Wednesday, 1 December 2010
YB2 Di Negeri Sembilan kasar dengan penjawat Awam
Kalau nak dibuat satu penilai'an umum secara puratanya, tahap perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan memang merosot tahun demi tahun. Pelbagai karenah dan birokrasi yang perlu dilalui oleh orang ramai untuk sesuatu perkhidmatan yang diperlukan.Walaupun banyak kursus2 dan garis panduan serta sistem prosesan yang dianggap canggih dimana hampir semua jabatan kerajaan, baik negeri atau persekutuan dilengkapi dengan sistem penkomputeran.
Masa'alah utama ialah kakitanganyang yang mengendalikan sistem ini,mungkin tidak begitu mahir dalam mengendalikannya, mungkin faktor usia dan telah lama duduk di zon selesa.
Kita juga seharus tidak menyalahkan mereka ini,selain mematuhi peraturan jabatan dari garis panduannya ditambah dengan sikap pelanggan atau orang ramai yang semakin mendesak malah kadang-kala terlalu 'demanding' sudah tentu kurang kesabaran dikalangan penjawat awam.
Malahan pula sikap orang ramai sekarang ini,yang kononnya lebih berpengetahuan atau berpelajaran tetapi tandus dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa.
Jadi jika YB-YB sendiri telah mula menunjuk sikap kurang baik terhadap penjawat awam, keadaan akan bertambah buruk. Sepatutnya teladan baik, berbudi bahasa seharusnya bermula dari kalangan YB-YB itu sendiri.Jika ada sebarang peraturan yang perlu diubahsuai, mereka sebagai YB dapat mensyorkan sesuatu untuk membaiki keadaan bukan menambah keruhnya.
Saya rasa keadaan akan menjadi lebih celaru jika, politik mencampuri perjalanan urusan penjawat awam secara berlebih-lebihan. Sebagai pembuat dasar YB sepatutnya membincangkan kepincangan sesuatu jabatan itu didewan undangan negeri atau parlimen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment