AMPANGAN – Masyarakat seharusnya berusaha memajukan diri, bukannya sekadar menunggu dan berharap bantuan daripada pihak kerajaan semata-mata. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jiboi Baru, Adam Amin berkata, :kerajaan sememangnya sentiasa prihatin dengan nasib rakyat, namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk setiap orang bersenang-lenang tanpa perlu berusaha mengubah taraf hidup masing-masing. Menurutnya, bantuan itu diberi dengan harapan dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung golongan kurang mampu.
“Kita memang sedia maklum, kerajaan memang prihatin dengan nasib rakyat tanpa melihat fahaman politik. Kita sepatutnya jadikan peluang ini sebagai ruang memajukan diri. “Jika kita berterusan hanya menunggu bantuan daripada kerajaan tanpa adanya usaha mengubah nasib diri, kehidupan kita sampai bila-bila pun tidak akan berubah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sewaktu mengadakan kunjungan sambil menghulurkan sumbangan di rumah penduduk yang dikenal pasti kurang berkemampuan di Kampung Jiboi Baru, dekat sini. Turut serta, Pengerusi JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Penghulu Mukim Ampangan dan Pegawai Jasa Parlimen Seremban.
Adam berkata, kerajaan juga sejak dahulu lagi sentiasa menghulurkan bantuan tetapi dilihat memberi kesan kurang baik terhadap pemikiran orang Melayu, khususnya yang terlalu bergantung dengan pihak kerajaan. Menurutnya, pihak kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab dan peranannya membantu masyarakat tetapi hanya diri sendiri sahaja dapat mengubah nasib serta taraf hidup keluarga.
Komen saya,
Saya kira ungkapan sebegitu umumnya semua tahu, malah mengubah kearah kebaikan dan kecukupan sendiri memang iltizam semua orang. Macamana pun kita harus melihatnya dari pelbagai aspek juga sudut. Sebagai ketua atau pemimpin masyarakat, seharusnya lebih ariff masa'alah penduduk setempat, mengapa harus jadi begitu. Bak kata perpatah, 'dari memberi ikan hari2 lebih bagus kalau di ajarkan mereka macam mana nak memancing. Kawasan Ampangan Seremban umum tahu satu kawasan penduduk orang melayu yang agak padat di pinggir bandar Seremban. Pelbagai golongan masyarakat tinggal dikawasan ini. Melayu yang agak kaya tinggal disekitaran 'kawasan 50'.
Sekitar Kg Jiboi baru atau lama ada juga orang melayu yang tinggal dalam banglo yang besar2 - ini golongan yang mungkin menerima saranan ketua kampong tadi...agaknya lah. Tapi sebenarnya kalau diamati dan yang tahu, ini adalah mereka2 yang telah membeli tanah2 lot dari pemilik terdahulu.... yang membeli kebanyakannya pesara kerajaan, ada yang berjawatan tinggi dulu. Malah ada juga orang melayu yang kaya secara tiba2 membeli dari hak milik awal tanah2 lot yang tak berkemampuan lagi untuk tinggal disini.
Yang sedihnya, dulu Ampangan memang penempatan orang melayu anak tempatan atau anak negeri sendiri. Malangnya hari ini, lihat sahaja gerai MPS, kedai2 serta peniaga2 dikawasan ini dikuasai oleh pendatang asing. Pemilik sebenar gerai semua orang tahu....mesti ada kaitan politik dan kepentingan serta hubungan dengan jabatan kerajaan. Hampir semua disewa kepada pendatang asing. Dari tauke sampai kepada pekerjanya adalah raayat asing. Raayat tempatan tak mampu sewa, pendatang asing sewa senang lagi sewa tinggi, lesen gantung hak pemilik sebenar, yang jalankan kononnya 'pekerjanya'. Hakikatnya semua orang tahu.
Jadi janganlah tok ketua aka pengerusi JKKK nak melatah tak kena tempat, hakikatnya bantuan tu pun duit raayat bukan duit saudara. Jadi betulkan asas membangun masyarakat itu sendiri.Entah2 yang dihulur bantuan itu mungkin kepada pendatang asing. Jangan 'propa' sudahlah.
Saya kadang2 terasa terasing bila berada di kawasan Ampangan.
No comments:
Post a Comment