SERTING TENGAH - Seorang penduduk di Desa Permai, Serting Tengah, dekat sini melahirkan kecewa kerana rumah yang dipohon menerusi Rumah Mesra Rakyat (RMR) kini tergendala.
Nor Azlan Ismail, 37, berkata, rumah yang sepatutnya siap awal Ogos tahun lalu tiba-tiba terhenti berikutan pihak yang bertanggungjawab hilang entah ke mana. “Masalah ini saya sudah ajukan kepada Ahli Parlimen Jempol. Saya difahamkan, terdapat perubahan pada kontraktor,” katanya. Menurutnya, sebelum ini, ramai kontraktor datang melihat rumah itu, bagaimanapun tiada satu pun daripada mereka yang meneruskan semula projek itu. “Kini saya sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Sudah dua tahun rumah ini terbengkalai macam ini sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Berikutan masalah itu, Nor Azlan terpaksa mengeluarkan RM150 sebulan untuk menyewa rumah lain buat sementara waktu.
“Entah sampai bila saya dan keluarga harus hendak menunggu sesuatu yang tidak pasti. Malah saya tidak tahu nak jawab apa apabila anak- anak bertanya mengenai rumah baru ini,” katanya. Menurutnya, masalah bertambah serius apabila kita tidak berhak ke atas tanah tersebut kerana geran kini disimpan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Sementara itu, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, surat sudah dihantar kepada SPNB bagi mengetahui status rumah berkenaan. Menurutnya, maklumat yang diterima daripada SPNB mendapati kontraktor pertama mengalami masalah.
“Rumah yang didirikan tidak menepati syarat ditetapkan. Longkangnya kecil, tingkap rendah serta masalah di bahagian bumbung. Sehingga kini tiada sebarang tanda-tanda projek ini akan diteruskan mana-mana kontraktor,” katanya. Lilah turut berharap SPNB dapat menyelesaikan masalah rumah itu dengan segera kerana masalah itu sudah terlalu lama dan mengakibatkan pemilik mengalami masalah.
Komentar;
Rumah Mesra Raayat, kadang kala langsung tak mesra. Raayat juga lah yang ternganga-nganga. Bagi raayat macam Nor Azlan berani bersuara itu pun jarang nak jumpa. Yang lain selalunya pasrah sahaja. Sepatutnya mereka yang bergelar ADUN atau MP atau AP macam Lillah Yassin ni tahu apa yang berlaku dalam kawasan mereka. Kalau dinegeri lain saya tabik sungguh, perkara macam ni dah lama selesai. SPNB ni pun respon tengok mana yang buat bising lebih, kalau senyap buat tak tau je. Jadi kalau nak "Award' kontraktor tu tengok mana yang betul mampu buat, kalau yang kontraktor tempatan tak mampu buat bagilah kepada yang betul2 komited. Janganlah rumah mesra raayat pun nak tumpang semangkuk atas bajet projek. Kesianlah pada raayat marhean ni.....
No comments:
Post a Comment