Sunday, 28 November 2010

Penjawat Awam di Negeri Sembilan Kurang Beradab atau beradat.


Sedap bunyinya tajuk seminar "Membangkit batang terendam". Yang kurang faham dalam pelbagai urusan itu masa'alah yang secara konsistennya terus wujud, bukannya pekara semasa. Apa yang kita lihat tahap perkhidmatan awam bukan semakin maju menepati visi dan misi yang tergantung lawa diruang menunggu atau diluar dinding jabatan2 kerajaan. Penjawat awam itu sendiri entah faham ke entah tidak visi serta misi dalam memberi khidmat kepada orang ramai. 
Tak kira penjawat awam ini anak negeri ke atau dari lain negeri yang memang kurang faham perjalanan adat pepatih. Kadang2 anak Negeri Sembilan itu lebih teruk layanannya daripada orang luar.
Kepada datuk-datuk adat - baik tok lembaga, buapak, tiang balai, dan datuk-datuk adat yang lain janganlah cepat melatah.Saya hampir setiap hari berjumpa dengan orang ramai dibandar dan dikampung2, ada yang tak faham asas pembentuk adat itu sendiri. Yang saya maksudkan - anak2 buah - atau anak2 adat itu sendiri. Ada yang tak tahu lagi apa sukunya, siapa buapaknya. Siapa Dato lembaganya....malah apa itu adat perpatih. Yang mereka tahu hanya saudara dekat sahaja. Lain tak ambil peduli... kenapa begitu? Ada yang menjawab, buapak apa peranannya, Dato Lembaga apa tugasnya.
Kalau diungkap perpatah lamo...
Jadinya Buapak dek anak2 buah,
Jadinya Dato Lembaga dek buapak2
Lebih kurang macam tulah...macam bulatnya air dek pembentung, bulatnya anak buah dek muafakat. Siapa yang selalunya memulakan muafakat ni....Buapak?...Dato Lembaga? 
Yang kebanyakannya, yang membulatkan anak2 buah sahaja. Itulah realitinya.
Jadi dalam menilai kefahaman penjawat awam bila berurusan dengan datuk-datuk adat mesti ada protokol dan kefahaman adat itu sendiri. Tak tahulah. 
Prinsip perkhidmatan seperti kebanyakan visi dan misi, jabatan2 mestilah bersih,cekap dan amanah. Semua pelangan dilayan sama.
Kalau bab masa'alah tanah pusaka adat "customary land" buapak dan datuk lembaga ada haknya dalam menentukan susur galur waris, tak tahu lah kuasa Datuk lembaga ada autonomi dalam menentukan waris mana yang harus menerima pusaka.Boleh veto keputusan ADO atau DO.
Sebenarnya ini dilema lama, masa'alah bukannya pada penjawat awam ini, kerana segala akta juga kanun tanah negara ke, tanah adat ke atau lainnya sudah tentu mereka amat ariff. Cuma yang menjadi keliru dan 'out protokol' bila datuk-datuk adat sendiri tak faham isu serta kurang tahu hal hal anak2 buah dari sukunya.
Adat ini macam politik juga, masing2 ada kepentingan itu yang lebih. Bukan tanggung jawab sebenarnya..tak macam dulu2, fungsi buapak dan Dato Lembaga jelas sekali.. bagai menyeluh disiang hari..telus..mulus dalam beradat.
Sekarang ini entah apa-apa.... yang kuat pengaruh dan berkedudukan senang berbual cara dengan datuk-datuk adat... kalau anak2 buah biasa-biasa aje...biasa-biasa sahajalah layanannya.
Jadi bab berbudi bahasa bila berhubungan dengan orang ramai oleh penjawat awam, baik jabatan2 negeri atau persekutuan memanglah seharusnya menjadi misi utama, tak kiralah kepada sesiapa.Jangan pula ada kasta2 jenis layanan di jabatan -jabatan kerajaan. Lagi celaru kerana sibuk nak berprotokol.

No comments: