 66 orang dan 17 kakitangan awam yang menerima rasuah.

“Setakat 24 November 2010, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah seramai 66 orang berbanding 17 orang yang ditangkap adalah kakitangan awam yang menerima rasuah. “Dari segi nilai suapan diberikan antara RM50 sehingga RM100,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis :Pelanca�ran Diskusi Meja Bulat antara SPRM, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di Klana Resort, semalam. Hadir sama, Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif dan Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim. Pada majlis itu, seramai 70 pegawai terbabit dalam perbincangan meja bulat, bertujuan mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyampaikan perkhidmatan, sekali gus me�ngelak wujudnya rasuah.

Program itu menggalakkan budaya integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan PBT serta pihak berkenaan dalam :penguat�kuasaan undang-undang. Dalam pada itu, angka tangkapan pemberi rasuah di seluruh negara mencecah 342 orang termasuk tiga daripadanya yang bertindak sebagai orang tengah. Sementara, dalam tempoh sama, kakitangan awam ditangkap menerima rasuah pula seramai 232 orang. Sutinah berkata, SPRM bermula Januari hingga 24 November lalu, berjaya menangkap seramai 342 pemberi rasuah kepada kakitangan awam seluruh negara termasuk tiga yang bertindak sebagai orang tengah. "Ia membabitkan wang suapan hampir RM2 juta setakat ini.

“Ini adalah jumlah yang positif kerana sebelum ini, SPRM tidak pernah menangkap lebih ramai pemberi rasuah berbanding penerima,” katanya. Menurutnya, sehingga kini, seramai 81 orang yang telah ditangkap kerana memberi dan menerima rasuah serta dituduh di mahkamah. "Petunjuk positif ini hasil kempen ‘Bersama Melakukan Perubahan, Perangi Pemberi Rasuah’ yang dilancarkan April lalu,” katanya. 


Bila membaca tajuk berita ini ingatkan Negeri Sembilan mendapat tempat terbaik..rupanya cerita tentang rasuah. Macam tak percaya...selama ini Negeri Sembilan terutamanya bandar Seremban terkenal dengan panggilan 'sleepy hollow' atau 'layback town' sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan bagi yang telah bersara.
Di angkat sebagai negeri yang ramai dengan pemberi rasuah... mengapa ia. Kenapa ini berlaku.. ? Kalau dilihat pada sekali renung, tentulah ramai orang Negeri Sembilan ini buat salah dan melanggar undang2 atau berlaku suapan, duit 'undertable' dan sebagainya untuk mendapatkan sesuatu, baik untuk kepentingan peribadi atau kepentingan perniagaan. 
Yang hendak dinyatakan disini, mengapa ini harus terjadi, jika dibandingkan dengan tahap perlakuan ini dengan negeri2 yang lebih besar. Pelik...tetapi kalau dipandang dari sudut yang lain, ini berlaku mungkin kerana ada yang sedia menerimanya.. malah ini telah menjadi kebiasaan sejak lama dulu mungkin. Macam kat perpatah" dimana ada gula disitu ada semut". Apa yang pasti ini amat mengejutkan bagi sebuah negeri yang bukan progressive sangat jika dibandingkan dengan Melaka atau Johor misalnya. Mana ada projek besar2 di Negeri Sembilan, atau apa sangat perlakuan jenayah atau kesalahan sivil yang mungkin minta ditebus dengan memberi rasuah.
Yang pastinya jumlah nilai yang ingin dirasuah agak kecil...pun begitu rasuah yangdi- lakukan pemberi dan penerima tetap satu kesalahan juga amat keji dipandang agama.Agaknya lah kerana jumlah sogokan yang tak berbaloi itulah menyebabkan pemberi rasuah ditahan. Kerana insentif bagi melaporkan jenayah rasuah oleh kakitangan awam lebih tinggi ganjarannya. Entahlah tak reti dengan hal macam ini, malu dan sedih ada juga. 

No comments: