Monday, 22 November 2010

1.16% MILIK MELAYU

 

Pada tahun2 90an dulu, ketika dikalangan orang cina di Pulau Pinang terutama yang mereka yang berpendidikan masih segar disogokan dengan slogan Tanjung 2.
Apa yang ingin saya nyatakan disini, Pulau Pinang telah lama menjadi gelangang pertaruhan diantara setiakawan orang melayu dengan orang cina. Malah semasa pemerintahan Gerakan, walaupun Umno mempunyai majoriti di PP, sikap tolak ansur yang ditunjukan sebenar tidak banyak memberi kesan yang baik.Bangsa melayu terus juga terpinggir.
Masa'alah terhakisnya hak orang melayu Islam di PP, telah lama berlaku dan boleh dianggap sekarang ini 'nasi dah jadi bubur'. Slogan 1Malaysia yang sekarang menjadi laungan ramai raayat jelata tidak banyak difahami malah tidak mempunyai kesan kesatuan malaysia itu sendiri.
Kebanyakan pemimpin besar dalam kerajaan yg memerintah dulunya datang dari PP. Anwar Ibrahim, Pak Lah dan ramai lagi. PP bagi orang melayu macam tu juga..
Jadi tiada gunanya menangis susu yang tumpah, walaupun kuasa ekonomi tiada pada orang melayu tetapi jika bersatu itu teguh mengapa tak bersatu. 
Semasa dibawah BN pun dok tang tu jugak, sekarang bawah lawan..jadi nak keriau buat apa?
Walaupun diwar-warkan PP pantai cantik, tetapi kalau nak di bandingkan dengan Pantai PD lagi lebih cantik. Bukan matlamat pembangunan kerana nak tarik pelancungan, tetapi lebih dari itu. Nak jadikan PP satu financial hub di utara semenanjung tanah melayu. Yang di hujung selatan dah lama ada dah...
Jadi tak guna lagi nak tuduh2. Sekarang banyak kawasan pembangunan wilayah seperti Iskandar Johor, Utara, pantai timur...kawasan ini pun telah mula menampakan nilai hartanah yang makin meningkat. Maka mulalah, orang melayu melatah menjual dengan keuntungan yang tak seberapa...kepada orang bukan melayu...malah ada kawasan2 felda mula dibangunkan tanpa memikirkan implikasi yang akan datang.Jadi bagi mereka yang membuat dasar serta jabatan berkaitan, anda kebanyakannya adalah orang melayu. Sepatutnya merekalah yang menetapkan serta menentukan hak bangsa sendiri tidak terus terhakis... jangan nanti menjadi kutukan Allah SWT kerana habuan dunia yang tak seberapa. Sayangkan watan dan bangsa bukan semuanya Assobiyah malah kadangkala menjadi tanggungjawab bagi  mereka yang berkuasa.
Ahli Majlis tanah negeri, ahli majlis tempatan, adun, ahli parlimen dan mereka yang ada kuasa ditangan, seharus mempertahankan hak bangsa sendiri, bukan menjadi penolong kepada mereka yang akan meminggirkan bangsa sendiri. Polisi pemilikan hartanah kepada warga asing mestilah diteliti, janganlah kerana ghairah ' making Malaysia your 2nd home' dan pelbagai promosi gila buat menjana pelaburan terus asing atau FDI bangsa melayu terus menjadi melukut ditepi gantang.

No comments: