Wednesday, 10 October 2018

Kerajaan PH - Akan ada cukai baru.

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun meminta kerajaan tidak melibatkan rakyat bawahan berhubung cadangan memperkenalkan cukai baharu di negara ini.
Menurutnya, malah beliau sendiri tidak mengetahui mengenai cukai baharu dimaksudkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan tiada maklumat lanjut lagi mengenainya.

MBNS

“Kita pun tidak tahu cukai apa yang akan diperkenalkan. Sebenarnya banyak cukai yang boleh dibuat misalnya cukai kepada individu yang membuat kekayaan dalam negara, orang kaya terlibat dengan saham. Hasil semua itu boleh juga dikenakan cukai, tetapi negara kita tidak melaksanakannya.
“Ramai orang kaya di negara kita yang boleh membantu kerajaan bersama-sama memulihkan ekonomi negara, jadi saya berharap cukai yang dikenakan nanti hanya melibatkan golongan atasan yang kara-raya sahaja.

Komen:
Kerajaan PH harus memberi keutamaan dalam mengendalikan sistem percukaian negara. Cukai adalah sumber utama pendapatan negara dalam mana2 kerajaan. Salah perhintungan-akibatnya negara boleh jatuh miskin dan negara akan huru hara. Apa yang dilihat sistem percukaian sedia ada perlu di tadbir dengan penuh kesungguhan dan disiplin.Terlalu banyak kelompongan  dalam pengurusan cukai dinegara ini. 
Negara mesti terus menguruskan sistem percukaian yang progressif dan dinamik. Malaysia adalah sebuah negara dagang dan tidak dapat tidak mesti selari dengan sistem cukai negara-negara dagang yang lain. Terus terang dan tidak dapat dinafikan Cukai GST adalah satu sistem cukai yang progressif  bukan re-gressif. GST adalah cukai yang lebih menyeluruh sasarannya, dan para peniaga sukar untuk lari dari membayar- yang penting perlunya pengawalan dan penguatkuasaan yang ketat. Sistem SST yang diguna pakai semula, terus terang adalah sistem percukaian yang "jurasik" tidak sesuai bagi  negara kita Malaysia yang keluaran dalam negara kasar antara yang tertinggi. 
SST sistem yang begitu mudah di manipulasi oleh golongan peniaga dan pedagang. Ini yang berlaku sebelum GST diperkenalkan. Atas sebab desakan golongan inilah juga sabotaj harga barangan yang dinaikan tanpa kawalan menjadi bahan kempen politik yang sepatutnya tidak berlaku. 
Yang paling ketara sistem percukaian di Malaysia amat-amat lemah dari segi penguatkuasaan. Elemen-elemen kurang berdisiplin, undang-undang dan kurang pendidikan dalam tatacara percukaian menjadikan golongan sasaran begitu mudah mengelak dari membayar cukai. Kalau dinegara lain seperti di Eropah atau negara maju penguatkuasaan percukaian amat digeruni, lebih geruni dari jabatan2 seperti kepolisian,kastam dan lain2 yang seumpamanya.  
IRS - atau Inland Revenue Services di Amerika jauh lebih ditakuti dari FBI atau CIA. Jabatan IRS begitu ditakuti oleh semua rakyat, terutama golongan sasar yang jelas mesti membayar cukai.Pembayar cukai dari semua peringkat yang engkar akan dijejaki sehingga ke lubang cacing. Undang-undang dan denda yang dikenakan jika didapati bersalah jauh lebih tinggi.
Di Malaysia, para pegawai LHDN boleh pula di tengking dan dimaki hamun oleh pembayar cukai sehingga secukup rasa, walaupun  golongan ini tidak memfailkan pembayaran cukai dan terbukti engkar dengan undang-undang. 
Inilah salah satu penyumbang ketirisan hasil dalam negara. Faktor lain seperti rasuah juga menjadi batu halangan dalam menjana sistem percukaian yang efektif. 

sekian setakat ini...
 

No comments: